MINI, jenama automotif kompak premium yang sofistikated di Malaysia, meraikan pengenalan Keluarga MINI Baharu dengan acara yang penuh gaya. Empat model baharu yang menggabungkan bahasa rekaan terkini jenama itu, “Karisma Keserdehanaan”, diperkenalkan, termasuk dua model serba elektrik yang menandakan langkah besar ke arah mobiliti bandar tanpa emisi.
Langkah Berani ke Masa Hadapan
Florian Kuenstner, Naib Presiden MINI Rantau Asia-Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah, dan Afrika, menyatakan, “MINI adalah lagenda automotif yang telah memberi inspirasi selama lebih 60 tahun. Kisah BIG LOVE mencerminkan dedikasi kami terhadap keunikan dan reka bentuk minimalis.”
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, menambah, “Kami amat teruja untuk memperkenalkan Keluarga MINI Baharu di Malaysia! Dengan rekaan semula ini, MINI terus memberi inspirasi dengan reka bentuk ikonik dan keseronokan pemanduan di bandar, sambil berani meneroka masa hadapan elektrik. Ini dapat dilihat melalui pengenalan model serba elektrik seperti MINI Cooper SE dan MINI Countryman SE ALL4.”
Model prestasi tinggi dari MINI – John Cooper Works
Model Baharu yang Mengujakan
Pada acara ini, MINI Cooper SE Baharu membuat kemunculan sulung di Malaysia. Model serba elektrik ini meneruskan kejayaan MINI Cooper yang ikonik. Bersamanya, tiga model baharu turut diperkenalkan: MINI Countryman SE ALL4 Elektrik Baharu, MINI John Cooper Works (JCW) Countryman ALL4 Baharu, dan MINI Cooper S Baharu.
Pesona Klasik Dimodenkan
Kemuncak acara adalah MINI Cooper SE Baharu yang menampilkan rekaan asli. Gril hadapan oktagon dengan kontur berliku menjadi tumpuan, menempatkan sensor radar terkecil dalam kalangan model BMW Group. Lampu hadapan LED dengan tiga corak cahaya tersendiri menambah sentuhan moden.
Bahagian dalam MINI Cooper SE Baharu menekankan keperluan asas dengan komponen yang sedikit tetapi berkualiti tinggi. Stereng sport tiga jejari dan paparan OLED bulat 240mm dengan antara muka sentuhan memberikan pengalaman pemanduan yang canggih.
Ads
Mod MINI Experience dengan grafik cahaya khusus dan sistem bunyi Harman Kardon meningkatkan suasana dalaman.
Countryman Elektrik – Jarak gerak 461km
Prestasi dan Dinamik Pemanduan
MINI Cooper SE Baharu menghasilkan 218 hp dan tork 330 Nm, membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.7 saat. Bateri 54.2 kWj memberikan jarak antara 387 hingga 402 kilometer dengan sekali cas.
Pengecasan AC pada 11 kW dan pengecasan DC hingga 95 kW menjadikan cas bateri dari 10% hingga 80% dalam masa kurang dari 30 minit.
MINI – jenama kereta yang terawal menggunakan infotainment berbentuk bulat
Keselamatan dan Bantuan Pemanduan
MINI Cooper SE Baharu dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan masa nyata seperti Bantuan Pemanduan dan Bantuan Parkir Plus, memastikan keselamatan maksimum. Bantuan Pemanduan Plus menawarkan kawalan pengendalian aktif dengan fungsi Berhenti & Jalan, Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong, serta Bantuan Had Kelajuan Manual dan Automatik.
Ads
Sistem Operasi 9 MINI Baharu dengan antara muka pengguna estetik menggabungkan elemen fungsi dan emosi dalam gaya MINI yang tersendiri. Bantuan Peribadi Pintar MINI menawarkan bantuan suara pertama MINI, membolehkan kawalan navigasi, hiburan telefon, dan pelbagai fungsi kenderaan lain.
Rekaan dalaman boleh ditempah khas mengikut citarasa pelanggan
Harga jualan bagi empat model tersebut adalah seperti tertera:
MINI Cooper SE Baharu adalah RM 193,888.00
MINI Cooper S Baharu RM 279,888.00
MINI Countryman SE ALL4 Baharu RM 258,888.00
MINI JCW Countryman ALL4 Baharu RM 389,888.00
Semua model dilindungi oleh waranti standard dua tahun, dengan waranti lanjutan dan perkhidmatan tambahan tersedia. MINI Cooper SE Baharu dan MINI Countryman SE ALL4 Baharu juga mempunyai Waranti Bateri selama lapan tahun / 160,000 km.
