KTM Malaysia telah memperkenalkan empat model terbaru daripada rangkaian Duke mereka iaitu KTM 250, KTM 390, KTM 990, dan KTM 1390. Pelancaran ini berlangsung sempena ulang tahun ke-30 KTM.
Di samping empat model tersebut, KTM juga mengumumkan akan melancarkan KTM 790 Duke tidak lama lagi, sebuah model yang telah menarik perhatian tinggi di pasaran Asia. Keputusan untuk memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
Kredit Foto : bharian.com
Sempena menyambut ulang tahun yang ke-30, KTM telah memperkenalkan slogan baru,
“No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”.
Ads
Menurut Goi Seong Keng, Pengurus Pemasaran Strategi di KTM, model Duke adalah tentang kekuatan, ketangguhan, dan prestasi tanpa kompromi. Duke sedia menerima pencabar untuk membuktikan penguasaannya membelah jalan raya dan merentas segala halangan, ujar Goi dalam majlis pelancaran yang diadakan di RAC Skypark.
Kredit Foto : paultan.org
Semua model Duke hadir dengan reka bentuk yang tajam dan bergaya, serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan. KTM Duke tidak hanya meraikan kejayaan tetapi juga ingin berkongsi pengalaman pemanduan yang luar biasa.
Ads
Setiap model Duke menawarkan sesuatu yang unik kepada penungangnya, daripada penampilan yang menarik hingga ke prestasi yang tinggi di jalan raya.
Ads
Kredit Foto : paultan.org
Seiring dengan perkembangan pasaran motosikal, KTM Duke terus berinovasi dan memperkenalkan model-model yang lebih berani dan matang, tetap menjadikannya pendahulu dalam pasaran yang kompetitif.
Dengan rangkaian lengkap yang saat ini termasuk KTM 200 Duke, KTM 250 Duke, KTM 390 Duke, KTM 790 Duke, KTM 890 Duke R, KTM 990 Duke, KTM 1290 Duke, dan KTM 1390 Duke, KTM Duke menetapkan standard baru dalam dunia dua roda.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Proton melancarkan Jelajah Proton e.MAS 7, satu acara bersejarah yang menggabungkan inovasi dengan semangat eksplorasi.
Acara ini diadakan di Centre of Excellence (COE), di mana baton jelajah diserahkan daripada Jelajah Dunia Geely E5 kepada Proton e.MAS 7. Sebuah kenderaan elektrik (EV) yang bakal mengharungi perjalanan epik di seluruh Malaysia.
Proton e.MAS 7 tidak sekadar mempamerkan kehebatan teknologi tetapi juga membawa misi untuk memperkenalkan kenderaan EV ini kepada rakyat Malaysia.
Jelajah ini dijadualkan meliputi lebih daripada 2,000 kilometer merentasi pelbagai landskap, daripada jalan pantai hingga ke kawasan pergunungan, menunjukkan prestasi dan ketahanan EV ini dalam pelbagai keadaan jalan.
Jelajah ini bermula pada 5 Oktober 2024, dengan Proton e.MAS 7 akan menjelajah ke setiap negeri di Malaysia. Fasa pertama meliputi Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Pahang, Terengganu, dan Kelantan sebelum bergerak ke Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis. Jelajah ini akan diakhiri di Malaysia Timur, dengan Sabah dan Sarawak sebagai destinasi terakhir.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, menyatakan bahawa matlamat jelajah ini adalah untuk memberikan rakyat Malaysia peluang untuk merasai sendiri bagaimana Proton e.MAS 7 mengendalikan pelbagai keadaan jalan dan cuaca unik di negara kita.
Beliau juga menambah bahawa jelajah ini bukan sekadar mempamerkan kehebatan teknologi Proton, tetapi juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti dan pelanggan.
Bagi yang tidak sabar untuk melihat kenderaan ini secara langsung, Proton e.MAS 7 dan pasukan PRO-NET akan dipamerkan di beberapa lokasi utama seperti di Putrajaya pada 25 September dan di Shah Alam pada 26 September.
Sebelum ini, model kembar Proton e.MAS 7, Geely E5, telah berjaya mengharungi perjalanan sejauh 3,700 kilometer dari China ke Malaysia, menghadapi pelbagai cabaran termasuk Taufan Yagi.
Prestasi Geely E5 dalam menghadapi keadaan ekstrem ini menunjukkan kebolehpercayaan dan ketahanan teknologi yang digunakan. Ini juga memberi jaminan yang sama terhadap Proton e.MAS 7.
