Melalui sumber daripada motorcyclenews.com, gambar pengintipan terbaru yang dirakam di selatan Eropah menimbulkan spekulasi mengenai kemunculan sebuah model baharu dalam keluarga Triumph Thruxton.
Difahamkan, motosikal ini adalah hasil daripada kerjasama antara Triumph dan Bajaj Auto, membawa kepada penjenamaan Mini Thruxton 400.
Kredit Foto : motorcyclenews.com
Kilang Hinckley baru-baru ini mengesahkan bahawa pengeluaran Thruxton cafe racer parallel twin 1200cc akan tamat pada tahun 2024. Namun, nama Thruxton kelihatan akan terus hidup dalam bentuk silinder tunggal 398cc.
Menurut motorcyclenews.com pengintipan pertama pada motosikal ini mengesahkan ciri khas reka bentuk Triumph, dengan logo segi tiga pada kulit enjin yang menjadi begitu jelas.
Apabila diperhatikan dengan lebih dekat, model misteri ini diketahui sangat mirip dengan model Speed 400 tanpa fairing yang sebelum ini diperkenalkan bersama dengan versi Scrambler yang lebih lasak, Scrambler 400 X.
Kredit Foto : motorcyclenews.com
Mini Thruxton dijangka akan dilengkapi dengan liquid-cooled motor 398cc yang sama, dilengkapi dengan kepala silinder berfin, yang ditempatkan dalam rangka keluli tiub. Kedua-dua varian model sekarang menghasilkan kuasa sekitar 39.5bhp pada 8000rpm, dan dijangkakan bahawa varian retro ini tidak akan jauh berbeza.
Ads
Model ini berkongsi beberapa elemen dengan model Speed 400, termasuk sub-rangka, susunan tempat duduk, dan fork depan terbalik 43mm yang tidak boleh diselaraskan.
Dengan memfokuskan penggunaan di jalan raya, motosikal ini menggunakan rim 17inci dan reka bentuk roda yang serupa dengan Speed, tetapi dengan tayar Pirelli Rosso berbanding dengan tayar Metzeler Sportec M9RR milik Speed.
Satu perubahan yang ketara adalah paparan separa analog yang diambil dari model sedia ada, tetapi dilindungi oleh fairing yang kelihatan agak kecil dan comel yang baru yang membawa ingatan kepada Thruxton 1200 cafe racer yang akan menamatkan pengeluarannya.
Ads
Kredit Foto : motorcyclenews.com
Di belakang fairing, terdapat sepasang palang yang telah dipadankan untuk memberikan motosikal penampilan yang lebih fokus. Namun, dengan kedudukan tapak kaki yang diperhatikan, dijangkakan ia tidak akan memberikan posisi pemanduan yang terlalu ekstrem.
Seperti model Speed 400, palang ini dipadankan dengan sepasang cermin hujung palang untuk mengelakkan kelihatan kurang menarik daripada bahagian depan yang sempit.
Dalam aspek brek, Mini Thruxton dibekalkan dengan cakera hadapan tunggal dan caliper, lengkap dengan sistem ABS. Ketinggian tempat duduk dijangkakan serupa dengan Speed, iaitu pada 790mm yang mudah diuruskan.
Ads
Walaupun Triumph enggan memberikan komen mengenai model baharu ini, beberapa tanda homologasi seperti pemasangan nombor pendaftaran, pemantul, dan ketiadaan peralatan merekodkan data pada motosikal menunjukkan bahawa ia sudah hampir siap untuk dipasarkan. Kita tunggu untuk melihat bagaimana Mini Thruxton akan diterima dalam pasaran global.
Sumber : motorcyclenews.com
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Selepas diperkatakan beberapa ketika sebelum ini generasi ketiga SUV Volkswagen Tiguan 2024 akhirnya muncul secara rasmi untuk pasaran di Eropah. Rekaan yang dihasilkan untuk model terbaru ini lebih cenderung kepada tema moden, seiring dengan barisan model VW.
Pada bahagian luaran, SUV Tiguan lengkap dipasangkan unit lampu LED matriks IQ.Light dengan struktur jeriji yang boleh melancarkan lagi aliran udara. Lampu belakang pula direka dengan lebih nipis bersama grafik moden.
