Pameran Antarabangsa Mobiliti Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 membuka tirainya hari ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Edisi ke-10 pameran automotif terkemuka ini dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) bersama Qube Integrated Malaysia Sdn. Bhd. Tema menarik “Beyond Mobility” yang memfokuskan kepada inovasi lestari, elektrifikasi, dan mobiliti autonomi.
Majlis Perasmian KLIMS 2024
Disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Bersama YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan.
KLIMS 2024 menjadi pentas utama untuk menampilkan masa depan mobiliti, termasuk kenderaan elektrik (EV), teknologi mesra alam, dan penyelesaian mobiliti pintar. Pengunjung dapat menyaksikan inovasi seperti kenderaan hidrogen, teknologi autonomi, serta penyelesaian “last-mile” untuk pengangkutan yang lebih cekap.
Ucapan Timbalan Perdana Menteri
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah dalam ucapannya menegaskan, “Malaysia berpotensi besar menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan inovasi kenderaan elektrik. Dengan sokongan seperti Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Pembinaan lebih 3,000 stesen pengecas EV di seluruh negara. Serta pengecualian penuh duti import dan jualan untuk EV, kita sedang menuju masa depan yang lebih hijau.
Ads
KLIMS adalah pemangkin penting dalam mencapai visi ini, mengumpulkan pelbagai pihak untuk mencipta penyelesaian lestari bersama.”
Presiden MAA
Mohd Shamsor Bin Mohd Zain, turut berkongsi pandangan, “KLIMS 2024 bukan sekadar pameran automotif; ia adalah simbol daya tahan dan inovasi industri automotif Malaysia.
Tema tahun ini, ‘Beyond Mobility,’ menunjukkan komitmen kita untuk mempercepat peralihan kepada pengangkutan lestari dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin serantau dalam bidang ini.”
Richard Teo, Pengerusi Eksekutif Qube, menambah, “Kami berbangga menjadi sebahagian daripada KLIMS 2024 yang menjembatani teknologi, inovasi, dan industri automotif. Kami mahu mencipta pengalaman yang memberi impak kepada semua pihak, dari pemimpin industri hingga peminat automotif.”
Ads
Pameran ini menarik perhatian lebih 800 hadirin semasa pembukaannya, dengan pelancaran eksklusif seperti WEY 80 dan Tank 500 oleh GWM. Kereta konsep futuristik EMO-II oleh Perodua. Serta model baharu seperti Toyota Camry Hybrid dan Corolla Cross Hybrid, dan Honda Prelude. Proton pula menampilkan kereta S70 R3 yang menyerlah dalam perlumbaan Sepang 1000KM.
Pengunjung KLIMS 2024 bukan sahaja dapat menikmati inovasi terkini, tetapi juga aktiviti menyeronokkan seperti simulator perlumbaan dan pameran dari kelab-kelab automotif. Lebih menarik, mereka berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti Toyota Yaris 1.5G Limited dan Perodua AXIA dengan jumlah keseluruhan RM250,000!
KLIMS 2024 berlangsung dari 5 hingga 11 Disember di MITEC. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari www.KLIMS.com.my. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara ikonik ini!
Dalam sebuah kejadian di Perth, sebuah pesawat milik Qantas Airways terpaksa mendarat hanya dengan menggunakan satu enjin yang berfungsi. Insiden ini terjadi ketika pesawat tersebut, dalam penerbangan dari Melbourne menuju Perth.
Menurut laporan yang disampaikan oleh Qantas kepada Reuters pada hari Selasa, juruterbang pesawat telah mengambil keputusan untuk memberhentikan salah satu dari dua enjin pesawat Airbus A330-200, dan puncanya tidak dijelaskan dengan lebih lanjut. Walaupun situasi seperti itu menimbulkan keadaan cemas, tindakan cepat dan terlatih daripada anak kapal memastikan pendaratan dapat dilaksanakan dengan baik dan tanpa insiden.
Syarikat penerbangan terbesar di Australia itu memaklumkan bahawa pesawat tersebut telah mendarat dengan selamat, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang atau kru.
Kredit Foto : Website medium.com
Penumpang yang berada di dalam penerbangan tersebut berkongsi situasi cemas tersebut apabila mereka mendengar bunyi yang kuat, seakan-akan bunyi dentuman, dari salah satu sisi pesawat.
Sebaik sahaja mendarat jurutera dari Qantas langsung bertindak untuk memeriksa keadaan pesawat, sebagai sebahagian daripada operasi standard. Qantas, dalam sebuah kenyataan, mengzahirkan penghargaan mereka terhadap kerjasama daripada semua yang terlibat dalam insiden tersebut.
Kegagalan enjin merupakan insiden yang jarang terjadi dalam dunia penerbangan. Namun, pesawat seperti Airbus A330-200, yang telah beroperasi selama 21 tahun menurut ch-aviation, masih mampu untuk dikawal walaupun hanya dengan satu enjin yang berfungsi. Pujian harus diberikan kepada juruterbang kerana berjaya mengedalikan pesawat tersebut sehingga selamat untuk mendarat.
Sumber Artikel : Website hmetro
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini menganjurkan acara istimewa bertajuk AMG Celebration – Drive to Trill. Ia bertujuan menghargai pelanggan setia Mercedes-AMG serta meraikan gabungan prestasi luar biasa dan kemewahan yang sinonim dengan jenama ini.
