Malaysia Autoshow 2025 Cetus Gelombang Mobiliti Hijau Serantau, Jana Potensi Jualan Lebih RM1.72 Bilion
Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) melabuhkan tirainya dengan rekod pencapaian paling cemerlang dalam sejarah penganjurannya.
Berlangsung dari 9 hingga 15 Mei di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), pameran berprestij ini mencatat kehadiran seramai 294,062 pengunjung.
Secara tidak langsung memecah rekod terdahulu dan mencerminkan peningkatan 31% berbanding tahun 2024.
Pencapaian Komersial Yang Memberangsangkan
MAS 2025 bukan sekadar pameran automotif – ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri mobiliti negara dengan RM1.72 bilion potensi jualan dijana hasil daripada 3,194 tempahan kenderaan, 1,512 cadangan tukar beli, dan 18,824 petunjuk jualan baharu.
Ini mencerminkan keyakinan tinggi pengguna dan pelabur terhadap masa depan industri automotif negara.
Lebih 500 Model, 200 Pameran & Fokus Mobiliti Masa Depan
Bertemakan “Shifting the Future”, MAS 2025 menampilkan lebih 500 kenderaan dari 200 peserta pameran yang memenuhi ruang seluas 50,000 meter persegi.
Separuh daripada model yang dipamerkan terdiri daripada kenderaan elektrik (EV), hibrid plug-in (PHEV), dan hibrid (HEV).
Sebanyak 48 pelancaran dan pratonton model baharu dilakukan sepanjang pameran, disertai 10,916 sesi pandu uji di trek luar.
Pameran ini juga menyaksikan pelancaran rasmi Skim Pelabelan Sukarela Kenderaan Generasi Baharu (NxGV).
Ads
Ini merupakan satu penanda aras baharu untuk pensijilan kenderaan berdasarkan standard keselamatan, inovasi dan kelestarian tertinggi Malaysia.
Asean Unity Drive 2025: Pencapaian Serantau Yang Bersejarah
Salah satu kemuncak MAS 2025 ialah Asean Unity Drive 2025, konvoi EV merentasi 9 negara ASEAN sejauh 10,432 kilometer, yang secara rasmi diiktiraf oleh ASEAN Records.
Konvoi ini menggunakan model Proton e.MAS 7 dan siri X, mempromosikan keseragaman standard EV dan kebolehlaksanaan pengecasan rentas sempadan.
Lebih penting, konvoi ini membuktikan bahawa perjalanan jauh menggunakan EV kini sudah boleh direalisasikan, asalkan infrastruktur pengecasan tersedia.
Ini menandakan kesiapsiagaan ASEAN untuk masa depan mobiliti hijau yang seragam dan bersepadu.
Hari Tema, Edukasi, Dan Pendedahan Teknologi Baharu
MAS 2025 kekal dengan pendekatannya yang berorientasikan pengguna dengan memperkenalkan Hari Pendidikan, Hari Wanita, dan Hari Hijau, yang menyediakan aktiviti pembelajaran interaktif kepada ribuan keluarga, pelajar dan profesional.
Inisiatif ini membina kesedaran awam terhadap kepentingan kelestarian, keselamatan, dan teknologi pengangkutan masa depan.
Ads
Antara tarikan futuristik ialah demonstrasi Mobiliti Udara Bandar yang memperkenalkan konsep kenderaan eVTOL (elektrik berlepas dan mendarat menegak).
Dalam pada itu, sistem ADaPTIV, hasil kerjasama MARii dan PETRONAS, turut diperkenalkan sebagai prototaip.
Sistem ini menawarkan ramalan pintar secara langsung untuk mengoptimumkan prestasi dan kebolehpercayaan kenderaan.
Kata-Kata Penghargaan Dan Harapan Masa Depan
Pengerusi MARii, Datuk Dr. Aminar Rashid, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak berkepentingan termasuk Perodua, Proton, Chery, Modenas, Honda, dan ORS Technologies atas kerjasama erat mereka menjayakan acara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz, pula menegaskan bahawa MAS 2025 bukan sekadar berkisar tentang kenderaan, tetapi menjalin sinergi antara inovasi, keterlibatan awam, dan transformasi industri.
Fokus kini adalah memperkasakan keseluruhan rantaian nilai mobiliti menuju era kenderaan generasi baharu dan kepimpinan EV.
Ads
Komitmen Kerajaan: Malaysia Sebagai Peneraju Mobiliti Asean
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz, menekankan bahawa kejayaan MAS 2025 sejajar dengan aspirasi strategik Malaysia dalam memperkukuh kedudukan sebagai peneraju teknologi automotif dan mobiliti masa depan ASEAN.
Menurut beliau,
“Sebagai pasaran automotif kedua terbesar di Asia Tenggara dan selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia berada dalam posisi strategik untuk memacu pembangunan teknologi hijau dan kenderaan generasi baharu serantau. Kejayaan ini adalah langkah besar ke arah itu.”
Kembali Pada 2027: Lebih Besar, Lebih Mantap
Malaysia Autoshow akan kembali pada tahun 2027 dengan potensi lokasi baharu dan pendekatan lebih inovatif.
