Ola S1 Pro ‘Sona’ Edisi Eksklusif: Motosikal Buatan India dengan Sentuhan Emas 24-Karat
Ola Electric, pengeluar motosikal elektrik terkemuka India, telah melancarkan S1 Pro ‘Sona’ Limited Edition.
Model terbaharu ini hadir degan kemasan elemen emas tulen 24-karat.
Reka bentuk edisi khas ini tidak hanya menyerlahkan kemewahan tetapi turut menjadi lambang inovasi teknologi automotif buatan India.
Kredit Foto : Website ndtv
Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran, model ini juga bertujuan memperluaskan rangkaian jualan dan perkhidmatan Ola Electric ke 4,000 cawangan menjelang 25 Disember 2024.
Sentuhan Mewah dan Reka Bentuk Premium
Edisi ‘Sona’ tampil istimewa dengan tema warna dwi-tona putih mutiara dan emas, disempurnakan dengan kemasan emas 24-karat pada beberapa komponen utama.
Kredit Foto : Website team-bhp
Ini termasuk footpegs, tongkat sisi, grab rail, tuil brek, dan batang cermin sisi (ORVM).
Ads
Kredit Foto : Website carandbike
Bahagian atas handlebar cowl, cermin sisi, front fender, serta panel sisi bawah turut diberi kemasan emas, menyerlahkan aura eksklusif yang membezakan model ini daripada yang lain.
Kredit Foto : Website team-bhp
Bukan itu sahaja, lengan ayun belakang dan bahagian bawah front telescopic forks juga menerima sentuhan emas.
Kredit Foto : Website team-bhp
Manakala bahagian roda aloi hadapan dan belakang juga diberikan kemasan emas yang lebih terang.
Sebagai pelengkap, tempat duduk dilapisi kulit napa mewah berwarna beige gelap dengan sulaman benang emas, menambah keanggunan keseluruhan reka bentuk motosikal ini.
Ads
Teknologi MoveOS yang Disesuaikan
Ola S1 Pro ‘Sona’ bukan sekadar tentang rupa; ia juga dilengkapi perisian MoveOS dengan ciri-ciri eksklusif yang menjadikan pengalaman pengguna lebih personal.
Dashboard yang disesuaikan dengan tema emas dan interface pengguna yang unik menambahkan lagi daya tarikan model ini.
Bukan Dijual, Tetapi Dimenangi
Sebagai model edisi khas, S1 Pro ‘Sona’ tidak akan dijual secara komersial.
Ads
Sebaliknya, ia hanya boleh dimiliki melalui peraduan #OlaSonaContest.
Gabungan reka bentuk mewah dan teknologi canggih, menjadikan ia sebagai simbol kehebatan motosikal buatan India.
Ola S1 Pro ‘Sona’ Limited Edition adalah manifestasi kemewahan dan inovasi.
Berbeza pula di Malaysia, ramai pengguna motosikal elektrik lebih gemar untuk modifikasi yang dapat menambah kelajuan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Mercedes-Benz FashionWeek Kuala Lumpur (MBFWKL) kembali untuk tahun ketujuh dengan tema “The Icon”. Menampilkan gaya ikonik dan teknologi baru. Acara ini menyatukan dunia fesyen dan automotif dalam satu persembahan yang bergaya dan menarik.
Reka Bentuk Ikonik Bertemu Teknologi Hijau
Bertempat di The Exchange TRX, acara ini memperkenalkan buat pertama kalinya model elektrik baharu Mercedes-Benz G-Class.
Model ini masih mengekalkan bentuk klasiknya, tetapi kini menggunakan teknologi elektrik untuk lebih mesra alam dan sesuai dengan masa depan.
Kuasa dan Gaya dalam Barisan Mercedes-AMG
Model-model Mercedes-AMG juga ditonjolkan, termasuk GT 63 4MATIC+ Coupé, SL 63 4MATIC+, G 63, dan A 45 S 4MATIC+ edisi terhad. Kereta-kereta ini direka untuk menunjukkan kekuatan dan kelajuan. Malah, ia juga menonjolkan gaya moden dan mewah.
Pereka Fesyen Menampilkan Identiti dan Kreativiti
Seramai 16 pereka fesyen dipilih untuk menunjukkan hasil rekaan mereka, termasuk nama-nama terkenal seperti Justin Yap, Dickson Lim, Khoon Hooi, dan Weihaoyong.
Mereka menampilkan pelbagai jenis pakaian moden, kreatif dan beridentiti tersendiri. Pereka seperti SETH&LUNA MALAYA menggunakan unsur budaya dalam rekaan mereka. Manakala TEMMA PRASETIO membawa gaya ringkas dan sesuai untuk semua jantina.
Fesyen dan Kereta Mewah Berkongsi Nilai Sama
Nadia Trimmel, Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia berkata:
“Menjadi ikonik bermaksud kita perlu berubah dengan bijak dan bertanggungjawab, sambil mengekalkan nilai dan gaya.”
Ini menunjukkan bahawa dunia fesyen dan automotif berkongsi matlamat yang sama. Mencipta pengalaman yang hebat, bergaya dan juga lestari untuk masa depan.
