Carbon fibre atau gentian karbon bukanlah nama asing dalam dunia automotif berprestasi tinggi. Ia sering dianggap sebagai ‘material kayangan’ sebab harganya yang agak mahal, tapi percayalah — apa yang dibayar memang setimpal.
Dalam artikel ni, kita kupas sikit tentang apa itu carbon fibre, cara pembuatannya, ketahanannya, kos, dan di mana komponen sesuai untuk dipasangkan material ini.
Apa Itu Carbon Fibre?
Carbon fibre adalah sejenis bahan komposit yang diperbuat daripada filamen karbon halus, biasanya lebih nipis daripada sehelai rambut manusia. Filamen ni disusun dalam bentuk fabrik tenunan dan kemudiannya dicampur dengan resin (biasanya epoxy) untuk menjadikannya keras dan kukuh. Kombinasi antara filamen dan resin inilah yang menjadikan carbon fibre sangat ringan tapi mempunyai kekuatan luar biasa.
Cara Pembuatan
Proses pembuatan carbon fibre bermula dengan bahan asas dipanggil polyacrylonitrile (PAN) yang dipanaskan dalam suhu tinggi tanpa kehadiran oksigen — proses ini dipanggil pyrolysis.
Ads
Hasilnya, kita dapat gentian karbon yang sangat kuat. Gentian ini kemudian ditenun menjadi lembaran kain sebelum dicampur dengan resin dan dikeraskan dalam acuan khas menggunakan tekanan dan suhu tinggi (autoclave). Proses ni rumit dan memakan masa, sebab tu harganya pun boleh tahan.
Ketahanan
Kalau nak cerita pasal ketahanan, carbon fibre ni memang juara. Ia lima kali lebih kuat daripada besi tetapi hanya seberat satu pertiga sahaja. Ia tahan karat, tidak terpengaruh dengan suhu ekstrem, dan fleksibel dalam rekaan bentuk. Tapi, ada satu kelemahan — ia boleh retak atau pecah bila terkena impak kuat secara tiba-tiba, tidak seperti logam yang bengkok dulu sebelum rosak.
Kos
Kos adalah faktor utama kenapa carbon fibre masih belum digunakan secara meluas dalam kereta harian. Untuk buat satu panel pintu carbon fibre contohnya, kosnya boleh cecah ribuan ringgit — belum masuk kos acuan dan pemasangan lagi.
Ads
Sebab itulah bahan ni lebih banyak digunakan dalam supercar, motosikal berprestasi tinggi, dan sukan permotoran seperti F1 dan MotoGP.
Komponen Yang Sesuai
Carbon fibre paling sesuai digunakan untuk komponen yang perlukan ketahanan yang tinggi dan pengurangan berat yang kritikal seperti bonet, spoiler, cermin sisi, penutup tangki minyak, rim, stereng dan pelbagai lagi. Dalam dunia lumba, malah chasis monocoque pun dibuat sepenuhnya daripada carbon fibre untuk maksimumkan prestasi dan keselamatan.
Ads
Akhir kata, bahan ini bukan sekadar gaya atau untuk ‘tunjuk mahal’. Ia adalah pelaburan untuk prestasi, ketahanan, dan kecekapan — kalau bajet mengizinkan, memang berbaloi!
Tesla Malaysia semalam mengumumkan stesen pengecasan Supercharger Pavilion KL kini dibuka secara rasmi.
Kredit Foto: careta.my
Dengan lapan terminal pengecasan pantas DC 250 kW yang disediakan, pemilik Tesla boleh menambah jarak perjalanan sehingga 270km dalam tempoh 15 minit sahaja. Stesen pengecasan tersebut dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Kredit Foto: soyacincau.com
Tesla Supercharger V3 ini menawarkan kadar pengecasan bermula RM1.25kWh, ini bermakna pengecasan sehingga 24kWh dianggarkan sekitar RM30. Setelah bateri penuh, pemilik perlu mengalihkan kereta ke tempat letak kereta biasa.