Ads
Untuk maklumat lanjut mengenai Keluarga MINI baharu, layari: [MINI Malaysia](https://www.mini.my/en_MY/home.html).
Land Rover Range Rover Sport SV Edition One 2024 telah muncul sebagai pilihan baharu dalam pasaran kenderaan mewah. Dengan rekaan yang menawan dan prestasi yang hebat, ia menarik perhatian peminat kenderaan untuk menghargai keanggunan dan kuasanya.
Berikut adalah beberapa ciri utama dan spesifikasi teknikal yang menjadikan Range Rover Sport SV Edition One sebuah pilihan yang menarik:
Rekaan Luar
Land Rover Range Rover Sport SV Edition One menampilkan rekaan luar yang memikat dengan penekanan pada keanggunan dan kehalusan.
Bentuk wagon empat pintu ini memberikan keselesaan dan ruang yang luas kepada lima penumpang.
Dimensi yang besar memberikan kestabilan semasa memandu dan ruang yang mencukupi untuk penumpang dan barang bawaan.
Kredit Foto: Cars&Drivers
Kuasa yang Mengagumkan
Ditenagakan oleh enjin twin-turbocharged dan intercooled DOHC 32-valve V-8, dengan aluminium block dan heads, serta direct fuel injection.
Enjin ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 626 hp @ 7,000 rpm dan tork sebanyak 750 Nm @ 1,800 rpm.
Dikendalikan melalui transmisi automatik 8-kelajuan yang memberikan peralihan gerigi gear yang lancar dan responsif.
Prestasi
Prestasi luar biasa dicapai oleh Range Rover Sport SV Edition One, dengan pecutan dari 0 hingga 0-96 km/j dalam masa hanya 3.4 hingga 3.6 saat.
Mampu mencapai kelajuan 161 km/j dalam tempoh 10 hingga 10.2 saat, serta melalui suku batu 1/4 dalam masa 11.8 hingga 12.0 saat.
Kelajuan tertinggi yang dapat dicapai adalah 290 km/j, memberikan pengalaman memandu yang mengasyikkan kepada pemiliknya.
Kredit Foto: Cars&Drivers
Penggunaan Bahan Bakar
Meskipun menghasilkan kuasa yang besar, Land Rover Range Rover Sport SV Edition One juga memberikan tahap penggunaan bahan bakar yang munasabah.
Prestasi bahan bakar sebanyak 7.65 liter per 100 km, dengan pecahan 14.7 liter per 100 km untuk bandar dan 10.7 liter per 100 km untuk lebuh raya, menjadikannya kenderaan yang efisyen dari segi penggunaan bahan bakar.
Harga asas bagi keluaran ini adalah sekitar RM 761,432 dan Land Rover Range Rover Sport SV Edition One 2024 adalah pilihan yang menarik bagi mereka yang menghargai gabungan antara keanggunan, prestasi, dan keselesaan dalam sebuah kenderaan.
Permintaan untuk menggunakan cermin kereta gelap pada kenderaan peribadi di Malaysia semakin meningkat. Namun begitu, pengguna kenderaan masih perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Peraturan mengenai penggunaan cermin kereta gelap telah diwujudkan melalui pindaan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang mula dikuatkuasakan pada 8 Mei 2019.
Penguatkuasaan peraturan ini memberi kelegaan kepada pengguna kenderaan peribadi kerana cermin gelap dapat membantu mengurangkan haba dan silau yang masuk ke dalam kenderaan, selain dari meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang.
Kredit – Vort-X
Berikut adalah perincian peratus ketelusan cahaya (VLT) mengikut spesifikasi JPJ (dikemaskini, Mei 2019) pada cermin kenderaan anda:
– Cermin Hadapan: 70% VLT
– Sisi Hadapan: 50% VLT
– Sisi Belakang: Tiada had peratus VLT, dengan syarat kenderaan dilengkapi dengan cermin sisi pandang belakang.
– Cermin belakang: Tiada had peratus VLT, dengan syarat kenderaan dilengkapi dengan cermin sisi pandang belakang.
Kredit – Vort-X
Bagi pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan mengenai cermin kereta gelap, mereka boleh didenda sehingga RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Dalam kes berulangan, denda boleh meningkat hingga RM4,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya.
