Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat sepenuhnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), telah mengumumkan harga bagi varian terbaru mereka, Modenas ZX-25RR, yang menyertai keluarga popular ZX-25R.
Sejak diperkenalkan pertama kali dengan model ZX-25R SE pada bulan September 2023, model ini telah mencipta fenomena baru dalam arena permotoran tempatan dengan prestasi dan gaya yang tidak tertandingi dalam kelasnya.
Kedua-dua varian, ZX-25R SE dan ZX-25RR, menampilkan sistem suspensi hadapan SFF-BP 37 yang sama untuk pengendalian yang mantap dan stabil.
Namun begitu, ZX-25RR datang dengan ciri tambahan, iaitu Horizontal Back-link serta BFRC Lite Gas untuk sistem suspensi belakang. Ciri ini memberikan mampatan dan redaman yang cekap, serta kebolehleraan spring yang membolehkan penunggang menyesuaikan pengalaman menunggang mereka.
Kredit: Modenas Malaysia
Selain dari reka bentuk yang menarik, kedua-dua model turut dilengkapi dengan:
Ads
– Enjin empat sebaris 250cc yang berprestasi tinggi, memberikan kuasa maksimum 34.5 kW dan tork 22 Nm, untuk pengalaman menunggang yang memuaskan di trek mahupun jalan raya.
– Ciri-ciri elektronik termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), Assist & Slipper Clutch, serta 3 mod tunggangan yang memastikan keselamatan dan prestasi optimum semasa menunggang.
– Kedua-dua model dilengkapi dengan mod tunggangan serta paparan skrin TFT yang menawarkan sambungan Bluetooth melalui aplikasi Rideology mereka, meningkatkan pengalaman dan keselesaan ketika menunggang.
Ads
Kredit: Modenas Malaysia
Harga yang disyorkan bagi Model ZX-25RR adalah RM 36,500.00, menjadikannya pilihan alternatif bagi peminat motosikal yang mengutamakan prestasi dan gaya tanpa mengorbankan kualiti. Model ini akan tersedia di semua bilik pameran Kawasaki All-Star Dealer menjelang akhir Mac 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai Modenas ZX-25RR dan produk Kawasaki lain, sila layari http://www.kawasaki.com.my/home. Anda juga boleh menghubungi Talian Bebas Tol di talian 1-800-880-008 atau hubungi talian WhatsApp di +6019-570 8135.
Tahukah anda bahawa enjin kereta anda sebenarnya berpotensi menghasilkan 20-40% lebih kuasa berbanding apa yang anda nikmati sekarang?
Kebanyakan pengeluar kenderaan menyekat potensi sebenar enjin secara elektronik untuk mematuhi peraturan global, kualiti bahan api, dan faktor lain.
Di sinilah kotak tuning TDI (tuning box) memainkan peranan penting!
Apa Itu TDI Tuning Box?
Tuning box adalah peranti kecil yang dipasang pada enjin kereta untuk meningkatkan prestasi dan ekonomi bahan api.
Ia berfungsi dengan menghantar peta enjin yang telah direka khas ke ECU (Electronic Control Unit) kereta anda tanpa perlu membuat sebarang pengubahsuaian kekal pada ECU tersebut.
Bagaimana TDI Tuning Box Berfungsi?
Peranti ini mengambil data secara langsung daripada sensor enjin seperti sensor bahan api dan turbo.
Data ini kemudiannya dioptimumkan dan dihantar ke ECU untuk meningkatkan prestasi enjin.
Dengan cara ini, enjin kereta anda akan berfungsi pada potensi sebenarnya tanpa melebihi had yang ditetapkan oleh pengeluar.
Setakat ini, hanya kenderaan yang mempunyai turbo sahaja yang sesuai menggunakannya, namun di masa akan datang TDI Tuning bakal menghadirkan model yang sesuai digunapakai oleh semua jenis kenderaan.
Kelebihan Menggunakan TDI Tuning Box
Kuasa dan Tork Tambahan
Tuning box mampu meningkatkan kuasa sehingga 40% dan tork, memberikan pecutan lebih lancar.
