
Morbidelli C252V kini secara rasmi berada di pasaran Malaysia.
Model ini menawarkan pilihan baharu dalam segmen motosikal cruiser bersesaran kecil dengan reka bentuk gaya klasik, enjin V-Twin dan beberapa ciri keselamatan moden.
Model ini sebelum ini diperkenalkan pada 29 Mei 2026 sempena Mforce MotoXperience 2026 yang berlangsung bersama Malaysia Bike Show di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Untuk pasaran tempatan, Morbidelli C252V ditawarkan pada harga RM16,988, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Tiga pilihan warna disediakan iaitu Bulk Black, Moss Green dan Urban Silver.
Tarikan utama C252V sudah tentu terletak pada konfigurasi enjinnya.
Motosikal ini menggunakan enjin V-Twin dua silinder 249 cc
, empat lejang, SOHC, lapan injap dengan sistem penyejukan cecair.Enjin berkenaan menghasilkan kuasa maksimum 19 kW atau sekitar 25.5 hp pada 9,000 rpm, manakala tork maksimum pula ialah 25 Nm pada 5,500 rpm.
Ia mempunyai ukuran bore dan stroke 53.5 mm x 55.4 mm serta nisbah mampatan 11.8:1.
Sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) digunakan bersama sistem pencucuhan T.C.I, manakala enjin dihidupkan menerusi starter elektrik.
Kuasa dihantar ke roda belakang menerusi transmisi enam kelajuan dan sistem pacuan akhir menggunakan tali sawat atau belt drive.
Penggunaan belt drive ini juga memberikan karakter yang lebih dekat dengan motosikal cruiser tradisional, selain memerlukan penyelenggaraan yang berbeza berbanding sistem rantai biasa.
C252V turut dilengkapi slipper clutch, manakala kawalan pendikit masih menggunakan sistem kabel berkembar.
Tangki bahan apinya pula berkapasiti 15.5 liter, sesuai untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak lebih jauh.
Bagi bahagian casis, Morbidelli C252V menggunakan fork teleskopik jenis upside-down (USD) di hadapan dengan jarak pergerakan suspensi 115 mm.
Bahagian belakang pula menggunakan dua penyerap hentak dengan pelarasan preload serta travel 47 mm.
Sistem membrek terdiri daripada cakera tunggal di hadapan dan belakang yang disokong oleh ABS dua saluran.
Selain ABS, motosikal ini turut dilengkapi Traction Control System (TCS) bagi membantu mengawal cengkaman roda ketika pecutan.
C252V menggunakan tayar CST bersaiz 130/90-16 di hadapan dan 150/80-16 di belakang, dipadankan dengan rim jejari.
Gabungan tayar tebal dan rim 16 inci itu turut memainkan peranan dalam memberikan penampilan cruiser yang lebih padat.
Dari segi dimensi, Morbidelli C252V mempunyai panjang 2,225 mm, lebar 853 mm dan tinggi 1,090 mm.
Jarak antara roda pula ialah 1,575 mm.
Salah satu ciri yang mungkin menarik perhatian penunggang ialah ketinggian tempat duduknya yang hanya 690 mm.
Jarak kelegaan tanah pula ialah 173 mm, manakala berat keseluruhan motosikal berada pada angka 177 kg.
Dengan kedudukan tempat duduk yang rendah serta jarak roda yang panjang, C252V dibangunkan dengan karakter tunggangan yang selari dengan konsep sebuah cruiser.
Walaupun tampil dengan rekaan klasik, C252V masih menerima beberapa kelengkapan moden.
Antaranya termasuk:
Setiap pembelian Morbidelli C252V didatangkan dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 km, bergantung kepada mana yang tiba terlebih dahulu.
Menurut Morbidelli Malaysia, sekiranya jarak perjalanan melebihi 20,000 km dalam tempoh dua tahun tersebut, beberapa komponen enjin masih dilindungi menerusi waranti tanpa had perbatuan bagi baki tempoh waranti.
Pemilik turut diberikan akses kepada perkhidmatan pembelian alat ganti asli secara dalam talian melalui Morbidelli Malaysia.
Baca Juga : Mforce Lancar Mforce Experience Club, Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.