Berbeza dengan generasi sebelumnya, Tiguan baharu ini menggunakan pelantar MQB Evo yang menawarkan sistem pacuan roda hadapan sebagai standard dan sistem pacuan semua roda sebagai pilihan tambahan.
Kredit Foto: Careta
Dari segi ukuran dimensi, ia tampil dengan ukuran sepanjang 4,551mm dengan kelebaran 1,939mm, tinggi 1,640mm dan jarak roda sepanjang 2,681mm. Tiguan 2024 telah bertambah panjang sebanyak 30mm dan menariknya, kapasiti ruang kargo meningkat kepada 652 liter, satu titik jualan yang unik.
Untuk pasaran Eropah, terdapat beberapa varian trenkuasa ditawarkan untuk Tiguan baharu ini. Di antaranya ialah enjin 2.0 liter turbo (201 HP atau 262 HP), enjin diesel 2.0 liter turbo (148 HP atau 190 HP) dengan sistem pacuan 4MOTION, serta enjin hibrid ringan 1.5 liter turbo (128 HP atau 148 HP) dengan sistem starter/generator 48 voltan dan fungsi nyahaktif silinder.
Kredit Foto: Careta
Selain itu, terdapat juga enjin plug-in hibrid dengan kuasa 201 HP/350Nm dan 268 HP/400Nm yang dipadankan dengan pek bateri 19.7kWh. Tiguan eHybrid itu boleh menyokong pengecasan pantas 50 kW, dimana 10%-80% hanya mengambil masa 25 minit sahaja.
Bagi ruang dalaman, Tiguan kini didatangkan dengan standard skrin infotainment MIB4 bersaiz 12.9 inci atau 15 inci, dan juga skrin paparan digital 10.25 inci dengan empat paparan mod berbeza.
Kredit Foto: Careta
Reka bentuk ruang kabin tengah telah diringkaskan dengan rekaan dial rotari yang baharu serta pelarasan tetapan sistem pencahayaan dalaman, casis dan trenkuasa yang telah dikemaskini.
Secara dasarnya, Volkswagen menawarkan empat varian untuk model Tiguan ini iaitu Tiguan Standard, Tiguan Life, Tiguan Elegance dan Tiguan R-Line. Harga jualan VW Tiguan 2024 untuk pasaran Eropah bermula dari 36,600 euro, bersamaan dengan RM183,598.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Suzuki Malaysia memperkenal tiga model motosikal yang dinanti-nantikan di Malaysia Autoshow 2024 MAEPS Serdang baru-baru ini. Model-model baharu ini, Suzuki GSX-S1000GX, Suzuki GSX-8R, dan Suzuki V-Strom 800, bakal dilancarkan secara berperingkat sepanjang tahun ini.
Mendahului barisan adalah Suzuki GSX-S1000GX, yang digelar sebagai ‘The Supreme Sport Crossover’. GSX-S1000GX menggabungkan teknologi terkini dengan kemampuan untuk perjalanan jauh, menjadikannya pilihan ideal dalam segmen motosikal kembara berkuasa tinggi.
Ia menawarkan kecekapan suspensi, keselesaan posisi penunggangan, serta perincian bantuan elektronik yang canggih, semuanya meningkatkan prestasi sehingga setaraf sebuah superbike.
GSX 1000GX – 3 Warna
Seterusnya..
Suzuki GSX-8R pula mencuri tumpuan sebagai ‘Era Baru Sportbike’. Dikuasakan oleh enjin 776cm³ DOHC jenis engkol 270-darjah kembar-selari. Direka untuk ketangkasan dan tunggangan agresif, model ini sesuai untuk kegunaan bandar dan juga perjalanan jarak jauh yang mencabar. Penampilan yang kemas dan prestasi yang luar biasa dijangka memikat ramai penggemar motosikal berkuasa tinggi.
Melengkapkan trio ini adalah Suzuki V-Strom 800, model kembara dengan tayar tanpa tiub dan enjin kembar selari 776cm³. V-Strom 800 menawarkan kuasa yang dinamik, kendalian mudah, dan keselesaan tempat duduk yang menjadikan perjalanan jauh lebih menyeronokkan.