Penjimatan Bahan Api
Dengan peningkatan kecekapan enjin, anda boleh menjimatkan bahan api sehingga 20%, bersamaan tambahan 4-6 MPG.
Tidak Tinggalkan Kesan
Tidak seperti remap ECU, tuning box tidak mengubah secara kekal sistem elektronik kereta. Ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, dan kereta anda akan kembali kepada keadaan asal.
Pemasangan Mudah
Kotak ini direka untuk “plug-and-play” dan hanya memerlukan sekitar 15 minit untuk dipasang tanpa memerlukan pengetahuan mekanikal.
Boleh Diguna Semula
Kotak ini boleh diprogram semula untuk digunakan pada kenderaan lain dengan caj perkhidmatan yang rendah.
Peranti Yang Boleh Dikawal di Hujung Jari Anda
Dengan aplikasi TDI Tuning, anda boleh menukar tetapan prestasi enjin secara langsung dari tempat duduk pemandu.
Peranti TDI Tunning CRTD4 dilengkapi dengan 7 tetapan peta enjin, membolehkan anda menyesuaikan prestasi kenderaan mengikut keperluan.
Sambungan melalui Bluetooth juga sangat mudah:
Hidupkan kereta dan Bluetooth telefon anda.
Sambungkan aplikasi dengan kotak peranti menggunakan kod PIN.
Pilih tetapan prestasi yang diingini.
Keselamatan Adalah Keutamaan
Peranti TDI Tuning tidak akan merosakkan enjin anda.
Ia hanya menghantar isyarat untuk memastikan enjin berfungsi seperti yang sepatutnya, tanpa melampaui batasan asal.
Malah, produk ini mengutamakan sambungan melalui sensor bahan api dan turbo untuk memastikan ECU sentiasa dalam kawalan.
Tingkatkan Pengalaman Pemanduan Anda Dengan TDI Tuning Malaysia!
Hadir ke TDI Tunning Malaysia di LOT 650, Jalan Subang 1, USJ 1, 47620 Subang Jaya, Selangor, untuk mendapatkan penambahbaikan prestasi enjin yang luar biasa pada harga RM2,788 sahaja.
Hubungi mereka di 0173386424 atau ikuti akaun media sosial – Facebook, Instagram, dan TikTok (@TDI Tuning Malaysia) untuk maklumat lanjut.
Biasanya, penerbangan jarak jauh memerlukan beberapa kali transit untuk sampai ke destinasi.
Namun, terdapat beberapa laluan penerbangan yang membolehkan sebuah pesawat terbang tanpa henti lebih daripada 15 jam.
Ini adalah tempoh yang agak lama dan memerlukan persediaan yang rapi daripada segi profesionalisme juruterbang, jenis kapal terbang, serta kesihatan kru kabin.
Namun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Dengan persediaan yang teliti dan perancangan yang betul, penerbangan jarak jauh boleh menjadi masa depan laluan penerbangan.
5 Laluan Penerbangan Komersial Without Transit Terpanjang
1. New York, USA ke Singapura
Tidak disangka-sangka, salah satu laluan penerbangan terpanjang di dunia dipegang oleh sebuah negara anggota ASEAN, iaitu Singapura. Singapore Airlines mengendalikan laluan penerbangan dari Lapangan Terbang Jhon F. Kennedy di New York ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (SIN) di Singapura.
Kredit Foto : Website onemileatatime
Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 18 jam dan 40 minit dengan jarak 9,537 batu. Penerbangan without transit antara benua ini sememangnya satu pencapaian yang mengagumkan.
Jika segala-galanya disiapkan dengan baik, ini boleh memendekkan masa yang diperlukan untuk sampai dari New York ke Singapura dengan cekap.
2. Singapura ke Newark
Seterusnya, Singapura sekali lagi menawarkan penerbangan jarak jauh ke destinasi yang berbeza, iaitu ke Newark, New Jersey, Amerika Syarikat.
Laluan penerbangan ini bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (SIN) di Singapura ke Lapangan Terbang Liberty.
Kredit Foto : Website travelandleisure
Jika anda memilih penerbangan ini, anda akan berada di dalam pesawat selama 18 jam dan 30 minit without transit dengan jarak sekitar 9,523 batu. Nampaknya Singapura boleh dikatakan lebih maju dalam menyediakan penerbangan jarak jauh berbanding negara ASEAN lain.