Kredit Foto: soyacincau.com
Jika gagal membuat demikian, pemilik Tesla akan dikenakan caj terbiar (idle fee) yang boleh mencecah sehingga RM4.00 setiap minit. Menurut Tesla, caj terbiar bermula RM2.00 setiap minit jika stesen supercharger dalam 50% kapasiti dan boleh berganda kepada RM4.00 jika stesen pengecasan dalam kapasiti 100%.
Kredit Foto: soyacincau.com
Caj terbiar akan dibatalkan jika pemilik Tesla mengalihkan kereta dalam masa 5 minit selepas pengecasan penuh. Tak lupa juga, pemilik kereta turut dikenakan caj letak kereta dalam Pavilion seperti biasa. Lokasi Tesla Supercharger terletak di aras B1 berdekatan dengan tiang C21.
Kredit Foto: soyacincau.com
Untuk mengelak dikenakan caj terbiar, pemilik Tesla dinasihati untuk mengecas kereta apabila hendak keluar dari pusat beli belah kerana mengikut kepada Tesla, pengecasan pantas selama 5 minit mampu memberi jarak perjalanan sejauh 120km.
Kredit Foto: careta.my
Kadar bayaran bagi penggunaan Tesla Supercharger diperhatikan agak kompetitif jika hendak dibandingkan dengan stesen pengecasan pantas lain yang berada di pasaran.
Sebagai contoh, stesen pengecasan ChargEV Kempower yang terletak di Bukit Bintang mampu menghasilkan sehingga 320kW dengan kadar RM1.20 setiap kWh dan anda masih boleh biarkan kereta yang sudah cas penuh sehingga 30 minit di tempat letak kereta valet yang disediakan.
Kredit Foto: soyacincau.com
Manakala, stesen pengecasan pantas 350kWh DC Gentari yang terletak di XPark Sunway Serene baru-baru ini telah menaikkan kadar pengecasan kepada RM1.70/kWh. Bagaimanapun, pengguna boleh mendapatkan kadar serendah RM0.85/kWh dengan melanggan pelan keahlian tahunan Gentari.
Kredit Foto: soyacincau.com
Selain Pavilion Kuala Lumpur, Tesla Malaysia berhasrat untuk meluaskan stesen pengecasan ke lokasi yang dilalui ramai pengguna jalan raya seperti, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS Highway).
Kredit Foto: soyacincau.com
Tesla Malaysia turut bekerjasama dengan pemaju hartanah seperti Pavilion Group, Sunway Group, Gamuda Land, Levn Capital dan Quill Group untuk memperbanyakkan stesen pengecasan EV di kawasan tertentu.
Kredit Foto: careta.my
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pemanduan di atas jalan raya memerlukan perhatian penuh pada jalan dan persekitarannya. Komunikasi yang berkesan antara pemandu dengan pengguna jalan lain adalah kunci untuk memastikan keselamatan semua orang. Terdapat beberapa cara untuk berkomunikasi secara efektif semasa memandu:
Beri Isyarat Lampu Kenderaan Anda
Lampu isyarat kenderaan adalah cara yang paling biasa untuk berkomunikasi dengan pemandu lain. Isyarat menggunakan lampu menunjukkan niat pemandu untuk menukar lorong atau melakukan pusingan. Gunakan isyarat dengan jelas dan tepat pada masanya untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pemandu lain.
Gunakan Isyarat Tangan
Isyarat tangan sederhana seperti angkat tangan sebagai tanda terima kasih atau memberi isyarat untuk meminta maaf boleh membantu mengurangkan ‘drama’ ketika memandu di jalan raya. Ini dapat membantu mencipta persekitaran yang lebih mesra antara pengguna jalan raya yang lain.
Kredit Foto: AutoX
Peka Pada Isyarat Lalu Lintas
Isyarat lalu lintas seperti lampu isyarat jalan raya dan tanda-tanda lalu lintas adalah penting untuk dipatuhi. Mengikut isyarat lalu lintas membantu dalam mengelakkan kecelaruan dan situasi yang merbahaya di jalan raya.