Penting untuk semua pengguna kenderaan mematuhi peraturan ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lebih terjamin. Selain itu, maklumat lanjut mengenai peratus ketelusan cahaya (VLT) cermin gelap, syarat permohonan, dan dokumen yang diperlukan boleh diperolehi melalui JPJ.
Cabin Filter Penting untuk Keselesaan dalam Kenderaan Anda
Cabin filter atau penapis udara kabin mungkin kelihatan seperti komponen kecil dalam kenderaan anda, tetapi peranannya sangat besar.
Penapis ini bertanggungjawab untuk memastikan udara yang masuk ke dalam kabin kenderaan bersih dan bebas daripada habuk, kotoran, dan alergen yang boleh menjejaskan kesihatan anda.
Artikel ini akan menjelaskan kepentingan komponen ini, cara ia berfungsi, serta bila anda perlu menggantikannya.
Definisi Cabin Filter
Cabin filter adalah komponen sistem penyaman udara (air conditioning) yang terletak di saluran pengudaraan.
Ia berfungsi untuk menapis udara yang masuk ke dalam kabin, memastikan hanya udara bersih yang sampai kepada penumpang.
Penapis ini biasanya diperbuat daripada bahan seperti kertas, kain, atau karbon aktif.
Fungsi Utama
Menapis Habuk dan Kotoran: komponen ini menghalang habuk, debu, dan zarah kecil lain daripada masuk ke dalam kabin kenderaan. Ini penting untuk memastikan udara yang anda sedut bersih dan segar.
Menghalang Alergen: Bagi mereka yang mempunyai alahan, komponen ini membantu menapis debunga, spora, dan alergen lain yang boleh menyebabkan reaksi alergi.
Mengurangkan Bau: komponen ini dilengkapi dengan karbon aktif dapat menyerap bau yang tidak menyenangkan, seperti asap rokok, bau bahan kimia, dan pencemaran udara dari luar.
Melindungi Sistem Penyaman Udara: Dengan menapis kotoran, komponen ini turut membantu melindungi komponen dalaman sistem penyaman udara daripada kerosakan akibat penyumbatan.
Kesan Penapis Udara Kabin yang Tersumbat
Jika komponen ini tidak diganti dalam jangka masa lama boleh menjadi tersumbat dengan habuk dan kotoran.
Kredit Foto : Website redrockrepairlasvegas
Ini boleh menyebabkan beberapa masalah seperti:
Pengaliran udara ke dalam kabin menjadi lemah.
Bau yang tidak menyenangkan dalam kabin.
Sistem penyaman udara bekerja lebih keras, meningkatkan penggunaan bahan api.
Udara dalam kabin tercemar, menjejaskan kesihatan terutama bagi mereka yang sensitif terhadap kualiti udara.
Bila Perlu Menukar Penapis Udara Kabin?
Kekerapan penukaran komponen ini bergantung kepada jenis kenderaan, jenama penapis, dan keadaan persekitaran anda.
Secara amnya, komponen ini disarankan untuk diganti setiap 12,000 hingga 15,000 kilometer atau setahun sekali, bergantung kepada mana yang lebih dahulu.
Jika anda memandu di kawasan berdebu atau sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, anda mungkin perlu menggantikannya lebih kerap.
Tanda-tanda anda perlu mengganti cabin filter termasuk:
Udara penyaman udara terasa kurang kuat.
Bau yang kurang menyenangkan muncul setiap kali anda menghidupkan penyaman udara.
Keadaan alahan atau gangguan pernafasan dalam kalangan penumpang semakin teruk.
Jenis-Jenis Penapis Udara Kabin
Penapis Standard: Menapis habuk dan zarah kotoran yang besar.
Penapis dengan Karbon Aktif: Selain menapis habuk, ia mampu menyerap bau busuk dan bahan kimia.
Penapis HEPA: Menawarkan penapisan yang lebih baik, mampu menapis zarah ultra-halus seperti bakteria dan virus.
Cara Menukar Penapis Udara Kabin
Menukar komponen ini biasanya mudah dan boleh dilakukan sendiri jika anda mengetahui lokasi penapis ini dalam kenderaan anda.
Kredit Foto : Website cars.com
Ia biasanya terletak di belakang kotak sarung tangan (glove box) di bahagian dashboard kereta atau di bawah bonet. Rujuk manual kenderaan anda untuk panduan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...