Rakan Acara Membawa Sentuhan Profesional
Beberapa jenama terkenal seperti Schwarzkopf Professional, M·A·C Cosmetics, SEIBU, Luen Heng, dan Crowne Plaza Kuala Lumpur menyumbang kepada kejayaan acara ini. Mereka memberikan sokongan dari segi penampilan, pengalaman dan gaya hidup.
Pameran Mercedes-Benz Roadshow
Sebagai acara penutup, Mercedes-Benz Roadshow yang berlangsung dari 9 hingga 15 Jun membawa orang ramai melihat dengan lebih dekat kereta-kereta hebat Mercedes-Benz. Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri gabungan sejarah, gaya dan inovasi.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju pasaran automotif apabila berjaya mencatatkan lebih 102,300 unit kenderaan terjual sepanjang tahun 2024.
Prestasi cemerlang ini menandakan kali ketiga berturut-turut UMWT melepasi sasaran 100,000 unit setahun.
Pencapaian ini merupakan salah satu pencapaian yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah syarikat.
Lebih 12,800 unit terjual pada Disember sahaja
angka ini menunjukkan permintaan kukuh terhadap jenama Toyota di Malaysia.
Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan kebolehpercayaan Toyota, tetapi juga penekanan jenama ini terhadap inovasi, kecekapan, dan ciri keselamatan terkini.
Toyota juga mengekalkan hubungan kukuh dengan pelanggan selepas jualan.
Mereka mencatatkan 1.42 juta pelanggan kembali untuk perkhidmatan selepas jualan sepanjang tahun lalu.
Ini menjadi bukti komitmen Toyota terhadap kepuasan pelanggan, di samping mengekalkan standard tinggi dari segi inovasi dan kualiti produk.
Hilux, Vios, dan Corolla Cross Model Popular Toyota
Sebagai jenama yang menjadi sebahagian penting dalam landskap automotif Malaysia selama beberapa dekad, Toyota terus memainkan peranan utama dalam membentuk ekosistem mobiliti negara.
Pendekatan pelbagai hala yang diamalkan oleh Toyota melalui penawaran barisan kenderaan yang pelbagai berjaya memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berubah.
Antara model popular seperti Hilux, Vios, dan Corolla Cross menjadi penyumbang utama kepada prestasi jualan hujung tahun.
Secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan Toyota sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.
UMW Toyota Melangkah ke 2025 dengan Keyakinan dan Dedikasi
Melangkah ke tahun 2025, UMWT terus komited untuk menyediakan tawaran terbaik kepada pelanggan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi terkini dan tawaran menarik Toyota, layari laman web rasmi Toyota atau hubungi talian percuma Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).
Toyota bukan sahaja sebuah jenama kenderaan, tetapi sebuah syarikat yang menawarkan kualiti, kepercayaan, dan inovasi terbaik untuk rakyat Malaysia.
Dengan kejayaan hebat yang dicapai pada 2024, tidak mustahil 2025 akan menjadi tahun yang lebih gemilang bagi UMW Toyota Motor!
AMITEC, sebuah bahagian penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan sukan permotoran yang berada di bawah pengawasan AFY Mobility Industries (AMI), telah memperkenalkan motosikal terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia, Suzuki Raider R150Fi EWC1.
Model ini ditawarkan pada harga yang menarik, RM8,988, tidak termasuk insurans, menjadikannya pilihan yang menarik bagi peminat motosikal di Malaysia.
Keunikan Suzuki Raider R150Fi EWC1 terletak pada rekaan grafiknya yang diinspirasikan daripada motosikal Suzuki dalam perlumbaan World Endurance Series, di mana Suzuki telah meraih pelbagai kemenangan.
Daripada segi teknikal, tiada perubahan mekanikal yang dilakukan pada Suzuki Raider R150Fi EWC1 berbanding dengan model Raider R150Fi yang diperkenalkan di Malaysia pada Mac 2022.
Motosikal ini dilengkapi dengan enjin empat lejang, satu silinder, DOHC 147.3 cc yang mempunyai sistem bahan bakar “injection” dan penyejuk cecair, serta transmisi enam kelajuan. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa 18.2 hp pada 10,000 rpm dan tork 13.8 Nm pada 8,500 rpm.
Suzuki Raider R150Fi EWC1 juga dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti lampu LED, panel meter digital LCD, serta pilihan untuk menghidupkan enjin melalui starter elektrik atau tendangan. Sistem penguncian masih bersifat konvensional, memerlukan kunci fizikal untuk beroperasi.
Aspek lain seperti suspensi juga diberi perhatian. Motosikal ini dilengkapi dengan fork teleskopik di bahagian depan dan monoshock di belakang, serta sistem brek cakera pada kedua roda, dengan kaliper dua piston pada roda depan.
Motosikal ini juga dilengkapi dengan tangki bahan bakar berkapasiti empat liter, rim aluminium 17 inci dengan tayar berukuran 70/90 di depan dan 80/90 di belakang, berat keseluruhan 109 kg, dan ruang penyimpanan kecil di bawah tempat duduk.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
KEHANGATAN VIOS CHALLENGE 2025 BAKAL MEMUNCAK
Aksi Toyota GAZOO Racing Malaysia VIOS Challenge kembali dengan Pusingan 3 yang bakal berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos...