Toyota kini memperkenalkan Camry 2.5V 2025 di Malaysia, menawarkan alternatif kepada model hibrid yang dianggap mahal oleh sesetengah peminat.
Dengan harga RM221,800, ia RM27,000 lebih murah berbanding Camry Hybrid yang berharga RM248,800.
Setiap pembelian turut dilengkapi waranti lima tahun tanpa had perbatuan. Memberikan nilai tambah untuk pembeli yang mencari sedan mewah pada harga lebih mampu milik.
Enjin Dinamik dengan Prestasi Padu
Camry 2.5V menggunakan enjin 2.5-liter Dynamic Force A25A-FKS empat silinder tanpa turbo. Menghasilkan kuasa 205 PS pada 6,600 rpm dan tork maksimum 246 Nm dari 4,200 hingga 5,000 rpm.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan Direct Shift, memacu roda hadapan. Dari segi prestasi, sedan segmen-D ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 8.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 210 km/j.
Walaupun sedikit perlahan berbanding varian Hybrid, model tanpa hibrid ini lebih ringan sebanyak 80 kg kerana tidak menggunakan motor elektrik dan bateri lithium-ion.
Ads
Penjimatan Bahan Api yang Berpatutan
Berbekalkan tangki bahan api 60 liter, Camry 2.5V menawarkan penggunaan bahan api sekitar 6.6 l/100 km. Menjadikannya efisien untuk perjalanan jauh. Walaupun varian Hybrid lebih cekap dengan 4 l/100 km. Pilihan ini tetap menarik bagi mereka yang mencari sedan mewah tanpa perlu memikirkan sistem elektrifikasi.
Rekaan Elegan dan Kelengkapan Premium
Dari segi reka bentuk, Camry 2.5V tampil dengan pilihan warna yang sama seperti varian Hybrid, termasuk Emotional Red 2, Platinum White Pearl Mica, dan Dark Blue Mica.
Ia juga dilengkapi rim aloi 18 inci, lampu LED sepenuhnya, dan pengelap cermin automatik. Kabin dalamannya menampilkan paparan instrumen digital 12.3 inci, sistem infotainmen dengan skrin 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto menggunakan kabel, serta sistem audio JBL dengan sembilan pembesar suara.
Ads
Kemudahan lain termasuk tempat duduk hadapan larasan elektrik dengan fungsi memori, upholsteri kulit hitam, penghawa dingin dua-zon, dan pad pengecas telefon pintar tanpa wayar. Walau bagaimanapun, beberapa ciri premium seperti bumbung suria panoramik dan sistem penghawa dingin tiga-zon hanya tersedia pada model Hybrid.
Keselamatan Terjamin
Camry 2.5V tidak berkompromi dalam aspek keselamatan. Ia dilengkapi tujuh beg udara, sistem Toyota Safety Sense 3.0, termasuk brek kecemasan automatik, cruise control adaptif, amaran keluar lorong, bantuan pengesan lorong, dan pemantau titik buta. Ciri-ciri ini memastikan pengalaman pemanduan yang selamat dan menyenangkan.
Ads
Pilihan Mampu Milik dengan Gaya dan Prestasi
Dengan harga yang lebih rendah, Toyota Camry 2.5V 2025 adalah pilihan ideal bagi mereka yang ingin memiliki sedan mewah tanpa perlu membayar premium untuk teknologi hibrid. Ia menawarkan kombinasi sempurna antara prestasi, gaya, dan keselesaan, menjadikannya pesaing hebat dalam pasaran sedan segmen-D di Malaysia.
Walaupun nama ABT Sportsline lebih lazim didengari pada jenama Audi, namun ia bukanlah satu penghadang bagi jenama dari Itali ini untuk menggunakan kreativiti mereka ke atas model paling laris yang pernah dihasilkan mereka iaitu SUV Lamborghini Urus.
ABT Urus Scatento atau dalam bahasa Itali bermaksud liar, lengkap didatangkan dengan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar, dengan hantaran kuasa yang mencecah 810 HP dan mampu naik sehingga 144 HP dengan teknologi Power R.
Untuk bahagian luaran, anda boleh jangkakan rupa bentuk yang ekstrim dan agresif yang boleh dikatakan ‘signature’ bagi mana-mana model Lamborghini. Kit aerodinamik standard ini memang menambah rupa ‘garang’ yang memang sedia ada wujud pada Urus.
Kredit Foto: ABT Sportsline.com
Selain rupa yang ‘garang’, kit aero itu mempunyai tujuan yang penting iaitu untuk memastikan SUV ini lebih stabil di atas jalan raya kerana dengan casis yang lebar dan tinggi, pengendalian model ini sudah pasti tidak sama dengan model hatchback atau sedan.
Antara kit aero yang ditambah adalah spoiler berbilah di bahagian hadapan, ‘skirt’ belakang yang telah diubah suai dan juga spoiler belakang yang lebih tajam. Seperti biasa, model prestasi seperti ini sudah tentu dihiasi dengan gentian karbon di bahagian luar dan dalam untuk mengurangkan berat kenderaan.
Setiap unit yang dihasilkan akan dipadankan dengan rim ABT High-Performance IRL 23 inci, dan juga turut didatangi dengan sistem ekzos empat tip titanium. Menurut Lamborghini, hanya 99 unit sahaja edisi Urus ABT Sportsline yang akan dihasilkan, dengan harga jualan tidak didedahkan.
