Pengedar rasmi Mazda di Malaysia, Bermaz Motor, baru-baru ini memperkenalkan model terbaru mereka, Mazda 2 2023 facelift. Model terkini ini tersedia dalam dua bentuk badan, sedan dan hatchback, menarik minat penggemar dengan pembaharuan yang menarik.
Dari segi prestasi, Mazda 2 masih menggunakan enjin 1.5 liter bersesaran dengan transmisi automatik 6 kelajuan, memberikan daya sebanyak 114 HP dan tork sebanyak 149 Nm.
Selain itu, untuk menambahkan lagi kesan sporty, Mazda 2 facelift dilengkapi dengan rim aloi berukuran 16 inci yang memikat hati penggemar dengan padanan warna hitam dan krom.
Kredit Foto: Carscoops.com
Pada bahagian dalaman, sebahagian besar ciri kekal tidak banyak berubah. Namun, penambahan tempat duduk berbalut kulit hitam dengan jahitan merah dan trim papan pemuka berwarna hitam memberikan sentuhan elegan yang memikat hati. Skrin infotainment 7 inci masih kekal dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, memastikan pengalaman pengguna yang terkini dan dinamik.
Ads
Perubahan yang paling ketara pada Mazda 2 2023 adalah pada rekaan bahagian hadapan yang kini hadir dengan jeriji besar bergaya jenis honeycomb, menambah kesan kesukanan dan keanggunan pada kenderaan. Peminat Mazda akan teruja dengan sentuhan sporty yang ditampilkan.
Kredit Foto: Carscoops.com
Mazda 2 2023 diimport sebagai unit CBU dari Thailand dengan harga bermula dari RM 108,670. Ia disertakan dengan Waranti Pengeluar 5 tahun dan Penyelenggaraan Percuma 5 tahun atau perbatuan sehingga 100,000 km, memberikan keyakinan kepada pembeli mengenai prestasi dan kebolehpercayaan model ini.
Ads
Untuk pasaran Malaysia, Mazda 2 2023 facelift ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna yang memikat hati seperti Snowflake White Pearl, Soul Red Crystal, Platinum Quartz, Polymetal Grey, AirStream Blue (khusus untuk varian Hatchback), dan warna terbaru, Aero Grey (khusus untuk varian Sedan).
Ads
Dengan rekaan yang dikemaskinikan dan prestasi yang tidak boleh dipersoalkan, Mazda 2 2023 menjadi pilihan menarik bagi mereka yang mengutamakan gaya, keselesaan, dan dinamik dalam pemanduan mereka.
1 of 7
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Ducati Malaysia baru-baru ini memperkenalkan dua model istimewa: Ducati DesertX Rally dan Ducati Monster 30° Anniversario. Kedua-dua model ini, yang pertama kali diperkenalkan di peringkat global pada penghujung tahun 2023, menawarkan pengalaman menunggang motosikal yang unik dalam segmen masing-masing.
DesertX Rally – Mekanika
Ducati DesertX Rally
Ducati DesertX Rally ialah model adventure yang dilengkapi dengan beberapa naik taraf, menjadikannya lebih fokus pada keupayaan off-road. Dikuasakan oleh enjin Testastretta V-Twin 937 cc, motosikal ini mampu menghasilkan 110 hp pada 9,250 rpm dan tork 92 Nm pada 6,500 rpm.
Antara ciri-ciri tambahan yang ditawarkan pada DesertX Rally termasuk:
– Sistem suspensi: Suspensi dengan spesifikasi lumba off-road boleh laras sepenuhnya dari KYB, termasuk salutan Kashima pada bahagian luar dan DLC pada bahagian dalam.
– Rim Takasago EXCEL: Rim ini, dengan hab aluminium bilet dan jejari keluli karbon, menjadikannya 0.5 kg lebih ringan.
– Sump guard dan tuil gear karbon: Termasuk brek belakang aluminium bilet yang lebih ringan.
– Grafik pelekat tahan lasak: Diilhamkan dari livery Antoine Meo yang digunakan untuk memenangi perlumbaan Erzbergrodeo.
Sisi Ducati Monster 30° Anniversario – Mekanika
Ducati Monster 30° Anniversario
Bagi meraikan ulang tahun ke-30 salah satu model ikoniknya, Ducati memperkenalkan Monster 30° Anniversario, dengan pengeluaran terhad sebanyak 500 unit sahaja di seluruh dunia. Motosikal naked berkuasa tinggi ini juga dikuasakan oleh enjin Testastretta 11° 937 cc yang menghasilkan 109 HP pada 9,250 rpm dan tork 93 Nm pada 6,500 rpm.
Antara ciri-ciri tambahan yang ditawarkan pada Monster 30° Anniversario termasuk:
– Grafik Tricolour 30th Anniversary: Dengan penutup tempat duduk belakang, animasi pada skrin, dan nombor siri pada handlebar.
– Rim forged aluminium: Rim ini ditawarkan secara standard.
– Pakej bantuan elektronik: Termasuk Ducati Quick Shift (DQS), Cornering ABS, dan Traction Control.
