Penyelesaian Mobiliti Pintar Kurangkan Kesesakan dan Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam
NADI WILLER Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang membangunkan platform Mobility-as-a-Service (MaaS) di Malaysia, tampil dengan misi baharu untuk menjadikan perjalanan lebih lancar tanpa perlu bergantung kepada kenderaan persendirian. Dengan memperkenalkan kualiti perkhidmatan ala Jepun, NADI WILLER melalui perkhidmatan mobi DRT (Demand Responsive Transit) sedia menambah baik sistem sedia ada seperti bas dan rel bagi mengurangkan kesesakan serta menyokong gaya hidup mobiliti mampan.
Cabaran Mobiliti di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur kekal sebagai antara bandar paling sesak di Asia, banyak dipengaruhi oleh kekurangan pengangkutan penghubung first mile dan last mile. Kesan daripada ini, ramai penduduk terpaksa bergantung pada kereta persendirian atau e-hailing.
Melihat kepada situasi ini, NADI WILLER memperkenalkan platform MaaS yang menggabungkan sistem rel, bas dan perkhidmatan atas permintaan seperti mobi DRT, menawarkan pengalaman perjalanan menyeluruh yang lebih cekap dan mesra pengguna.
Rekod Prestasi di Malaysia
Sejak dilancarkan, aplikasi mobi DRT telah beroperasi di 26 kawasan dengan lebih 400,000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini, serta 100,000 ahli berdaftar setakat Ogos 2025.
Hasil tinjauan pengguna mendapati lebih 88% menggunakan mobi DRT untuk menghubungkan perjalanan mereka dengan pengangkutan awam. Sebelum mobi DRT diperkenalkan, hampir separuh (47.6%) bergantung pada family pick-ups manakala 24.2% menggunakan kereta persendirian. Data ini membuktikan bahawa mobi DRT berjaya mengubah corak mobiliti dengan mengurangkan kebergantungan kepada kereta peribadi.
Inisiatif Baharu NADI WILLER
Bagi mempercepatkan transformasi mobiliti ini, NADI WILLER memperkenalkan tiga langkah utama:
Perancang Perjalanan Multimodal
Aplikasi mobi kini menyokong integrasi data GTFS dan GTFS-RT untuk Kuala Lumpur dan Selangor, membolehkan pengguna merancang perjalanan hujung-ke-hujung dengan menggabungkan bas, rel dan mobi DRT dalam satu carian.Pelancaran mobi CONNECT
Bermula 1 September 2025, perkhidmatan mobi CONNECT diperkenalkan sebagai penghubung jarak pertengahan antara kawasan pusat perniagaan (CBD). Perkhidmatan pertama menghubungkan Mont Kiara dengan LaLaport Bukit Bintang City Centre, iaitu hab utama LRT, monorel dan bas lapangan terbang. Dengan algoritma AI, laluan paling efisien ditentukan lebih awal, sekali gus mengurangkan keperluan kenderaan persendirian dan family pickupPengurusan Keselamatan Bertaraf Jepun
Menyedari kebimbangan terhadap keselamatan, NADI WILLER memperkenalkan sistem latihan pemandu berasaskan amalan terbaik Jepun. Latihan merangkumi kelas teori, pemanduan praktikal dan pemantauan berterusan. Aspek keselamatan operasi pula dikawal melalui pemeriksaan harian, panggilan tugas (roll call), dan sistem WILLER Fleet bagi memastikan pemandu kekal cekap dan mesra pelanggan.
Pandangan Ke Hadapan
Dengan inisiatif ini, NADI WILLER berhasrat meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan awam sambil membina ekosistem mobiliti mampan di Malaysia. Platform MaaS yang dibangunkan bukan sahaja menambah nilai kepada bandar raya, malah menyokong usaha membentuk masyarakat lestari di mana semua orang boleh bergerak bebas tanpa halangan.
Projek ini turut disokong oleh bajet tambahan Japan’s Global South Initiative FY2023.
Baca Juga : Pilih Highway atau Jalan Dalam? Strategi Perjalanan Balik Kampung Tanpa Jem
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.