Dengan kolaborasi erat bersama Geely. Model ini dilengkapi dengan teknologi terbaik dunia, menjadikannya penyelesaian mobiliti lestari yang direka khas untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Selain itu, usaha Proton dalam memperluas penerimaan EV di negara ini turut disokong oleh kerjasama strategik dan perkongsian ilmu pengetahuan bagi menangani pelbagai cabaran yang dihadapi dalam segmen kenderaan elektrik.
Proton e.MAS 7 tidak hanya membawa visi masa depan yang lebih hijau. Tetapi juga menunjukkan bagaimana teknologi dan inovasi dapat menjadi alat untuk mengubah landskap automotif di Malaysia. Jelajah ini pasti akan mencipta kesan yang berkekalan terhadap masa depan mobiliti di negara kita.
Pasaran motosikal adventure di Malaysia semakin sengit dengan kehadiran model baharu yang menawarkan teknologi premium dengan harga yang berpatutan.
VOGE DS900X, jentera daripada pengeluar VOGE, baru sahaja dilancarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Model ini kini boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh negara.
VOGE DS900X ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Aviator Blue, Lime Green, dan Matt Black.
Jentera ini dikuasakan oleh enjin 895cc dwi-silinder, empat lejang, lapan injap yang mampu menghasilkan kuasa 70kW pada 8,250rpm serta tork maksimum 95Nm pada 6,000rpm.
Dengan nisbah mampatan 13.1:1, sistem penyejukan cecair, dan sistem suntikan bahan api elektronik, motosikal ini direka untuk keseimbangan optimum antara prestasi dan kecekapan bahan api bagi perjalanan jauh serta tunggangan off-road.
Keupayaan DS900X diperkukuh dengan sistem suspensi yang canggih.
Model ini hadir dengan fork teleskopik terbalik dan penyerap hentak belakang monoshock, serta lengan ayun aluminium bagi memastikan kestabilan serta kawalan yang lebih jitu di pelbagai jenis permukaan jalan.
Sistem brek cakera berkembar daripada jenama Brembo di bahagian hadapan dengan diameter 305mm dan brek cakera tunggal 265mm di bahagian belakang.
Motosikal ini juga dipadankan dengan sistem ABS dwi saluran bagi kawalan brek yang lebih selamat, walaupun dalam situasi kecemasan.
VOGE DS900X menggunakan tayar hadapan bersaiz 90/90-21 inci dan tayar belakang 150/70-17 inci jenis spoke tubeless.
Motosikal ini turut menawarkan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Sport, dan Enduro bagi membolehkan penunggang menyesuaikan prestasi mengikut keadaan jalan.
Dilengkapi dengan sistem quickshifter, penukaran gear dapat dilakukan dengan lebih pantas dan lancar tanpa memerlukan penggunaan klac.
Selain itu, teknologi kunci pintar membolehkan motosikal dihidupkan tanpa menggunakan kunci fizikal, menjadikan tunggangan lebih mudah dan selamat.
Keselamatan penunggang menjadi keutamaan dalam reka bentuk DS900X.
Model ini dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), kawalan jelajah automatik (auto cruise), serta dashcam hadapan untuk meningkatkan keselamatan sepanjang perjalanan.
Paparan TFT berwarna bersaiz tujuh inci pula memastikan segala maklumat penting disampaikan dengan jelas kepada penunggang.
Sistem pencahayaan motosikal ini juga tidak mengecewakan.
Lampu utama LED, lampu belakang LED yang terang, lampu spotlight, butang hazard serta sistem radar meningkatkan keterlihatan motosikal di jalan raya.
Tambahan pula, DS900X dilengkapi dengan pengecas USB dwi-port (Type-A dan Type-C) serta soket output 12V10A untuk memastikan peranti penunggang boleh dicas sepanjang perjalanan.
Untuk memastikan keselesaan penunggang, motosikal ini turut dilengkapi dengan pemanas grip tiga tahap serta pemanas tempat duduk.
Handguard dan crash bar pula memberikan perlindungan tambahan kepada motosikal serta penunggang.
DS900X hadir dengan tangki bahan api berkapasiti 17 liter, ekzos keluli tahan karat serta ruang penyimpanan yang luas.
Hadir sebagai standard, satu kotak atas berkapasiti 45 liter dan dua kotak sisi berkapasiti 35 liter setiap satu.