Gunakan Hon Secara Bertanggungjawab
Hon kereta adalah alat komunikasi yang kuat. Gunakan ia untuk memberi amaran kepada pemandu lain dalam keadaan kecemasan atau apabila situasi memerlukan perhatian segera. Namun, elakkan penggunaan hon (klakson) secara berlebihan yang boleh mengganggu pemandu lain.
Kredit Foto: Comedy Traffc School
Menjaga Kadar Kelajuan yang Sama Dengan Kenderaan Lain
Menjaga kelajuan yang sepadan dengan kenderaan di hadapan dengan jarak yang selamat boleh membantu dalam mengurangkan kesesakan dan memberi petunjuk untuk kenderaan di hadapan supaya kekalkan kelajuan yang optimum. Pemandu lain akan lebih mudah memahami pergerakan anda jika berada pada kelajuan yang munasabah.
Kesimpulannya,
Ketika memandu di atas jalan raya, komunikasi yang baik antara pemandu adalah penting untuk keselamatan bersama. Dengan mengamalkan isyarat yang jelas, patuh pada peraturan lalu lintas, dan berkomunikasi dengan bertanggungjawab, kita dapat mencipta persekitaran pemanduan yang lebih selamat dan mesra.
Ingatlah, keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Mari kita berkomunikasi dengan baik demi keselamatan dan keselesaan semua pengguna jalan raya.
GIVI Asia, jenama terkemuka dalam penyelesaian penyimpanan motosikal, menyambut ulang tahun ke-30 mereka dengan satu promosi yang pasti membuatkan ramai penunggang motosikal tersenyum lebar.
Bagi meraikan pencapaian penting ini, jenama ini telah memperkenalkan promosi “Tukar & Beli” untuk semua pengguna kotak simpanan mereka.
Rebat RM100 untuk Tukar & Beli Kotak Simpanan GIVI!
Sebagai tanda penghargaan kepada para pengguna setia, mereka menawarkan rebat sebanyak RM100.
Rebat ini khas kepada mereka yang menukar kotak simpanan lama mereka kepada model baharu, GIVI ATLAS MONOLOCK TOPCASE 33 LITER.
Ini bermakna, dengan harga pasaran RM292.00 untuk model ini, anda hanya perlu membayar RM192.00 sahaja setelah menikmati rebat ini.
Bukan sahaja anda mendapat produk baharu yang lebih baik, tetapi juga dengan penjimatan yang besar.
Dengan kapasiti 33 liter, kotak ini cukup besar untuk menyimpan barang-barang penting seperti topi keledar, jaket, atau apa sahaja yang anda perlukan dalam perjalanan anda.
Selain itu, kotak ini dilengkapi dengan sistem kunci keselamatan untuk memastikan barang anda sentiasa selamat.
Reka bentuk monolock yang digunakan oleh jenama ini juga memastikan pemasangan dan pengeluaran kotak ini sangat mudah, sesuai untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh.
Kotak simpanan ini juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang tahan lasak dan mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca.
Dapatkan Kotak Simpanan Baharu Anda Hari Ini!
Bagi mereka yang berminat, anda boleh menebus rebat ini dengan mengunjungi GIVI Point atau mana-mana pengedar sah GIVI di seluruh negara.
Namun, harus diingatkan bahawa promosi ini sah untuk masa terhad sahaja.
Jadi, bagi anda yang sedang berfikir untuk menaik taraf kotak simpanan motosikal anda, inilah masa yang sesuai!
Peluang Terbaik untuk Naik Taraf Penyimpanan Motosikal Anda
Secara keseluruhannya, promosi ini adalah satu langkah bijak oleh GIVI Asia untuk bukan sahaja meraikan ulang tahun mereka yang ke-30, tetapi juga untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka dengan pengguna setia mereka.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi GIVI atau hubungi pengedar terdekat anda.
Pagani Zonda R Tergantung di Dinding, Jadi Hiasan Rumah Perlumbaan Pablo Pérez Companc
Bayangkan mempunyai sebuah kereta lumba bernilai anggaran RM10 juta dan menggantungnya di...