Ads

Yamaha XMAX 300 Tech MAX Tiba Di Malaysia!

Kuasa Lebih Tinggi Dengan Teknologi Terbaru

Barisan skuter premium Yamaha di Malaysia kini menerima satu lagi pilihan lebih berkuasa menerusi kehadiran Yamaha XMAX 300 Tech MAX, yang bakal mula berada di pengedar Yamaha Big Bikes sah seluruh negara pada pertengahan Ogos 2026.

XMAX 300 Tech MAX bukan sekadar membawa kapasiti enjin lebih besar. Ia hadir sebagai versi lebih premium dengan kemasan khas Tech MAX, tempat duduk gaya kulit, teknologi connectivity serta beberapa ciri keselamatan dan keselesaan untuk tunggangan bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

Tempat duduk juga menerima kemasan gaya kulit, plat aluminium premium dan ruang simpanan bawah tempat duduk pula dikatakan mampu memuatkan sehingga dua topi keledar, bergantung kepada saiz helmet yang digunakan.

Yamaha XMAX 300 Tech MAX Tiba Di Malaysia!

Enjin 292cc, 20.6kW dan 28.9Nm

Dikuasai enjin Blue Core satu silinder 292cc, SOHC, empat injap dan liquid-cooled, Tangki bahan api pula mempunyai kapasiti 13 liter. Ia menghasilkan kuasa maksimum 20.6kW pada 7,250rpm dengan tork maksimum 28.9Nm pada 5,750rpm, dipadankan dengan sistem transmisi automatik CVT atau V-belt.

Ads

Di bahagian hadapan penunggang terdapat paparan TFT penuh warna bersaiz 4.2 inci. Ia boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui aplikasi Yamaha Y-Connect, membolehkan penunggang mengakses fungsi seperti panggilan, mesej dan muzik. Sistem Smart Key pula membolehkan operasi tanpa perlu mengeluarkan kunci fizikal seperti motosikal konvensional.

Baca Juga: Yamaha XSR155 Rasmi Masuk Malaysia, Harga Bermula RM12,998!

Untuk Bandar, Lebuh Raya Dan Touring

Untuk perjalanan bandar, transmisi CVT menjadikan tunggangan lebih mudah terutama ketika berdepan kesesakan lalu lintas. Apabila memasuki lebuh raya, enjin 292cc pula menawarkan output lebih tinggi untuk cruising dan overtaking.

Ads

Dalam konteks ini, XMAX 300 Tech MAX boleh dianggap sebagai jalan tengah buat mereka yang mahukan kemudahan sebuah skuter tetapi tidak mahu terlalu terhad dari segi prestasi apabila keluar dari kawasan bandar.

TCS, ABS Dan Emergency Stop Signal

XMAX 300 Tech MAX dilengkapi Traction Control System (TCS) untuk membantu mengawal kehilangan cengkaman roda belakang apabila permukaan jalan licin atau ketika throttle dibuka secara agresif. Ia turut menerima ABS serta Emergency Stop Signal (ESS).

Ads

Bahagian hadapan menggunakan telescopic fork, sementara belakang menggunakan sistem unit swingarm turut dipadankan dengan tayar bersaiz 120/70-15 di hadapan dan 140/70-14 di belakang.

Yamaha XMAX 300 Tech MAX Tiba Di Malaysia!

Satu Warna, Harga RM28,499

Untuk pasaran Malaysia, Yamaha XMAX 300 Tech MAX ditawarkan dalam warna Crystal Graphite, selari dengan imej lebih gelap dan premium model tersebut dengan harga RM28,499 tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Hanya 48 Unit! MINI Countryman Desert Night Edition Kini di Malaysia

MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Tiba di Malaysia, Hanya 48 Unit MINI Malaysia memperkenalkan MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition, sebuah edisi...