Modenas CTric ke MEV: Kenangan Lama, Aspirasi Baru
Modenas, jenama motosikal kebanggaan Malaysia, telah lama menjadi sebahagian daripada perjalanan teknologi kenderaan elektrik tempatan.
Bermula dengan pelancaran Modenas CTric pada tahun 2011, sehingga ke model MEV terkini, syarikat ini terus mencipta sejarah dalam usaha memacu mobiliti hijau di negara kita.
Modenas CTric: Langkah Awal yang Mengukir Sejarah
Dilancarkan pada 17 Jun 2011, Modenas CTric merupakan motosikal elektrik pertama MODENAS.
Model ini dibangunkan sepenuhnya di Malaysia hasil kolaborasi antara Modenas dan Universiti Sains Malaysia.
Dengan Brushless DC (BLDC) motor berkuasa 3.6 kW, CTric mampu mencapai kelajuan sehingga 80 km/j.
Jarak perjalanan pula antara 30–50 km dengan sekali cas penuh bateri nano-gel 12V, 20Ah.
Reka bentuknya yang ringkas dan praktikal, berasaskan casis Modenas CT110, menjadikan CTric pilihan ideal bagi pengguna bandar yang mahukan kenderaan mesra alam dan kos operasi rendah.
Ads
Dengan hanya sekitar 1 sen setiap kilometer untuk kos tenaga, CTric adalah bukti awal bahawa kenderaan elektrik boleh menjadi alternatif berdaya saing kepada motosikal petrol.
MEV Series: Evolusi dan Aspirasi Baru Modenas
Memasuki era baru, Modenas telah melancarkan dua model skuter elektrik terbaru, MEV-1 Pro dan MEV-2.
Model ini membuktikan kemajuan teknologi dan komitmen syarikat dalam memenuhi keperluan moden.
MEV-1 Pro, direka khas untuk kegunaan komersial, menawarkan motor berkuasa 4.3 kW, kelajuan maksimum 85 km/j, dan jarak perjalanan sehingga 135 km dengan sekali cas.
Ads
Keupayaan mendaki cerun sehingga 19 darjah serta kapasiti muatan sehingga 250 kg menjadikannya pilihan utama untuk operasi penghantaran seperti yang digunakan oleh Pos Malaysia.
Manakala, MEV-2 pula menyasarkan pengguna urban yang mencari skuter ringan dan praktikal.
Dengan motor 1.6 kW, kelajuan 56 km/j, dan jarak 60 km, MEV-2 memberikan penyelesaian efisien bagi mobiliti harian.
Ads
Komitmen Berterusan Modenas untuk Mobiliti Hijau
Dari CTric hingga MEV, Modenas tidak hanya mencipta kenderaan elektrik.
Mereka membina ekosistem yang menyokong penggunaan teknologi hijau di Malaysia.
Penambahbaikan dari segi jarak pemanduan, kelajuan, dan fungsi muatan membuktikan aspirasi Modenas untuk menjadikan kenderaan elektrik lebih boleh diakses dan relevan untuk semua lapisan masyarakat.
Dengan harga yang kompetitif dan jaringan servis yang meluas, Modenas kini memacu era baru mobiliti elektrik di Malaysia.
Sambil-sambil kita mengimbau kembali kejayaan dan cabaran perjalanan teknologi elektrik mereka sejak lebih satu dekad lalu.
Menghasilkan 819 kuasa kuda, model eksotik 812 Competizione daripada Ferrari ini sememangnya istimewa kerana ia merupakan satu-satunya model yang mempunyai reka bentuk lakaran pada sekitarnya.
Kredit Foto: topgear.com
Menurut Ferrari, model 812 Competizione hanya dikeluarkan sebanyak 999 unit sahajadan hanya satu darinya mempunyai rekaan sebegini. Walaupun sekali imbas nampak seperti kereta belum siap, namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat.
Kredit Foto: topgear.com
Model 812 Competizione menggunakan enjin 6.5 liter V12 bukan hibrid dengan harga melebihi RM2.7juta ($600,000+) untuk yang biasa. Bagi varian terhad one-off berwarna kuning ini, harganya tidak didedahkan namun ramai menjangkakan ia lebih mahal dari model 812 yang biasa.
Kredit Foto: topgear.com
Mendapat inspirasi dari rekaan kertas lakaran kosong, hasil kerja Flavio Manzoni, ketua pegawai reka bentuk Ferrari, dengan kerjasama para pelukis dan jurutera yang terlibat, model inimengambil masa lebih setahun untuk siap.
Kredit Foto: topgear.com
Kali pertama ditayangkan kepada khalayak ramai adalah di Monterey Car Week, dimana Bugatti juga ada memperkenalkan model terhad Bugatti Chiron Super Sport Golden Era.
Kredit Foto: topgear.com
Namun berbeza dengan Bugatti Golden Era, Ferrari 812 Competizione tidak mempunyai pemilik, sebaliknya, ia akan dilelong untuk kebajikan di majlis Gala Ferrari di New York pada 17 Oktober 2023.
