Jenama Ultraviolette telah memperkenalkan motosikal elektrik terbarunya, F99, dalam acara EICMA 2023. Jenama yang berpangkalan di Bengaluru ini mengumumkan F99 sebagai langkah pertama mereka ke arah platform perlumbaan.
Kredit Foto : Website ultraviolette
Ultraviolette F99 merupakan motosikal elektrik dikuasakan oleh motor elektrik W, menghasilkan kuasa puncak sebanyak 122.36 PS. Ia hadir dengan berat 178 Kg dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Manakala pilihan warna untuk Ultraviolette F99 adalah merah dan kelabu.
F99 merupakan motosikal yang direka untuk perlumbaan yang dihasilkan di India. Motosikal yang dilengkapi dengan sistem penyejuk cecair ini mampu mengeluarkan kuasa puncak sehingga 90kW dengan kelajuan puncak yang menakjubkan sebanyak 265 km/jam.
Ads
Kredit Foto : Website ultraviolette
Dengan daya pecutan daripada 0-100 km/jam hanya mengambil masa 3 saat. Dengan berat hanya 178kg, F99 hadir dengan carbon fibrebodyworks dan aerodinamik yang sangat futuristik. Setiap sayap di sisi fairing akan berfungsi apabila motosikal bergerak dan condong ke arah satu sudut, memberikan kestabilan yang lebih baik.
Ads
Kredit Foto : Website ultraviolette
Pengeluar menyatakan bahawa versi pengeluaran F99 akan dilancarkan secara global pada tahun 2025. Mungkin model ini bakal menjadi persaingan sengit dengan motosikal elektrik keluaran Ducati, namun dengan kehadiran motosikal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa India juga mampu untuk bersaing dengan jenama pengeluar motosikal terbesar di dunia.
Ads
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
CFMOTO Malaysia memperkenalkan satu lagi model dalam barisan jentera pengembaraannya dengan pelancaran CFMOTO 800MT-X.
Motosikal ini adalah sebuah motosikal berkuasa tinggi yang direka khas untuk kegunaan pengembaraan jarak jauh dan laluan mencabar.
Pelancaran eksklusif ini berlangsung di Men Huat Motors Sdn. Bhd., memperlihatkan komitmen jenama ini terhadap pasaran motosikal adventure touring di Malaysia.
Ditawarkan pada harga RM48,888.00 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), model ini hadir dalam dua pilihan warna menarik – Zephyr Blue dan Nebula Black.
Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 2-silinder sebaris, 4-lejang, DOHC, bersesaran 799cc dengan sistem penyejukan cecair.
Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 70kW pada 8,500rpm dan tork 87Nm pada 6,750rpm – cukup untuk menempuh perjalanan berbukit atau laluan tidak berturap.
Enjin ini dilengkapi sistem bahan api EFI, pencucuhan T.C.I dan penghidupan elektrik yang menjamin prestasi lancar setiap masa.
Gabungan piston 88mm, lejang 65.7mm dan nisbah mampatan 12.8:1 memastikan prestasi dan kecekapan enjin berada pada tahap optimum.
Enjin ini turut dilengkapi teknologi pelinciran jenis ‘pressure splash lubrication’, transmisi 6-kelajuan dan klac jenis ‘sliding’ multi-plate basah.
Pacuan rantai menjadikan motosikal ini lebih tahan lasak untuk pengembaraan ekstrem.
Untuk pengendalian stabil di pelbagai permukaan, motosikal ini dilengkapi suspensi hadapan teleskopik terbalik dan penyerap hentak belakang jenis mono boleh laras.
Tayar CST bersaiz 90/90-21 (hadapan) dan 150/70-R18 (belakang) dipilih bagi meningkatkan cengkaman.
Sistem brek J.Juan dengan cakera berkembar dan ABS di hadapan serta cakera tunggal dengan ABS boleh tukar di belakang memberi keyakinan penuh ketika membrek.
CFMOTO 800MT-X dilengkapi Traction Control System (TCS) dan sistem Quickshifter yang boleh diaktif atau dinyahaktif mengikut keperluan penunggang.
Tiga mod tunggangan — Standard, Rain dan Off-road — membolehkan motosikal menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan jalan dan cuaca.
Fungsi tambahan seperti cruise control, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) dan suis keselamatan tongkat sisi meningkatkan aspek keselamatan penunggang.
Panel meter TFT 7 inci berorientasikan menegak menyampaikan maklumat penting dengan jelas.
Port pengecasan USB Type-A dan Type-C turut disediakan untuk kemudahan digital.
Motosikal ini menggabungkan sistem kunci mekanikal dengan throttle elektronik, mengimbangkan elemen tradisional dan moden.
Pelindung tangan dan pelindung angin boleh laras pula menambah keselesaan dalam situasi angin kencang.
Dengan dua kotak sisi berkapasiti 35L dan satu kotak atas 45L, 800MT-X menyediakan ruang simpanan mencukupi untuk perjalanan jauh.
Tangki bahan api 22.5 liter, berat basah 220kg, tinggi tempat duduk 830mm dan jarak roda 1,530mm – semuanya direka bagi menawarkan tunggangan yang stabil dan selesa dalam apa jua keadaan.
Setiap pembelian CFMOTO 800MT-X hadir bersama waranti perbatuan tanpa had selama dua tahun, memberikan keyakinan tambahan kepada pembeli.