Acara ini bakal terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform serantau utama untuk mobiliti, inovasi, dan teknologi pengangkutan bersih.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila layari www.autoshow.my atau ikuti saluran media sosial rasmi Malaysia Autoshow.
Pasukan polis di Itali telah menggunakan Lamborghini Huracán untuk menghantar buah pinggang bagi satu pemindahan organ yang amat diperlukan sejauh 700 kilometer dalam masa hanya lima jam.
Kredit Foto : Website aido.it
Berlumba dengan Masa: 700 Kilometer dalam Lima Jam
Pada penghujung tahun 2022, Polizia Stradale, pasukan polis lebuh raya Itali, menjalankan satu misi yang luar biasa.
Mereka perlu menghantar buah pinggang sejauh 700 kilometer (sekitar 435 batu) dalam tempoh lima jam sahaja untuk memastikan organ tersebut masih dalam keadaan baik bagi pemindahan.
Kredit Foto : Website supercars.net
Dengan kelajuan dan teknologi canggih yang dimiliki oleh Lamborghini Huracán, pasukan polis berjaya menyempurnakan tugas tersebut.
Supercar berkuasa tinggi ini turut dilengkapi dengan unit penyejukan khas yang direka untuk menyimpan organ dalam keadaan optimum semasa penghantaran kecemasan.
Kuasa dan Kelajuan yang Menyelamatkan Nyawa
Lamborghini Huracán bukan sekadar sebuah kenderaan mewah.
Dengan enjin V10 5.2-liter yang menghasilkan 602 kuasa kuda, ia mampu mencapai kelajuan maksimum 325 km/j (202 mph).
Kredit Foto : Website nypost
Keupayaan luar biasa ini membolehkan pasukan polis Itali mengharungi lebuh raya dengan pantas dan selamat.
Mereka membuktikan bahawa kenderaan ini bukan hanya sebagai simbol status, tetapi kenderaan yang berfungsi dalam misi kritikal.
Supercar dalam Skuad Polis Seluruh Dunia
Penggunaan supercar dalam pasukan polis bukanlah sesuatu yang baharu.
Pasukan penguatkuasa di seluruh dunia telah lama menggunakan kenderaan berprestasi tinggi untuk tugas khas.
Sebagai contoh, pasukan polis Itali sendiri sebelum ini pernah menggunakan Lamborghini Gallardo dan kini memiliki Huracán serta SUV mewah Urus dalam armada mereka.
Kredit Foto : Website quattroruote
Sementara itu, Carabinieri, satu lagi cabang penguatkuasa di Itali, pernah menggunakan Lotus Evora.
Dubai terkenal dengan skuad polis yang memiliki koleksi supercar luar biasa seperti Bugatti Veyron, Aston Martin One-77, Mercedes-Benz SLS AMG, dan Lamborghini Aventador.
Kredit Foto : Website edition.cnn
Baru-baru ini, mereka juga menambah Tesla Cybertruck yang telah diubah suai ke dalam senarai kenderaan mereka.
Turki juga tidak ketinggalan, dengan pasukan polisnya memiliki koleksi supercar bernilai sekitar AS$4 juta, termasuk Porsche Taycan, Ferrari 458, dan Bentley Continental.
Kredit Foto : Website wsvn
Di Miami, pasukan polis mereka telah menambah Rolls-Royce Ghost ke dalam skuad mereka bukan hanya kerana kehebatannya, tetapi juga sebagai usaha untuk menarik lebih ramai rekrut baru.
Teknologi dan Kelajuan untuk Keselamatan
Dengan inovasi yang terus berkembang, tidak mustahil lebih banyak pasukan polis di seluruh dunia akan mengadaptasi strategi yang sama untuk memastikan kecekapan dan keselamatan masyarakat terus terjamin.
Secara peribadi, penggunaan helicopter mungkin lebih efisien dan pantas namun pasti ada kekangan daripada segi kos dan logistik untuk menggunakannya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
KTM baru sahaja mendedahkan motosikal perlumbaan RC 8C edisi terhad yang dibina khas untuk perlumbaan di litar. Walaupun tiada perubahan besar jika dibandingkan dengan model tahun 2023, tetapi mereka mendakwa unit ini mempunyai prestasi yang sama hebat dengan Moto2. Sangat mengagumkan!
Kredit Foto : Website KTM
Terhad hanya 100 unit RC 8C 2024 yang dibina secara manual ditawarkan, iaitu separuh pengeluaranya daripada tahun sebelumnya. Namun berapa harga yang ditawarkan oleh KTM sekiranya ingin memiliki motosikal ini? Harga yang ditawarkan adalah $41,499 (RM 195,000) dan anda perlu mempuat pesanan dalam talian apabila pra-pesanan dibuka pada 20 Mac 2024 nanti.
RC 8C 2024 telah dibina dengan kerjasama Krämer Motorcycles, sama seperti model sebelumnya. Seperti jangkaan, motosikal ini dilengkapi dengan semua kelengkapan litar seperti tangki yang boleh dilepaskan dengan cepat dan panel badan, sportrim Dymag yang ringan, dan tayar Pirelli race slicks.