3. Perth ke London
Laluan penerbangan ketiga terpanjang dioperasikan oleh Qantas dari Queensland, Australia. Penerbangan ini bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth ke Lapangan Terbang Heathrow di London.
Perjalanan udara ini mempunyai jarak sekitar 9,009 batu dengan anggaran masa penerbangan 17 jam dan 20 minit. Qantas mendakwa mereka boleh mencipta rekod baru untuk penerbangan komersial terpanjang pada tahun 2025.
Kredit Foto : Website skytraxratings
Laluan penerbangan ini akan bermula dari Sydney ke London dengan Airbus A350-1000 dalam tempoh 19 jam.
4. Melbourne ke Dallas
Sama seperti Singapore Airlines, pencapaian Qantas dalam menyediakan laluan penerbangan terpanjang bukan sekadar satu perjalanan sahaja.
Syarikat penerbangan ini mempunyai satu lagi laluan bermula dari Melbourne di Australia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth yang terletak di Amerika Syarikat.
Penerbangan without transit merentasi benua ini mengambil masa sekurang-kurangnya 17 jam dan 25 minit dengan jarak 8,992 batu.
5. Auckland ke New York
Laluan penerbangan komersial terpanjang terakhir dalam senarai ini dijalankan oleh sebuah syarikat penerbangan dari New Zealand. Perjalanan bermula dari Lapangan Terbang Auckland di New Zealand dengan destinasi New York, USA. Masa yang diperlukan untuk sampai ke negara destinasi adalah sekitar 17 jam 50 minit dengan jarak 8,882 batu.
Rekod Penerbangan Terpanjang Tanpa Laluan Spesifik: 64 Hari di Udara
Senarai di atas adalah laluan perjalanan terpanjang dengan tempoh masa paling lama, setakat ini 19 jam adalah tempoh masa paling lama dengan jarak 9,543 batu atau sekitar 15,348.3 km.
Tetapi tahukah anda terdapat penerbangan bukan komersial yang boleh bertahan lebih dari 60 hari? Bayangkan, pesawat ini berada di udara tanpa henti selama itu.
Rekod ini dicapai oleh dua juruterbang profesional, Robert Timm dan John Cook, yang menggunakan Cessna 172 untuk memecahkan rekod penerbangan terpanjang.
Kredit Foto : Wikipedia
Pesawat ini telah direka untuk mengeluarkan bahagian yang tidak perlu, dengan pengubahsuaian termasuk menambah ciri seperti sistem autopilot, sinki, dan tilam kecil untuk berehat.
Bagaimana Jika Pesawat Kehabisan Bahan Api?
Soalan yang bagus, untuk boleh terbang tanpa henti sudah tentu pesawat memerlukan kapasiti bahan api yang sangat besar. Oleh itu, pesawat ini menambah tangki yang boleh diakses melalui hos dari trak khas. Trak ini akan berlari bersama pesawat pada ketinggian tertentu.
Secara teknikal, sistem penerbangan without transit untuk masa yang lama dengan jarak yang jauh tidak boleh dilakukan oleh semua syarikat penerbangan.
Kakitangan profesional serta piawaian keselamatan dan keselamatan tetap menjadi keutamaan. Diharapkan penjelasan di atas dapat memberi manfaat dan menambah wawasan pembaca mengenai dunia penerbangan.
Walaupun berada dalam segmen 250cc, Honda CBR250RR tampil sebagai salah satu model paling lengkap dan berprestasi dalam kelasnya.
Dibangunkan dengan fokus terhadap prestasi, ketangkasan dan teknologi, jentera dua silinder ini bukan sekadar motosikal untuk “beginner” ia juga sebuah motosikal yang sesuai untuk penunggang berpengalaman yang mencari pakej sportbike berskala kecil.
Tunggang Uji: Laluan yang Menekan Karakter Motosikal
Ujian kali ini melibatkan laluan Shah Alam – Banting – Morib – Sepang – KLIA- Saujana Putra – Banting, merentasi lebuh raya KESAS, WCE,ELITE, SKVE dan jalan pesisir yang beralun.