Penghadang angin boleh laras turut disertakan bagi memastikan perjalanan yang lebih aerodinamik dan selesa, terutamanya pada kelajuan tinggi.
Sistem Side Stand Safety Switch juga disertakan bagi memastikan motosikal hanya boleh bergerak apabila tongkat sisi diangkat sepenuhnya.
Dengan berat 222kg, ketinggian tempat duduk 835mm serta jarak kelegaan tanah 190mm, VOGE DS900X direka untuk memberikan keseimbangan terbaik antara ketahanan dan keselesaan bagi pelbagai situasi tunggangan.
Apa yang lebih mengejutkan?
Motosikal 900cc ini dijual pada harga di bawah RM50,000, satu tawaran yang sangat kompetitif dalam pasaran motosikal adventure.
Biasanya, motosikal dalam kategori ini hadir dengan harga lebih tinggi.
Namun VOGE DS900X membuktikan bahawa motosikal berprestasi tinggi boleh dimiliki pada harga yang lebih berpatutan tanpa menjejaskan ciri-ciri premium yang ditawarkan.
Sebagai jaminan kepada pemilik, setiap pembelian VOGE DS900X didatangkan dengan waranti tanpa had perbatuan selama dua tahun.
Selain itu, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. turut menyediakan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen secara atas talian melalui VOGE Malaysia.
Kejayaan Proton dalam dunia mobiliti elektrik terus menyerlah apabila dua model utamanya, Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS 5, mencatat pencapaian luar biasa sejak pelancaran masing-masing.
Anak syarikat PROTON, PRO-NET, mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7 kini mencatatkan 7,413 unit terjual, dengan 6,954 unit di pasaran tempatan dan 459 unit dieksport sehingga 31 Oktober 2025.
Model SUV elektrik nasional ini mengekalkan statusnya sebagai kenderaan elektrik paling laris di Malaysia selama 10 bulan berturut-turut, sekali gus membuktikan keyakinan pengguna terhadap kejuruteraan dan teknologi yang ditawarkan oleh PROTON.
Tidak kurang hebatnya, Proton e.MAS 5 kenderaan elektrik mampu milik pertama buatan Malaysia mencatatkan lebih 10,000 tempahan hanya dalam tempoh singkat selepas pelancarannya.
Model hatchback segmen B ini menjadi pilihan rakyat kerana menawarkan gabungan gaya moden, teknologi canggih, dan harga berpatutan, selaras dengan komitmen PROTON untuk menjadikan mobiliti elektrik mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, menzahirkan penghargaan terhadap sokongan rakyat Malaysia:
“Setiap tempahan mencerminkan kepercayaan terhadap keupayaan kami menghasilkan EV berkualiti tinggi. Kami komited untuk memastikan mobiliti elektrik kekal boleh diakses, boleh dipercayai, dan relevan untuk semua,” katanya.
Analisis dalaman menunjukkan kawasan Lembah Klang mendahului jumlah tempahan e.MAS 5, diikuti oleh Selatan dan Utara, manakala Sabah, Sarawak dan Pantai Timur turut mencatat peningkatan ketara.
Kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan profesional muda yang menjadikan e.MAS 5 sebagai kenderaan harian. Program Power Trade-In dengan rebat tambahan RM1,000 turut menarik minat pemilik kereta sedia ada untuk beralih kepada EV.
Menariknya, sebahagian besar pembeli menjadikan e.MAS 5 sebagai kenderaan kedua keluarga, sementara pembeli muda pula menjadikannya kereta pertama.
Antara faktor utama yang mendorong populariti Proton e.MAS 5 termasuklah:
Harga mampu milik dengan pelbagai insentif menarik.
Reka bentuk kompak dan bergaya sesuai untuk kegunaan bandar.
Teknologi pintar yang memudahkan gaya hidup moden.
Prestasi seimbang dan pemanduan senyap, menjadikannya EV harian ideal.
Bagi yang berminat, Proton menawarkan rebat pelancaran RM3,000 sehingga 31 Disember 2025, serta pakej bernilai hingga RM8,000 yang merangkumi:
Pemasangan pengecas rumah 7kW percuma
Data internet tanpa had selama lima tahun
Pelbagai rebat dan manfaat pemilikan eksklusif
Semua tawaran ini menjadikan pemilikan EV Proton bukan sekadar mampu milik, malah lebih berbaloi dan menyeronokkan.
Mforce Buka Pusat Servis Mega Di Segambut, Sasar Tahap Servis Lebih Tinggi
Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dua roda tempatan...