CFMOTO Malaysia turut menawarkan kemudahan pembelian alat ganti tulen secara atas talian, menjadikan urusan penyelenggaraan lebih mudah dan lancar.
Bagi peminat kereta klasik dan filem aksi 80-an, lampu pop-up atau lampu tersembunyi adalah satu elemen ikonik. Adegan seorang watak melompat masuk ke dalam kereta sport, menghidupkan enjin, dan lampu pop-up terbuka dengan penuh dramatik—memang cukup memberi nostalgia. Tapi kenapa teknologi ini semakin lenyap dari dunia automotif?
Lampu pop-up pertama kali muncul pada tahun 1936 melalui model Cord 810. Ketika itu, teknologi lampu kereta masih dalam peringkat awal. Lampu tersembunyi ini dikawal secara manual menggunakan engkol di bawah papan pemuka. Ia bukan sahaja memberikan rupa yang lebih aerodinamik, tetapi juga melindungi lampu dari cuaca buruk.
Pada tahun 1938, General Motors memperkenalkan inovasi dengan konsep Y-Job. Di mana lampu pop-up tidak lagi memerlukan kawalan manual tetapi menggunakan mekanisme penutup berbentuk ‘kelopak mata’ yang membuka dan menutup secara automatik.
Fenomena lampu pop-up semakin popular selepas Perang Dunia Kedua, terutama pada era 50-an dan 60-an. Ini apabila peraturan automotif menetapkan ketinggian minimum lampu depan. Bagi pereka kereta yang mahukan rekaan hadapan lebih rendah dan aerodinamik, lampu pop-up menjadi penyelesaian ideal.
Selain faktor estetika, lampu pop-up juga mempunyai fungsi tambahan. Sebagai contoh, Oldsmobile Toronado menggunakan lampu pop-up untuk membantu sistem penyejukan enjin dengan meningkatkan aliran udara ke radiator apabila diperlukan.
Pada era 70-an hingga 90-an, lampu pop-up menjadi sinonim dengan kereta sport dan mewah seperti Ferrari, Lamborghini, Mazda RX-7 dan Chevrolet Corvette. Namun, tidak semua orang menyukai ciri ini. Pada tahun 1991, kolumnis automotif Brooks Peterson mengkritik rekaan lampu pop-up yang dikatakan merosakkan aerodinamik kereta apabila ia terbuka.
Menjelang awal 2000-an, teknologi lampu hadapan semakin maju, dan pop-up mula hilang dari pasaran. Salah satu model terakhir yang menggunakannya ialah Chevrolet Corvette C5 pada tahun 2004. Jadi, kenapa ia dihentikan?
Terdapat beberapa sebab utama kenapa lampu pop-up semakin dilupakan:
Walaupun teknologi ini tidak diharamkan sepenuhnya, kos tinggi untuk mematuhi pelbagai piawaian keselamatan menjadikan pengeluar kereta enggan menggunakannya lagi.
Bagi peminat kereta klasik, lampu pop-up tetap mempunyai daya tarikan tersendiri. Walaupun ia mungkin tidak lagi menghiasi model moden, kita masih boleh menikmatinya dalam filem aksi 80-an atau melalui koleksi kereta klasik. Jadi, jika anda merindui lampu pop-up, mungkin sudah tiba masanya untuk mencari sebuah Mazda RX-7 atau Honda NSX untuk dijadikan koleksi!
Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengumumkan berita gembira hari ini dengan pembukaan rasmi Seksyen 6 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Pembukaan yang dijadualkan bermula jam 12.01 pagi pada 21 November 2023, Seksyen 6 ini mendapat pengecualian pembayaran tol kepada pengguna sehingga 2 Januari 2024, yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.
Dengan pembukaan laluan lebih raya baharu ini, ia membawa harapan baru kepada pengguna jalan raya yang dapat menjangkakan masa perjalanan lebih singkat sehingga 15 minit berbanding 45 minit menggunakan laluan sedia ada.
Sekali gus, Seksyen 6 ini akan menghubungkan secara terus pengguna dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa. Tidak hanya itu, sambungan terus dengan Lebuhraya LATAR turut menawarkan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk keselesaan pengguna.
Dalam menyusuri Seksyen 6 WCE ini, pengguna kini akan lebih mudah untuk melawati destinasi pelancongan menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror, dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Ini tidak hanya akan memberi kesenangan kepada pengguna, tetapi juga dijangka merancakkan pertumbuhan sosio-ekonomi dalam komuniti setempat.
Sebelum pembukaan Seksyen 6 WCE, sebanyak empat seksyen WCE telah dibuka sebelum ini. Ini termasuklah tiga seksyen di Negeri Perak, iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan), Seksyen 9 (Lekir – Changkat Chermin), dan Seksyen 10 (Changkat Chermin – Beruas), serta satu seksyen di Negeri Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan – Bandar Bukit Raja Utara).
Pembukaan Seksyen 6 WCE merupakan langkah yang dinanti-nantikan dan merupakan satu lagi kemajuan dalam infrastruktur lebuh raya negara yang akan memberi impak besar kepada pengguna serta pertumbuhan ekonomi tempatan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Cycle & Carriage Terus Bantu Bakat Automotif Muda, RM40,000 Untuk Empat Pelajar
Cycle & Carriage (C&C) meneruskan komitmen mereka untuk melahirkan bakat automotif masa depan...