– Suspensi Ohlins: Fork hadapan Ohlins NIX30 43 mm boleh laras, monoshock Ohlins di belakang, dan steering damper Ohlins.
Untuk pasaran Malaysia, Ducati DesertX Rally dijual bermula dari RM169,900 dan Ducati Monster 30° Anniversario pula dijual dari RM115,900. Kedua-dua model ini menjanjikan pengalaman menunggang yang luar biasa, sesuai untuk peminat motosikal yang mencari sesuatu yang istimewa dan eksklusif.
Honda tampil dengan satu model motosikal elektrik terbaharunya Honda E-VO.
E-VO merupakan motosikal yang hampir menyaingi motosikal enjin pembakaran dalaman (ICE) dari segi prestasi dan nilai harga.
Namun, model ini masih belum boleh dibeli secara global.
E-VO dibangunkan oleh usaha sama Honda di China, Wuyang-Honda, dan buat masa ini disasarkan untuk pasaran luar Malaysia.
Model-model elektrik lain dari Wuyang-Honda seperti skuter U-Go (dikenali sebagai EM1 e: di pasaran global) telah pun dijual di peringkat antarabangsa, menjadikan kemungkinan E-VO menembusi pasaran global agak tinggi.
Kredit Foto : Website cycleworld
Prestasi dan Pilihan Bateri Honda E-VO
E-VO bukan sebuah superbike elektrik, tetapi tetap menawarkan harga yang kompetitif.
Motosikal elektrik ini menghasilkan kuasa berterusan 8kW dan mampu mencapai kuasa puncak 15.8kW (bersamaan 21.2 hp).
Dengan tiga unit bateri, model ini mampu mencapai kelajuan maksimum 120 km/j dan jarak perjalanan sehingga 169 km mengikut protokol ujian WMTC.
Pecutan dari 0 ke 50 km/j boleh dicapai dalam masa 2.8 saat.
Versi dua bateri pula mampu mencapai kelajuan maksimum 109 km/j dengan jarak perjalanan sekitar 120 km untuk setiap pengecasan penuh.
Menariknya, E-VO dilengkapi sistem pengecasan yang terbina didalam.
Ini membolehkan ia dicas menggunakan soket domestik atau pengecas AC berkuasa tinggi untuk kereta elektrik (bukan pengecas DC pantas).
Dengan pengecas berkuasa tinggi, versi tiga bateri boleh dicas dari 20% ke 80% dalam masa hanya 1.5 jam.
Setiap bateri berkapasiti 74V, 28Ah menjadikan kapasiti keseluruhan 6.2kWh untuk model tiga bateri dan 4.1kWh untuk versi dua bateri.
Tidak seperti banyak motosikal elektrik dari China yang menggunakan motor dalam hab, E-VO menggunakan motor berpusat yang memacu roda belakang melalui sistem tali sawat, lengkap dengan tiga mod tunggangan: Normal, Eco dan Sport.
Kredit Foto : Website cycleworld
Reka Bentuk, Saiz dan Harga
Saiz E-VO agak unik dan lebih besar daripada Honda Grom tetapi belum mencapai saiz penuh motosikal biasa.
Gabungan roda hadapan 16 inci dan roda belakang 14 inci memberi penampilan lebih besar.
Jejari roda motosikal ini cuma 54.3 inci sama dengan motosikal seperti BMW G 310 R atau MV Agusta F3.
Ketinggian tempat duduk cuma 30.1 inci, sama seperti Harley-Davidson Sportster S.
Dari segi harga, E-VO menawarkan nilai luar biasa.
Di China, versi tiga bateri dijual sekitar USD 5,000 manakala versi dua bateri sekitar USD 4,000.
Harga ini sangat dekat dengan motosikal ICE dalam kelas prestasi serupa dan sesuatu yang jarang berlaku dalam pasaran EV masa kini.
Harga eksport dijangka lebih tinggi, namun masih kompetitif.
Kredit Foto : Website cycleworld
Ciri dan Kelengkapan
Versi tertinggi motosikal ini dilengkapi dashcam hadapan dan belakang (model asas hanya hadapan), dan kamera belakang boleh dipaparkan terus pada skrin TFT semasa menunggang.
Pengaktifan kenderaan boleh dilakukan melalui NFC atau Bluetooth menggunakan kad atau aplikasi telefon pintar.
Ia juga boleh disambungkan dengan kamera aksi DJI.
Ciri tambahan termasuk pemantauan tekanan tayar (standard untuk model tertinggi) dan sistem kawalan cengkaman untuk semua varian.
Struktur rangka diperbuat daripada aluminium tempa, dengan dua bateri diletakkan di bahagian bawah (menyumbang kepada rekaan ‘bellypan’ besar).
Sistem suspensi hadapan menggunakan fork terbalik manakala bahagian belakang dipasang penyerap hentak tunggal berisi nitrogen.
Sistem brek hadapan menggunakan cakera tunggal dengan angkup radial empat piston.
