Motosikal

Malaysia Jadi Lokasi Previu Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2025

Share

Harley-Davidson Malaysia baru-baru ini menganjurkan tayangan eksklusif filem Thunderbolts di Aurum Theatre, The Exchange TRX. Selain filem, yang mencuri tumpuan adalah kemunculan Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2025.

Acara tertutup ini menyatukan 40 tetamu khas yang terdiri daripada ahli Harley Owners Group (HOG) dan penunggang motosikal dari pelbagai kelab seluruh negara. Ia bukan sekadar tayangan filem – ini satu malam penuh gaya, adrenalin dan semangat persaudaraan komuniti Harley.

Aksi Di Layar, Realiti Di Jalanan

Motosikal Pan America 1250 ST 2025 muncul dalam beberapa babak aksi yang mendebarkan dalam filem Thunderbolts. Memberi penonton gambaran sebenar keupayaannya di laluan mencabar. 

Lebih menarik, model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku ketiga 2025. Jadi filem ini ibarat teaser eksklusif untuk pasaran tempatan.

Harley-Davidson memang dikenali bukan sekadar pengeluar motosikal, tapi pencipta pengalaman. Malam itu membuktikan mereka serius dalam membina hubungan lebih mendalam dengan komuniti penunggang – bukan sekadar jual motosikal, tapi hidupkan gaya hidup.

Spesifikasi Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2025 (Anggaran Pasaran Malaysia)

Kategori Adventure Touring
Enjin 1252cc Revolution® Max 1250 V-Twin
Kuasa Maksimum Sekitar 150 hp @ 9,000 rpm
Tork Maksimum 127 Nm @ 6,750 rpm
Transmisi 6-Kelajuan
Tangki Bahan Api 21.2 Liter
Berat Basah ±258 kg
Ketinggian Tempat Duduk Boleh laras, ±850mm hingga 875mm
Suspensi Semi-aktif depan dan belakang
Brek Cakera Brembo hadapan & belakang
Sistem Keselamatan ABS selekoh, kawalan traksi, mod tunggangan
Kelajuan Maksimum ±220 km/j
Jarak Tunggangan ±350 – 400 km (bergantung gaya tunggangan)
Harga Anggaran di Malaysia Sekitar RM130,000 – RM140,000 bergantung spesifikasi & aksesori

Dari Harley-Davidson Malaysia

Baca Juga Harley-Davidson Sahkan Penyertaan Rasmi Dalam Kalendar MotoGP

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan