Ads

Naquib Azlan Wakili Porsche Malaysia Dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Bakat Malaysia Terus Diberi Laluan ke Pentas Antarabangsa

Porsche Malaysia secara rasmi mengesahkan penyertaan mereka dalam musim Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2026. Bagi musim kali ini, Porsche Malaysia mempertaruhkan bakat tempatan, Naquib Azlan, yang akan beraksi dalam kategori PRO sepanjang musim bersama Team Porsche Malaysia.

Penyertaan ini sekali lagi membuktikan kesungguhan Porsche Malaysia, yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance, dalam membangunkan bakat tempatan serta membuka laluan kepada pelumba Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Naquib Azlan Wakili Porsche Malaysia Dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Kerjasama Bersama Pasukan Berpengalaman

Untuk kempen musim 2026, Team Porsche Malaysia akan bekerjasama dengan Earl Bamber Motorsport (EBM) serta Axle Motorsports. Naquib bakal memandu jentera Porsche 911 GT3 Cup generasi 992.2 bernombor #17, sebuah kereta lumba yang dibangunkan khusus untuk siri perlumbaan one-make Porsche.

Naquib Azlan Wakili Porsche Malaysia Dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Kategori PRO dalam PCCA terkenal dengan tahap persaingan yang sangat tinggi, kerana semua pelumba menggunakan jentera dengan spesifikasi yang sama. Ini bermakna prestasi pemanduan dan kemahiran pelumba menjadi faktor utama yang membezakan kedudukan di grid perlumbaan.

Menurut Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, sukan permotoran sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA Porsche sejak lebih 75 tahun lalu.

Naquib Azlan Wakili Porsche Malaysia Dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Beliau menjelaskan bahawa Porsche Malaysia komited menyediakan platform bermakna untuk bakat tempatan, sama ada melalui perlumbaan sebenar mahupun dalam dunia maya seperti Esports.

Bermula Dari Sim Racing ke Litar Lumba Sebenar

Perjalanan Naquib Azlan dalam dunia sukan permotoran bermula pada tahun 2020 melalui sim racing, sebelum bakatnya mula mendapat perhatian dalam pertandingan kompetitif.

Ads

Namanya mula melonjak selepas muncul juara kategori Driven Dreamers dalam Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2025. Kemenangan itu membuka peluang kepada Naquib untuk menyertai Porsche Carrera Cup Asia Talent Pool Programme, sebuah program pembangunan bakat yang menyediakan latihan profesional, kem latihan serta pembangunan prestasi secara berstruktur.

Naquib Azlan Wakili Porsche Malaysia Dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Program ini menjadi platform penting yang menghubungkan dunia perlumbaan maya dengan perlumbaan sebenar di litar.

Kini, perjalanan tersebut mencapai satu tahap baharu apabila Naquib bakal beraksi sepanjang musim dalam salah satu kejuaraan one-make paling kompetitif di Asia.

Catat Masa Terpantas Dalam Sesi Ujian

Sebagai persediaan menghadapi musim perlumbaan 2026, Naquib telah menjalani Official Test Day di Zhuhai International Circuit dari 28 Februari hingga 1 Mac.

 

Ads

Naquib Azlan Wakili Porsche Malaysia Dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Menariknya, beliau berjaya mencatat masa terpantas keseluruhan sesi dengan catatan 1 minit 35.391 saat, sekali gus memberi petanda positif menjelang pusingan pembukaan musim.

Livery Baharu Bertemakan Sime Motors

Bagi musim 2026, jentera Porsche 911 GT3 Cup (992.2) yang dipandu Naquib tampil dengan livery biru yang dipadankan dengan aksen oren, melambangkan warna korporat Sime Motors.

Naquib Azlan Wakili Porsche Malaysia Dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Satu elemen unik turut dipaparkan pada bahagian bumbung kereta, iaitu reka bentuk pelan rasmi Porsche Experience Centre Singapore, sebuah pusat pengalaman Porsche yang dijangka dibuka pada tahun 2027. Apabila siap kelak, pusat ini bakal menjadi Porsche Experience Centre pertama di Asia Tenggara dan yang ke-11 di dunia.

Ads

Naquib Azlan Wakili Porsche Malaysia Dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Musim Porsche Carrera Cup Asia 2026 akan membuka tirainya di Shanghai, China pada 14–15 Mac, sebelum kejuaraan ini bergerak ke beberapa litar utama di rantau Asia.

Bagi peminat tempatan, kejuaraan ini juga dijadual kembali ke Sepang International Circuit bagi pusingan 9, 10 dan 11, yang akan menampilkan dua perlumbaan sprint serta satu perlumbaan format endurance.

Naquib Azlan Wakili Porsche Malaysia Dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Langkah Besar Untuk Motorsport Malaysia

Penyertaan Naquib Azlan dalam musim penuh Porsche Carrera Cup Asia bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga mencerminkan usaha berterusan Porsche Malaysia dalam membina laluan pembangunan bakat sukan permotoran yang lebih tersusun.

Naquib Azlan Wakili Porsche Malaysia Dalam Porsche Carrera Cup Asia 2026

Daripada dunia sim racing hingga ke litar perlumbaan sebenar, kisah Naquib menjadi bukti bahawa peluang untuk pelumba Malaysia bersaing di pentas antarabangsa kini semakin terbuka luas.

Baca Juga : Porsche Carrera Cup Asia Buka Tirai Musim 2026 di Zhuhai

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV

GWM Serah WEY G9 Hi4 PHEV Pertama di Malaysia Kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza GWM Malaysia mencipta satu lagi detik penting dalam perjalanan jenama New...