Kredit Foto: topgear.com
Foto di atas menunjukkan kereta yang dihasilkan dengan cat matte Giallo Tristrato (kuning), yang mempunyai telitian yang dilihat dalam Lakaran Nero DS matte. Komponen seperti bilah aero yang membelah hud, louvres sisi dan penjana vorteks pada panel belakang turut dilihat.
Kredit Foto: topgear.com
Ruang dalaman kabin 812 masih mengekalkan gaya Sharpie, dengan papan pemuka dan tempat duduk jenis Alcantara turut dihiasi dengan lakaran reka bentuk yang disulam.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Dalam usaha untuk mengeratkan hubungan di antara peminat Ford Ranger di Malaysia, Ford Penampang dan Kelab Pemilik Ford Ranger Borneo telah berjaya menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 pada 6 Disember 2023 di J Borneo Native Village, Penampang.
Acara ini menandakan satu pencapaian cukup bersejarah apabila menjadi perhimpunan terbesar pernah diadakan oleh kelab dan Ford Penampang. Ia melibatkan kira-kira 107 orang ahli kelab bersama ahli keluarga mereka yang datang dari negeri Sabah, Labuan dan juga Brunei.
Seramai 320 orang peserta telah terlibat dalam acara ini dan secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi keakraban komuniti peminat Ford Ranger di Borneo. Perhimpunan Mega TT ini bukan sekadar perjumpaan, tetapi suatu acara yang dipenuhi dengan pelbagai program ini disusun dengan teliti, termasuk permainan menyeronokkan, sesi karaoke, persembahan menarik, dan cabutan bertuah.
Menurut Ketua Peniaga Ford Penampang, Edmund Lau, acara ini mencerminkan semangat yang menjadi teras kepada ‘Ranger Lifestyle’, yang tidak hanya menekankan minat mendalam terhadap Ranger, tetapi juga nilai-nilai berkongsi dan keakraban.
“Perhimpunan Mega TT ini bukan sekadar keraian, tetapi juga bukti kepada hubungan erat dalam kalangan peminat Ford Ranger,” jelasnya.
Acara tersebut turut mendapat sokongan daripada SDAC-Ford yang memberikan penekanan kepada pentingnya komuniti Ranger. Turse Zuhair, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, menyatakan kegembiraan mereka terhadap inisiatif Ford Penampang dalam memperkukuhkan hubungan komuniti dan menegaskan komitmen SDAC-Ford untuk menyokong komuniti pemilik Ford.
Kelab Pemilik Ford Ranger Borneo (FROC Borneo), yang ditubuhkan pada 2013, kini mempunyai lebih daripada 1,000 ahli. Presidennya, Julius Sidin, menyatakan kejayaan Perhimpunan Mega TT sebagai bukti keterlibatan dan semangat penuh minat daripada komuniti Ranger.
SDAC-Ford akan terus memberi komitmen untuk memperluaskan pemahaman dan kerjasama dalam kalangan pemilik Ford Ranger melalui sokongan kepada kelab pemilik seperti FROC Borneo. Peminat Ford Ranger yang berminat untuk menyertai kelab atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Ford Penampang di talian 088-702222.
Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford, sila ikuti Ford Malaysia di platform sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan saluran YouTube, atau layari www.sdacford.com.my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
MForce Bike Holdings, pengedar rasmi jenama QJMotor di Malaysia, telah memperkenalkan model terbaru mereka, iaitu skuter 150cc yang diberi nama LTR150. Skuter ini memikat hati penggemar dengan reka bentuknya yang menggabungkan unsur-unsur retro klasik dengan sentuhan moden.
LTR150 menampilkan warna pilihan yang selaras dengan tema retro klasiknya, termasuk Lime Creme, Sky Blue, Mint Green, dan Carnation. Menghidupkan roda dengan kuasa enjin 149cc silinder tunggal, SOHC, skuter ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 16hp @ 8,500rpm dan tork 14.8Nm @ 6,500rpm, dengan transmisi CVT yang memastikan pemanduan yang lancar.
Dibina untuk keselesaan dan prestasi, LTR150 dilengkapi dengan rim 12 inci di bahagian hadapan dan belakang, serta sistem brek cakera dengan ciri keselamatan ABS dwi-saluran. Meskipun mengekalkan rekaan retro, skuter ini dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti panel instrumen digital, lampu LED pada lampu hadapan, belakang, dan penunjuk arah.
Kredit Foto: QJ Motor
Selain itu, skuter ini turut menawarkan kebolehan idle stop yang mematikan enjin secara automatik semasa berhenti, membantu menjimatkan penggunaan bahan api. Dengan ruang simpanan tempat duduk yang luas dan port pengecas USB, LTR150 memenuhi keperluan pengguna moden yang serba sibuk.
Dengan tangki bahan api seluas 6.5 liter, pengguna dapat menikmati perjalanan tanpa perlu risau tentang pengisian minyak yang kerap. QJMotor juga menawarkan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km kepada setiap unit LTR150 yang dibeli.
Jadi, bagi peminat skuter yang mencari kombinasi rekaan klasik dengan prestasi moden, QJMotor LTR150 adalah pilihan yang menarik dengan harga bermula dari RM8,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...