Kredit Foto : Website cycleworld
Permulaan Siri Motosikal Elektrik “FUN” Honda
Honda mengklasifikasikan E-VO sebagai model pertama dalam siri motosikal elektrik “FUN” mereka.
Model ini mendahului model produksi versi konsep EV Fun yang dipamerkan di EICMA tahun lalu.
Model konsep itu dijangka akan dilancarkan menjelang akhir tahun 2025 jika mengikut jadual asal yang telah diberitahu.
Namun begitu, dengan cabaran dalam menjual motosikal elektrik berharga tinggi di pasaran global, E-VO yang berharga rendah mungkin menjadi pilihan yang lebih menarik kepada pengguna umum di seluruh dunia.
Sesi persekolah bakal bermula tidak lama lagi dan ada dalam kalangan keluarga di Malaysia yang mempunyai anak yang bakal melangkah masuk ke Tabika atau Sekolah Rendah. Ada juga pengikut sosial media yang bertanya kepada Roda Panas untuk mencadangkan kenderaan yang sesuai untuk menghantar anak ke sekolah.
Jika dilihat secara praktikal, kami mencadangkan skuter sebagai salah satu kenderaan yang sesuai untuk menghantar anak ke sekolah kerana ianya mempunyai ruangan yang luas di bahagian depan kerana ada sesetengah kanak-kanak gemar untuk berdiri di bahagian depan tetapi adalah lebih selamat untuk duduk di bahagian belakang.
Hari ini penulis akan berkongsi beberapa model skuter yang sesuai suri rumah gunakan untuk menghantar anak ke sekolah.
Yamaha Ego Avantiz – Anggaran Harga RM5536
Ego Avantiz dikuasakan oleh enjin 124 cc dengan transmisi Variable Speed. Yamaha Ego Avantiz mempunyai ketinggian tempat duduk 773 mm dengan berat 96 kg. Brek depan menggunakan Disc, dan bahagian belakang menggunakan Drum. Motosikal ini juga kerap kita lihat atas jalanraya di Malaysia. Mempunyai tangki bahan api 4.2 liter.
WMoto ES125 – Anggaran Harga RM4588
Skuter ini memiliki dimensi panjang 1,860mm, lebar 690mm dan tinggi 1,065mm, manakala jarak roda 1,295mm. Tinggi pelana 745mm sesuai untuk ditunggang majoriti saiz penunggang Malaysia tanpa mengira lelaki atau perempuan. Dikuasakan dengan enjin 4-lejang silinder tunggal 118.8cc penyejukan udara dengan teknologi mesra alam Environment Care System (ECS) berkuasa 8.7hp @ 7,500rpm dan tork 9.5Nm @ 6,000rpm, manakala transmisi jenis automatik CVT. Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan dwi-absorber Kayaba (KYB) yang memberikan keselesaan optimum buat penunggang dan pembonceng. Mempunyai kapasiti tangki bahan api 3 liter, antara kategori skuter 125cc yang mempunyai tangki bahan api paling kecil.
Honda Beat – Anggaran Harga RM5990
Model ini mempunyai tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter, ruang simpanan barang 11.7 liter di bawah tempat duduk selain menampilkan Sistem Brek Kombi (CBS). Motosikal ini menggunakan enjin eSP (enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI, menghasilkan 8.67hp pada 7,500rpm dan tork 9.53Nm pada 6000rpm. Enjin eSP itu mematuhi piawaian emisi Euro 4 serta Energy Efficient Vehicle (EEV).
Benelli VZ 125i – Anggaran Harga RM5288 – RM5288
Terdapat dalam 3 pilihan warna dan 2 varian di Malaysia. VZ 125i dikuasakan oleh enjin 124 cc dengan transmisi Variable Speed. Mempunyai kuasa 8.4 hp pada 7,500 rpm dengan tork pada 9.2 nm pada 6,000 rpm dengan pengisian bahan api dilakukan oleh efi. Mempunyai tangki bahan api 4.7 liter.
SYM Mio 110 – Anggaran Harga RM5880
SYM Mio 110 menggunakan enjin 111 cc dengan transmisi Variable Speed. Sym Mio 110 mempunyai ketinggian tempat duduk 720 mm dengan berat 93 kg. mempunyai tangki bahan api 5.2 liter dan mempunyai ruang penyimpan yang pelbagai di bahagian hadapan dan bawah tempat duduk.
Modenas Karisma 125 – Anggaran Harga RM5397
Motosikal ini dijana trenkuasa patuh Eur04, 4-lejang silinder tunggal 124.8cc SOHC penyejukan udara dan sistem suntikan bahan api (FI), berkuasa 9.38hp @ 7,500rpm dan tork 10Nm @ 6,000rpm. Menggunakan transmisi automatik CVT, dan mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Mempunyai tangki bahan api 5.1 liter.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
"Redefining Boundaries"
Aveta Malaysia melakar sejarah baharu apabila melancarkan cogan kata rasmi terbarunya, “Redefining Boundaries” atau Mentakrifkan Semula Sempadan. Slogan ini menjadi simbol kepada hala...