Pemanduan kereta yang selesa bermula dengan penjagaan kabin yang bersih, kemas dan berbau harum. Julung kali Shell telah memperkenalkan produk penjagaan kereta yang baharu dan berkualiti tinggi.
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti Malaysia, “Tahun ini dimulakan dengan pelancaran bahan api terbaik kami dengan memberikan tambahan 15-kilometer bagi setiap tangki penuh. Kini, dalam perjalanan kami untuk menjadi ‘Better by Far’, kami bercita-cita menjadi destinasi sehenti untuk semua pelanggan dengan pelancaran produk penjagaan kereta baharu kami.
“Rangkaian produk penjagaan kereta terbaru kami adalah bukti dedikasi ini, memenuhi semua keperluan pembersihan pelanggan dan meningkatkan pemanduan harian mereka dengan kepuasan dan keseronokan.”
Terdapat enam produk dalam diri penjagaan kereta Shell yang terbaharu merangkumi pembersihan dalaman dan luaran yang berbeza. Rangkaian produk tersebut adalalah:
Produk Penjagaan Luaran
Ads
Syampu Kereta Shell
Syampu dan Lilin Kereta Shell
Shell Speedwax
Keberkesanan produk ini dapat menghilangkan karat, menghapuskan sisa minyak dan gris serta memberikan kilauan yang luar biasa pada kenderaan anda.
Produk Penjagaan Dalaman
Ads
Kain Mikrofiber Shell
Pencuci Barangan Kulit Shell
Pembersih Dalaman Shell
Ketiga-tiga produk ini berkesan untuk membersih kenderaan anda dan selamat untuk keluarga.
Ads
Untuk tempoh masa terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk semua produk dan boleh diperolehi di seluruh semenanjung dan akan tiba tidak lama lagi di stesen Shell di Malaysia Timur.
Dalam dunia automotif, istilah seperti casis, platform, dan rangka sering digunakan, tetapi sebenarnya ia membawa maksud yang berbeza. Ketiga-tiga ini memainkan peranan penting dalam reka bentuk dan pembuatan kereta. Namun penggunaannya tidak boleh disamakan. Jom kita fahami apa itu casis, platform, dan rangka kereta serta perbezaan antara mereka.
Casis adalah bahagian pembawa beban dalam struktur kereta yang menghubungkan komponen-komponen mekanikal lain. Ia adalah bahagian mendatar yang memainkan peranan penting dalam pemindahan kuasa daripada unit pemacu ke roda. Casis juga mempunyai pengaruh besar terhadap tingkah laku pemanduan kereta.
Komponen utama dalam casis termasuk sistem brek, stereng, pemacu, dan suspensi. Semua sistem ini bekerjasama untuk memastikan kereta dapat bergerak, berhenti, dan berfungsi dengan selamat.
Casis kereta datang dalam pelbagai reka bentuk, bergantung pada tujuan dan keperluan kenderaan. Berikut adalah beberapa jenis casis yang biasa digunakan:
Jenis ini adalah antara reka bentuk casis tertua. Ia terdiri daripada dua rasuk (beam) panjang yang disokong oleh rasuk pendek, membentuk struktur seperti tangga. Biasanya digunakan pada kenderaan lasak dan komersial, seperti Ford Transit. Walaupun kukuh dan mudah diubah suai, reka bentuk ini semakin jarang digunakan kerana beratnya yang tinggi.
Casis ini terdiri daripada tiub berbentuk segi empat yang terletak di tengah struktur kereta, menghubungkan suspensi bawah dan atas. Reka bentuk ini menawarkan kestabilan yang baik, menjadikannya pilihan popular untuk kenderaan lasak.
Casis monocoque adalah pilihan paling popular dalam industri automotif moden. Ia menggabungkan casis dan bahagian atas kereta, menghasilkan struktur kompak yang kuat. Kelebihannya termasuk keselamatan yang tinggi, ketegaran torsi yang baik, dan kemudahan pembaikan.
Digunakan terutamanya dalam kereta lumba, reka bentuk ini menyerupai casis rangka tangga tetapi lebih kukuh. Ia memberikan tahap keselamatan yang tinggi semasa kemalangan. Namun, kos pembuatannya sangat tinggi, menjadikannya jarang digunakan dalam kereta penumpang biasa.