Kredit Foto: ABT Sportsline.com
Sebagai bayangan, Lamborghini Urus model biasa mempunyai tanda harga bermula daripada RM1,000,000, jadi anda boleh bayangkan berapa harga Urus talaan ABT Sportsline ini. Untuk maklumat lanjut mengenai edisi khas ini anda boleh layari laman web mereka www.abt-sportsline.com/abt-limited-editions/abt-urus-scatenato.
1 of 17
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Polis Kedah menggesa orang ramai untuk bekerjasama dalam usaha mengekang kegiatan lumba haram dan samseng jalanan, atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’. Caranya? Dengan menularkan gambar kenderaan yang diubah suai melalui media sosial.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata usaha ini penting bagi mengekang aktiviti tidak bermoral yang telah lama berleluasa di negeri itu.
Beliau berkata, semua pihak perlu berganding bahu dalam menangani masalah ini yang sering mengganggu keselamatan pengguna jalan raya.
Menurutnya, masyarakat boleh memainkan peranan penting dengan merakam gambar kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi undang-undang, terutamanya motosikal yang diubah suai untuk lumba haram.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh – fotoBERNAMA
Kata Datuk Fisol
“Saya nak warga Kedah, sila ambil gambar jika nampak kenderaan sama ada kereta, motosikal, malah basikal yang telah diubah suai. Contohnya, motosikal dengan tayar ‘sotong’, brek yang dibuang, atau karburetor dinaik taraf untuk merempit. Ambil gambar dan viralkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut menekankan bahawa jika kenderaan tersebut dilihat berada di atas jalan raya, tindakan pantas daripada masyarakat diperlukan dengan mengambil gambar agar pihak polis boleh mengesan pemilik kenderaan tersebut, malah hingga ke rumah mereka.
Dalam usaha menguatkuasakan tindakan tegas, Fisol berkata arahan penguatkuasaan telah dikeluarkan kepada semua ibu pejabat polis daerah di Kedah. Dengan penekanan khas kepada bahagian trafik dan jabatan lain yang berkenaan.
Kerjasama dari masyarakat adalah kunci dalam memastikan masalah ini dapat ditangani dengan berkesan. Sekaligus mengelakkan insiden buruk yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
Barang Rampasan
Selain itu, Fisol juga memaklumkan bahawa polis telah melupuskan 330 item rampasan, termasuk 242 ekzos, 77 lengan ayun, lima karburetor, serta enam item lain di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tindakan pelupusan ini dilakukan setelah arahan mahkamah dikeluarkan di bawah Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah.
Rampasan keseluruhan pada tahun ini berjumlah 1,412 item. Di mana 302 item telah dilupuskan pada 11 Julai lalu selepas keputusan mahkamah dibuat.
Kes Lain
Bagi kes berkaitan narkotik pula, Fisol turut memaklumkan bahawa barangan rampasan bernilai RM2.9 juta melibatkan 2,826 kertas siasatan akan dilupuskan esok oleh sebuah syarikat yang dilantik di Negeri Sembilan.
Pelupusan ini melibatkan barangan rampasan sejak tahun 2013 hingga 2022.
Inisiatif ini diharap dapat mengurangkan kes jenayah jalanan dan narkotik, serta memberi impak positif kepada keselamatan di jalan raya.
PROTON telah mengumumkan pembukaan rasmi Pusat Pemasangan Cermin Gelap PROTON di Tanjung Malim, menandakan usaha firma tersebut dalam meningkatkan kemampuan pemasangan cermin gelap sendiri. Fasiliti baru ini memiliki kapasiti untuk memasang hingga 5,000 unit kenderaan sebulan.
Pemasangan cermin gelap keselamatan telah diperkenalkan sebagai aksesori standard untuk varian Flagship dan Premium Proton X90 sejak pelancarannya pada 7 Mei 2023.
Ini juga berlaku untuk varian Flagship Proton S70 dan Flagship X, di mana cermin gelap keselamatan menjadi sebahagian daripada pakej aksesori standard.
PROTON berhasrat untuk menawarkan pilihan ini kepada model lain dalam masa terdekat, dengan tujuan memberikan nilai tambah kepada pelanggan. Kelebihan pemasangan cermin gelap oleh OEM termasuk ketepatan dan kemasan yang lebih baik dengan menggunakan cetakan pra-potong, serta mematuhi peraturan JPJ dan mengurangkan risiko kerosakan sekunder yang biasa berlaku dengan pemasangan selepas pasaran.
Pelanggan juga akan mendapat manfaat dari waranti tanpa had selama 5 tahun untuk semua perkhidmatan pemasangan cermin gelap.
Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, menyatakan bahawa pembukaan pusat pemasangan cermin gelap di Tanjung Malim merupakan langkah penting dalam komitmen PROTON untuk menyampaikan produk berkualiti dan nilai tambah kepada pelanggan. Dengan kapasiti yang besar, pusat ini dapat menangani peningkatan volum yang mendadak dengan cekap.
UMW Toyota Motor Perkukuh Usaha Mobiliti Hijau Negara
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menzahirkan komitmen terhadap agenda kelestarian negara melalui satu kolaborasi strategik bersama...