Ads

MercedesTrophy 2026 Kembali Satukan Pemilik Mercedes-Benz di Padang Golf

Acara Ikonik Yang Menggabungkan Automotif dan Gaya Hidup 

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan kembalinya MercedesTrophy 2026, kejohanan golf amatur eksklusif yang menghimpunkan pemilik jenama tersebut dalam satu acara.

Memasuki tahun ke-36 penganjurannya, acara ini terus menjadi simbol kepada nilai keunggulan, prestij dan pengalaman eksklusif yang sinonim dengan jenama Mercedes-Benz.

Menurut Elaine Hew, Pengurus Besar Komunikasi Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, MercedesTrophy bukan hanya sekadar pertandingan, sebaliknya menjadi ruang untuk pelanggan menikmati pengalaman jenama di luar pemanduan. Ia turut menjadi medium untuk membina hubungan, berkongsi minat serta meraikan kecemerlangan dalam suasana santai tetapi berprestij.

Kejohanan Bertaraf Global 

Sejak diperkenalkan pada tahun 1991, MercedesTrophy berkembang menjadi antara kejohanan golf amatur paling berprestij di dunia.

Setiap tahun, lebih 60,000 pemain dari lebih 60 negara mengambil bahagian, menjadikannya satu siri kejohanan global yang cukup dihormati dalam kalangan peminat golf.

Ads

Untuk edisi 2026, empat pusingan kelayakan akan berlangsung bermula 12 Mei sebelum peserta terbaik mara ke peringkat akhir kebangsaan.

MercedesTrophy 2026 Kembali Satukan Pemilik Mercedes-Benz di Padang Golf
(Dari kiri ke kanan) En. Tham Onn Chuan, Ketua Pegawai Eksekutif, IROAS; En. K P Low, Pengarah, Taylormade; Pn. Soraya Nadia Munday, Timbalan Pengurus Besar, Pemasaran Korporat, Desaru Coast; Pn. Chong Lay Hun, Ketua Kredit & Ketua Pegawai Operasi, Mercedes-Benz Financial; Pn. Valerie Yee, Pengarah Jualan & Pemasaran, Crestlink; Pn. Elaine Hew, Pengurus Besar, Komunikasi Pemasaran, Mercedes-Benz Malaysia; Datuk Ho Kay Tat, Penerbit & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, The Edge; Dato Raffiq bin Md Ariff, Pengarah Urusan, 100Plus; En. Harris Abdullah, Pengurus Besar, The ELS Club Desaru Coast; En. Sean Soh, Pengarah Komersial, Luen Heng; serta En. Kevin Koh, Pengarah Urusan, Dr Med, merakamkan detik pelancaran MercedesTrophy 2026.

Jadual Penuh MercedesTrophy 2026 Malaysia

Pusingan kelayakan akan diadakan di dua lokasi utama iaitu Tropicana Golf & Country Club dan Kota Permai Golf & Country Club, sebelum kemuncaknya di The ELS Club Desaru Coast.

  • 12 Mei 2026 – Kelayakan 1 (Tropicana Golf & Country Club)
  • 13 Mei 2026 – Kelayakan 2 (Tropicana Golf & Country Club)
  • 9 Jun 2026 – Kelayakan 3 (Kota Permai Golf & Country Club)
  • 10 Jun 2026 – Kelayakan 4 (Kota Permai Golf & Country Club)
  • 22 Jun 2026 – Final Kebangsaan (The ELS Club Desaru Coast)

Peserta akan bertanding dalam empat kategori berdasarkan handicap, merangkumi kategori lelaki (A, B, C) dan wanita (D).

Ads

Peluang Ke Pentas Dunia di Jerman

Tiga pemain terbaik di peringkat akhir kebangsaan akan mewakili Malaysia ke MercedesTrophy World Final yang dijadualkan berlangsung dari 28 September hingga 2 Oktober 2026 di Germany.

Ganjaran Lumayan Termasuk Mercedes-Benz E 350 e

Antara tarikan utama kejohanan tahun ini ialah hadiah hole-in-one yang menawarkan sebuah Mercedes-Benz E 350 e bernilai RM427,888.

Hadiah ini akan diberikan kepada pemain pertama yang berjaya melakukan pukulan tersebut di lubang par-3 terpilih.

Ads

Selain itu, gelaran “Drive to the Major” turut dipertandingkan, di mana pemenang akan menikmati pengalaman eksklusif menyaksikan kejohanan golf berprestij dunia, The Open Championship 2026 secara tajaan penuh.

Penyertaan Eksklusif Untuk Pemilik Mercedes-Benz

MercedesTrophy 2026 terbuka kepada pemilik kenderaan Mercedes-Benz yang membeli kenderaan daripada pengedar sah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Penyertaan adalah terhad dan berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.

Baca Juga : Mercedes-Benz Malaysia Rai Pemilik Setia Menerusi 100,000 KM Club Milestone Night

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

PROTON Tawar Pakej Servis Khas Untuk Kenderaan Luar Jadual Penyelenggaraan

Proton Perkenal Inisiatif Servis Khas Untuk Kenderaan Luar Waranti PROTON memperkenalkan kempen servis selepas jualan di seluruh negara bermula 30 Mac hingga 30 Jun 2026. Kempen...