Kredit Foto : Website KTM
Hadir dengan bahagian meter AIM MXS 1.2 RACE dan perakam data dengan fungsi GPS yang terbina di dalamnya untuk memastikan anda mempunyai “lap time” yang terbaik, dan anda boleh melihat semua maklumat yang berkaitan pada skrin TFT 5 inci. Individu yang bakal memiliki salah satu jentera litar ini boleh menggunakan AIM RaceStudio untuk melihat metrik prestasi dan berusaha untuk mengurangkan “lap time” mereka.
RC 8C dikuasakan oleh enjin “parallel-twin” 889 cc yang sama seperti yang digunakan oleh KTM dalam model 2023, namun talaan enjin untuk model ini telah ditingkatkan.Hasil maklumat daripada website KTM, motosikal ini menghasilkan 135 kuasa kuda dan 98 nm tork. Tidak diragukan lagi bahawa motosikal ini bakal menjadi salah satu motosikal yang paling menarik di litar, ditambah pula dengan sistem ekzos perlumbaan daripada Akrapovič.
Kredit Foto : Website KTM
Rangka enjin ditempatkan di dalam bingkai tiub keluli 25CerMo4, yang digandingkan dengan kelengkapan badan Carbon Kevlar, terinspirasi oleh KTM RC16. Berat kering untuk motosikal ini hanya 142 kilogram.
Motosikal ini menggunakan sistem suspensi WP APEX PRO fork 43 mm di bahagian hadapan, manakala monoshock WP APEX PRO 7746 dengan “remote preload adjuster” menawarkan “rebound settings” dan “tunable high and low-speed compression” di bahagian belakang.
Kredit Foto : Website KTM
Sistem brek utama menggunakan radial Brembo 19RCS CORSA CORTA yang diinspirasikan oleh MotoGP. Di bahagian hadapan, kaliper Brembo Stylema dengan “floating disc” 290 mm, manakala sebuah kaliper dua piston Brembo berfungsi dengan cakera 230 mm di bahagian belakang.
Dengan slogan rasmi KTM “Ready To Race” penghasilan model motosikal ini sangat bersesuaian dengan slogan mereka dan mungkin jenama motosikal lain juga boleh menjual unit-unit untuk perlumbaan yang sudah pasti menjadi pilihan pecinta kelajuan di luar sana.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Peminat permotoran di Malaysia boleh bersiap sedia dengan barisan acara permotoran yang pasti mengagumkan dan pastinya menarik.
Berikut kami senaraikan beberapa acara yang ada untuk suku kedua 2024.
SUBIEFEST 2024: Perhimpunan Subaru Terbesar di Asia
Dijadualkan pada 25-26 Mei di Aman Jaya Mall di Sungai Petani, Kedah, SUBIEFEST 2024 ditetapkan untuk menjadi pertemuan Subaru terbesar di Asia. Menampilkan acara permotoran autoshow, teksi rally, autocross, dan ‘GC 2 Doors Show Off,’ acara ini wajib untuk para peminat Subaru.
Yamaha SS Members 2024
Acara ini akan diadakan di Parking Lot 1M Maeps Serdang, Selangor, pada 17-18 Mei. Kepada peminat dan pemilik yamaha SS110 dan SS2, persiapkan jentera anda.
9Th Annual RETRO HAVOC Car Show 2024
Pameran Kereta Retro Havoc Tahunan ke-9 pada 1 Jun di The Curve Mutiara Damansara. Ia menumpukan kepada kereta klasik dan retro.
D1 Grand Prix Malaysia 2024
D1 Grand Prix Malaysia 2024 akan berlangsung pada 27-28 April di Litar APDREW, Maeps Serdang.
Test Ride Mforce
Menawarkan pengalaman langsung, Test Ride Mforce mengajak anda mencuba pelbagai motosikal dan skuter dari 26 April hingga 2 Mei di Hoong Fatt Motorworld Sdn Bhd di Ipoh, Perak.
Dengan jolokan ‘Perhimpunan Kereta Terbesar,’ SPEEDFEST 2024 akan berlangsung dari 13-14 Julai di KL Base, Sungai Besi.
Perhimpunan SRS 2024 di Pantai Kandis
Dijadwalkan pada 5-6 Julai, Perhimpunan SRS yang ke-5 mengajak semua orang ke Pantai Kandis untuk acara motosikal tepi pantai termasuk perlumbaan pantai , BBQ, dan banyak lagi—semuanya secara percuma.
Autoshow Malaysia 2024
Autoshow Malaysia yang ternama dijadualkan berlangsung dari 22-26 Mei di Maeps Serdang. Dengan sokongan dari institusi automotif yang penting, pameran ini dijangka menjadi pusat utama bagi pencinta kereta.
*sekiranya terdapat perubahan tarikh,masa dan lokasi, penulis akan mengemaskini maklumat tersebut dengan segera.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
KEHANGATAN VIOS CHALLENGE 2025 BAKAL MEMUNCAK
Aksi Toyota GAZOO Racing Malaysia VIOS Challenge kembali dengan Pusingan 3 yang bakal berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos...