Di pentas penuh cahaya Malaysia Autoshow 2025, Royal Enfield tampil bergaya dengan pelancaran dua model terkini mereka – Bear 650 dan Classic 650. Kedua-dua model ini bukan sekadar motosikal, tetapi manifestasi jiwa bebas dan warisan yang tidak lapuk dek zaman.
Bear 650 ialah scrambler moden yang diinspirasikan oleh semangat perlumbaan padang pasir 1960-an. Khususnya kemenangan epik Eddie “Fast Eddie” Mulder di Big Bear Run. Berdasarkan platform Interceptor 650 yang sudah terbukti mantap. Bear 650 membawa gaya, karakter, dan keupayaan off-road ringan yang cukup menggoda.
Apa yang membezakan Bear 650?
Empat warna disediakan untuk pasaran Malaysia:
Petrol Green – RM35,700
Wild Honey – RM35,700
Golden Shadow – RM35,700
Bear 650 Two Four Nine (edisi khas) – RM36,000
Dan ya, nama edisi khas itu adalah penghormatan kepada nombor perlumbaan Eddie Mulder – 249.
Kalau Bear 650 menyerlahkan sisi liar dan nakal Royal Enfield, Classic 650 pula membawakan elemen elegan dan nostalgia dengan sentuhan moden. Ia masih mengekalkan DNA rekaan klasik yang dikenali sejak zaman Classic 500, tetapi dengan enjin 650cc Twin dan kehalusan yang lebih menyerlah.
Apa yang menarik tentang Classic 650?
Classic 650 ialah motosikal yang nampak gah tapi sangat mesra penunggang, sesuai untuk yang baru nak berjinak atau peminat tegar gaya retro.
“Bear 650 bukan sekadar jentera, ia simbol kebebasan dan semangat tanpa kompromi,” kata Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Group. “Ia sesuai untuk penunggang Malaysia yang mahukan sesuatu yang berkarakter — dari jalan bandar ke denai hujung dunia.”
Anuj Dua, Ketua Perniagaan Royal Enfield Asia Pasifik pula berkata:
“Bear 650 adalah lambang semangat sebenar scrambler — berani, spontan, dan tahan lasak. Ia akan jadi teman setia penunggang Malaysia ke mana saja mereka pergi.”
Kedua-dua model – Bear 650 dan Classic 650 – sudah boleh dimiliki di semua pusat pameran Royal Enfield seluruh Malaysia mulai hari ini. Sama ada anda pencinta gaya jalanan yang kasar atau pemuja klasik yang halus, Royal Enfield ada satu jentera untuk jiwa anda.
Dari Royal Enfield Malaysia
Baca Juga Royal Enfield Perkenal Guerrilla 450 & Classic 350 Versi Baharu di Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.