QJMOTOR Malaysia baru-baru ini melancarkan model terbaharu mereka dalam segmen skuter kompak – AX200S – dalam satu majlis yang berlangsung di Courtyard Kuala Lumpur.
Direka khas untuk kegunaan harian di bandar, AX200S hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Kelabu, Moon Blue, dan Coklat Pasir. Ia direka untuk menjadi kenderaan bukan sahaja praktikal, malah mencuri tumpuan di jalanan.
Skuter ini ditawarkan pada harga permulaan RM7,988 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Menjadikannya antara skuter paling mampu milik dalam kelasnya. Ia kini sudah boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh negara.
Di bawah cover set, AX200S bernadikan enjin 175cc silinder tunggal SOHC 4-injap
yang disejukkan cecair serta menggunakan sistem suntikan bahan api EFI.Ia mampu menjana kuasa 17.3 HP pada 8,500rpm dan tork maksimum 15.2Nm pada 6,500rpm. Cukup responsif untuk memecut keluar dari lampu isyarat atau mendaki flyover bandar tanpa masalah.
Sistem transmisi automatik CVT dengan klac automatik menjadikan tunggangan lebih santai tanpa perlu sibuk tukar gear seperti model moped di pasaran. Selain itu, sistem pelinciran jenis tekanan dan percikan membantu memastikan enjin sentiasa dalam keadaan optimum.
AX200S tampil dengan rekabentuk aerodinamik yang kemas, diserikan dengan winglet di bahagian depan. Bukan sekadar gaya, tapi juga membantu kestabilan ketika memotong angin semasa tunggangan laju.
Skuter ini juga ringan dengan berat hanya 127kg. Menjadikannya mudah dikendalikan walaupun di kawasan sesak.
Dari segi dimensi, ia cukup selesa dengan tempat duduk setinggi 780mm dan jarak kelegaan tanah 145mm. Sesuai bagi kebanyakan penunggang lelaki mahupun perempuan. Tangki bahan apinya pula boleh memuatkan 10 liter. Sesuai untuk perjalanan harian beberapa hari tanpa perlu ke stesen minyak terlalu kerap.
Untuk keselesaan dan keselamatan, AX200S dilengkapi dengan fork teleskopik di depan dan penyerap hentakan jenis gegelung belakang yang menggunakan redaman minyak.
Tayar jenis tubeless CST berukuran 100/80-14 depan dan 120/70-14 belakang memberikan cengkaman dan ketahanan yang bagus.
Sistem brek cakera hadir pada kedua-dua roda – 230mm depan dan 220mm belakang. Lengkap dengan sistem ABS dwi-saluran, memastikan brek lebih selamat terutama dalam situasi kecemasan.
Antara ciri menarik lain termasuk:
Dengan kombinasi semua ini, AX200S bukan sahaja sebuah skuter biasa, tapi lengkap dengan ciri-ciri motosikal moden yang biasanya ditemui pada model lebih mahal.
Setiap pembelian AX200S datang dengan
jaminan dua tahun atau 20,000km (mana yang tiba dahulu). Pembeli juga akan menikmati kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian melalui MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.Untuk yang belum kenal, QJMOTOR ialah sebahagian daripada kumpulan besar Geely, ditubuhkan sejak 1985 dan juga pemilik jenama motosikal Itali Benelli. Produk mereka merangkumi pelbagai jenis motosikal dari skuter 110cc hingga motosikal berkuasa tinggi 1130cc. Kini, mereka sudah mengeksport ke lebih 130 negara, dan terus komited membawa teknologi terkini ke pasaran global.
Dari MForce Bike Holdings
Baca Juga QJMotor LTR150, Skuter Retro dengan Rekaan Klasik dan Ciri-Ciri Moden
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.