GSX 800R – Blue
Suzuki Malaysia menjemput semua peminat motosikal untuk merasai sendiri model-model baru ini di Malaysia Autoshow 2024. Selain GSX-S1000GX, GSX-8R, dan V-Strom 800, pelbagai model lain juga dipamerkan, termasuk Hayabusa, V-Strom 1050, 800DE, 1050RR, 250SX, dan siri GSX seperti GSX-S1000GT, GSX-8S, Gixxer 250, Gixxer SF250, dan GSX-S150. Raider R150Fi dan skuter baru Burgman Street 125EX serta Avenis 125 turut dipamerkan untuk pengunjung.
Lebih menarik, Suzuki Malaysia menawarkan sesi tunggang uji khas untuk semua pengunjung berdaftar pada hari Sabtu, 25 Mei, dan Ahad, 26 Mei 2024. Pengunjung boleh merasai pengalaman menunggang motosikal Suzuki di kawasan yang disediakan oleh penganjur. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Suzuki Malaysia dan semua model motosikal mereka di Dewan D (Tapak D14 & D17) di MAEPS Serdang dari 22 hingga 26 Mei 2024.
Aveta Malaysia Sdn Bhd telah mengumumkan kehadiran Ranger Max Explorer, sebuah motokar cub kembara yang menawarkan pengalaman memandu unik di Malaysia. Syarikat pengeluar, pemasang, dan pembuat motokar Aveta telah menggabungkan rekaan retro moden dalam motokar ini untuk memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada penunggang.
Tersedia dalam dua pilihan warna menarik, Sierra Yellow dan Forest Green, Ranger Max Explorer ditawarkan dengan harga RM6,988 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Motokar ini disertai dengan waranti dua tahun atau 20,000 km.
Lengkap dengan enjin 127cc SOHC empat lejang yang cekap dalam penggunaan bahan api dan menggunakan sistem penyejuk udara, motokar ini menjanjikan kuasa maksimum 7.5kW dan tork maksimum 10.5m. Prestasi jentera diperhalus melalui transmisi lancar dwi klac (DCT) 4-kelajuan serta sistem brek cakera dwi-omboh di hadapan dan brek gelendong di belakang.
Ranger Max Explorer menampilkan rangka T-bone berganda yang direka khas untuk memberikan kestabilan luar biasa di atas jalan raya dan laluan lasak. Ia sesuai untuk perjalanan santai dan mampu menakluki laluan mencabar ke destinasi memancing atau tapak perkhemahan terpencil.
Dengan ciri-ciri dwi-kegunaan, motokar ini menonjolkan hendal tinggi, tempat duduk yang rendah pada ketinggian 760 mm, dengan jarak legaan bumi sepanjang 180 mm serta kedudukan ruang kaki yang diselaraskan untuk memberikan keselesaan maksimum.
Tangki minyak seluas 8.5 liter ini membolehkan penyerapan hentakan yang baik di bahagian depan dan belakang bagi keselesaan penunggang.
Ranger Max Explorer menggabungkan gaya klasik dengan elemen moden seperti lampu hadapan bulat, paparan meter digital LED bulat, lampu belakang yang padu, rim tiub jejari, dan rekaan kerangka lasak dengan salutan hitam matte yang menampilkan penampilan berani.
Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia Ranger Max Explorer diperkenalkan untuk memenuhi keperluan peminat moped selepas kejayaan besar moped Ranger 110 yang terjual lebih daripada 10,000 unit sejak 2021.
Aveta sedang meningkatkan rangkaian sokongan jualan dan khidmat selepas jualan dengan melancarkan program Aveta Care on Wheels yang menyediakan perkhidmatan pelanggan dan Aveta Service Corner di seluruh negara menjelang penghujung 2024.
Kempen “Time to Explore” yang akan bermula pada 1 Januari 2024 diumumkan untuk mendorong pengguna Ranger Max Explorer meneroka lebih banyak dengan jentera mereka. Dalam kempen ini, 20 pemenang akan berpeluang menyertai konvoi dan aktiviti perkhemahan sebagai penghargaan.
Motokar cub kembara Aveta Ranger Max Explorer akan tersedia di wakil pengedar sah Aveta mulai 11 Disember 2023. Lima ratus pelanggan pertama akan menerima kemeja-T Ranger Max Explorer yang eksklusif selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut mengenai motokar Aveta di Malaysia, layari www.aveta.com.my.
1 of 24
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...