Pemilihan laluan ini bertujuan menilai kestabilan, respon suspensi, karakter enjin, serta keselesaan tunggangan dalam pelbagai kondisi — dari kelajuan tinggi dan jalan beralun
Ergonomik Sporty-Selesa: Bukan Sekadar Rekaan
Walaupun menawarkan ergonomik sportbike, riding triangle CBR250RR cukup ergonomik untuk penunggang berbadan besar.
Dengan berat penunggang sekitar 125kg, posisi menunggang kekal neutral – tidak terlalu menunduk, tetapi cukup agresif untuk kawalan optimum.
Ketinggian tempat duduk 790mm dan tangki yang direka dengan rekaan ergonomik memberi sokongan baik untuk jarak jauh.
Kuasa Dua Silinder & Mod Tunggangan Adaptif
CBR250RR dijana oleh enjin 249.7cc DOHC Parallel-Twin, penyejukan cecair, dengan teknologi Throttle-by-Wire yang membolehkan tiga mod tunggangan: Comfort, Sport, dan Sport+.
Dalam mod Comfort, penyaluran kuasa lembut dan progresif.
Mod Sport memberi sedikit lebih punch di RPM pertengahan, manakala Sport+ mengaktifkan sepenuhnya kuasa dan respon enjin, menghasilkan pengalaman tunggangan paling agresif.
Apa yang ketara, transisi antara mod adalah pantas dan terasa, bukan sekadar gimmick.
Dalam mod Sport+, penunggang dapat menikmati respons throttle yang tajam dan RPM yang naik dengan lebih pantas.
Kelajuan Maksimum: 170 km/j Dengan Berat Penunggang 128kg
Dengan berat penunggang 128kg, top speed yang berjaya dicapai ialah 170 km/j dalam keadaan angin neutral dan jalan rata.
Ini menunjukkan kecekapan enjin dua silinder yang mampu memberikan kuasa konsisten walaupun di RPM tinggi.
Penunggang dengan berat lebih ringan berpotensi mencecah angka lebih tinggi membuktikan CBR250RR bukan sekadar gaya, tetapi hadir dengan prestasi yang padu.
Pengendalian & Suspensi: Rigid dan Responsif
Sistem suspensi depan USD Showa SFF-BP dan lengan ayun aluminium belakang digabungkan dengan kerangka keluli diamond-type yang ringan dan rigid.
Tindak balas suspensi sangat responsif, terutama ketika mengambil selekoh di kawasan beralun antara laluan Morib sehingga ke Bagan Lalang melalui jalan pesisir pantai, membuktikan set up dari kilang sudah cukup sempurna.
Pilihan Ideal Penunggang dalam Kelas 250cc
Dengan pakej lengkap dari segi enjin, casis, aerodinamik dan teknologi, CBR250RR adalah benchmark dalam kategori sportbike dua silinder 250cc.
Ia memberikan pengalaman menunggang hampir setanding dengan model middleweight, menjadikannya pilihan ideal untuk penunggang yang inginkan pakej lengkap di antara keselesaan dan kuasa.
Spesifikasi Utama Honda CBR250RR 2024
Komponen
Spesifikasi
Enjin
249.7cc, Parallel-Twin, DOHC, penyejukan cecair
Kuasa Maksimum
+- 40 Hp @ 13,000 RPM (anggaran Asia spec)
Tork Maksimum
+- 25 Nm @ 11,000 RPM
Transmisi
6-kelajuan dengan Assist & Slipper Clutch
Mod Tunggangan
Comfort, Sport, Sport+
Fork Depan
Showa SFF-BP USD
Suspensi Belakang
Monoshock, boleh laras preload
Sistem Brek
Cakera depan & belakang, ABS dua saluran
Berat Bersih
+- 168kg
Kapasiti Tangki
14.5 liter
Ketinggian Tempat Duduk
790mm
Harga (anggaraan)
+- RM28,000 (bergantung pasaran)
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Selepas membuat kemunculan sulung di cawangan George Town, Pulau Pinang, jenama kenderaan dari China yang sedang meningkat naik, Leapmotor, kini dibawa lebih dekat kepada...