Acara ini menjadi lebih meriah dengan cabutan bertuah yang menawarkan pengalaman eksklusif, AMG Experience on Ice, kepada lapan pemilik baharu Mercedes-AMG. Perjalanan bernilai kira-kira RM50,000 setiap seorang ini merangkumi lawatan ke Stuttgart, Jerman, serta pengalaman pemanduan luar biasa di Sweden, berhampiran Lingkaran Artik.
Perayaan Semangat Prestasi dan Kehebatan
Cabutan bertuah ini terbuka kepada pelanggan yang membeli kenderaan Mercedes-AMG baharu pada tahun 2024 dan hadir ke acara tersebut. Acara ini menyatukan pemilik AMG, peminat, dan ahli kelab. Menggambarkan semangat bersama terhadap prestasi canggih dan kemewahan bertaraf dunia yang menjadi tunjang jenama Mercedes-AMG.
Selain hadiah utama, hadirin lain turut memenangi pengalaman eksklusif lain, seperti menyaksikan Mercedes-AMG GT Racing Aurora bertanding dalam TSS Thailand Super Series di Litar Jalan Bangsaen, Thailand. Tiket untuk menyertai Mercedes-Benz Driving Experience 2025 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.
Apa itu AMG Experience on Ice?
AMG Experience on Ice merupakan program pemanduan unik yang menguji kemahiran sambil memberikan pengalaman luar biasa kepada peserta. Bertempat di Lapland, Sweden, para peserta akan memacu kenderaan Mercedes-AMG berprestasi tinggi di atas tasik beku yang dilitupi lapisan ais setebal lebih 60 sentimeter.
Salah satu tarikan utama adalah litar ais yang direka khas menyerupai Nordschleife Nürburgring. Ia bakal memberikan peserta peluang untuk mengasah kemahiran pemanduan mereka di permukaan ais. Dengan bimbingan jurulatih profesional, mereka akan mempelajari teknik mengendalikan kenderaan dalam keadaan mencabar serta memahami teknologi canggih yang digunakan oleh Mercedes-AMG.
Selain itu, pakej eksklusif ini termasuk penginapan mewah di Silverhatten Hotel, yang terletak di tengah-tengah keindahan alam semula jadi Lapland.
2. (Right) Sanjay Pattis, CEO & Team Principal, Racing Aurora, presenting the lucky winner with exclusive tickets to witness the Mercedes-AMG GT Racing Aurora compete at the TSS Thailand Super Series in Bangsaen Str
Gabungan Adrenalin dan Kemewahan
AMG Experience menawarkan acara pemanduan eksklusif di seluruh Eropah, menggabungkan pengetahuan teori dan amalan pemanduan untuk memastikan keselamatan serta memberikan pengalaman mendebarkan.
Program ini juga menampilkan hospitaliti lima bintang, termasuk penginapan di hotel mewah dan sajian kulinari istimewa.
Sejak diperkenalkan pada 2007, AMG Experience telah memikat pelanggan dari 15 pasaran global, termasuk Australia, China, Jepun, dan Amerika Syarikat. Ia kini diiktiraf sebagai penanda aras dalam pengalaman pemanduan dinamik yang sempurna.
Acara AMG Celebration – Drive to Trill ini bukan sahaja meraikan kehebatan jenama Mercedes-AMG. Malah ia juga memberikan penghormatan kepada para pemiliknya dengan peluang untuk menikmati keistimewaan yang hanya ditawarkan oleh jenama ini. Pengalaman seperti ini terus memperkukuh kedudukan Mercedes-AMG sebagai simbol prestasi dan kemewahan global.
Lambretta, simbol kemegahan Itali, kini kembali ke pasaran Malaysia secara rasmi. Dikenali sebagai gabungan sempurna antara keanggunan klasik Itali dan gaya moden-retro, Lambretta menjanjikan rangkaian skuter yang menawarkan gaya klasik yang menarik bagi setiap generasi.
Jenama ini telah berjaya menarik minat peminat motosikal di seluruh dunia dengan keunikkan rekaannya yang klasik namun kontemporari. Untuk lebih mendekatkan produk mereka kepada peminat di Malaysia, mereka akan membuka lima cawangan rasmi yang terletak di lokasi strategik termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Kuching.
Kredit Foto : Website paultan
Berdiri sejak 1947, Lambretta terinspirasi oleh skuter Cushman yang bewarna hijau zaitun yang pernah popular semasa zaman peperangan di Itali. Visi mereka adalah untuk mencipta skuter yang mudah dikendalikan oleh semua.
Pengasan Lambretta, Ferdinando Innocenti memperkenalkan pelbagai model yang menawarkan alternatif yang tidak hanya berpatutan tetapi juga penuh gaya. Skuter ini dilengkapi dengan enjin dua lejang yang inovatif, dilengkapi dengan reka bentuk yang elegan yang membuatnya menonjol daripada motosikal konvensional yang lain.
Kredit Foto : Website paultan
Lambretta kini memasuki era baru dengan memperkenalkan skuter yang tidak hanya mengekalkan estetik klasik tetapi juga menonjolkan inovasi modern. Rangkaian terbaru ini menampilkan seni bina monocoque yang unik, melambangkan kekuatan dan ketangkasan melalui setiap lengkung dan struktur reka bentuknya.
Model terbaru, Lambretta X250 dan G350, yang akan dilancarkan di Malaysia, menjanjikan kombinasi keanggunan dan eksklusif kepada peminat dan pengguna skuter di Malaysia.
Kawasaki Ninja 1100SX Dilancar di Malaysia, Sport-Touring Flagship Bermula RM71,400
Kawasaki Ninja 1100SX kini rasmi diperkenalkan di Malaysia, meneruskan legasi sport-touring moden dalam kelasnya.Evolusi ini...