Platform kereta adalah istilah yang lebih umum dan merujuk kepada satu set ciri reka bentuk dan struktur yang dikongsi antara pelbagai model atau jenama kenderaan. Platform ini direka untuk mengurangkan kos pembuatan dan mempercepatkan pengeluaran.
Sebagai contoh, platform boleh merangkumi komponen seperti casis, sistem suspensi, enjin, sistem ekzos, dan transmisi. Pengeluar biasanya menyesuaikan reka bentuk kenderaan mereka berdasarkan komponen standard ini, dengan pengubahsuaian yang diperlukan.
Rangka adalah elemen struktur badan kereta dan sering disalah anggap sebagai casis. Sebenarnya, casis adalah sebahagian daripada rangka. Dalam kebanyakan kereta moden, konsep “unibody” digunakan, di mana struktur bawah dan atas kereta digabungkan dalam satu struktur yang dikimpal.
Walaupun istilah casis, platform, dan rangka sering digunakan secara bergantian, setiap satunya mempunyai peranan unik dalam reka bentuk kereta. Memahami perbezaan ini membantu kita menghargai kerumitan dan kejuruteraan yang terlibat dalam pembuatan kenderaan. Dengan reka bentuk yang tepat, setiap komponen ini menyumbang kepada keselamatan, prestasi, dan kecekapan kenderaan.
Antara soalan yang selalu ditanya untuk kereta baru adalah penjagaan cat kereta. Nak buat polish, wax atau coating, semuanya terpulang pada anda. Jadi apa perbezaan polish, wax dan coating ni?
Tugas-tugas mengilatkan kenderaan anda adalah langkah awal dan paling asas. Polish bertujuan untuk mengilatkan kereta di samping cara membuang kotoran yang tidak dapat ditanggalkan dengan cara cucian biasa.
Selalunya jika ada calar-calar halus, polish cukup untuk menutup tanda-tanda yang tidak diingini tersebut. Kekurangan polish adalah ia tidak memberikan apa-apa perlindungan ke atas cat kereta.
Wax merupakan suatu lapisan yang melindungi permukaan cat selepas dikilatkan. Walaubagaimanapun, lapisan wax akan habis dalam jangka masa sekitar 3 bulan. Bergantung kepada keadaan. Kelebihan wax adalah ia lebih murah berbanding coating namun hanya bertahan 3 bulan akibat terhakis dengan panas dan kelembapan.
Coating juga merupakan satu lapisan untuk melindungi cat kereta. Walaubagaimanapun, proses melakukan coating lebih lama dan lebih rumit. Pembetulan warna cat dan tambahan sinar dilakukan sebelum lapisan coating ini dilakukan. Coating juga mampu bertahan lebih lama dengan penjagaan yang betul.
Antara mitos yang selalu digembar-gemburkan oleh peniaga spa kereta atau yang seangkatan dengannya selalu mendakwa bahawa kereta akan tahan calar selepas coating. Tak perlu selalu basuh kereta dan sebagainya.
Perkongsian daripada Lawrence Tey, pemilik Finest Auto Detailing Centre mendakwa sebaliknya. Anda perlu lebih kerap mencuci kereta selepas melakukan coating kerana selepas lapisan coating diletakkan.
Ia memudahkan kotoran untuk dicuci kerana kotoran tidak mudah ‘melekat’ pada permukaan kenderaan. Hal ini kerana pori-pori mikro pada permukaan cat telah ditutup oleh lapisan coating. Lapisan coating maksimum yang disyorkan adalah sekitar 2 hingga 3 lapisan sahaja. Satu lapisan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau lebih dari 3 lapisan, ia akan jadi membazir.
Tayar adalah salah satu komponen paling penting bagi lori komersial, terutama untuk memastikan kelancaran operasi harian.
Namun, apabila tayar tidak dijaga dengan baik, ia boleh menjadi punca kemalangan serius. Dalam beberapa kes, tayar boleh tercabut dan menyebabkan kemalangan. Seperti yang berlaku beberapa minggu ini di lebuhraya tempatan yang menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak bersalah.
Dalam kes lain pula, tayar yang rosak boleh mengakibatkan lori hilang kawalan dan bertembung dengan kenderaan lain. Jadi, berapa kerap tayar lori sebenarnya perlu diganti?
Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Federal Motor Carrier Safety Administration (FMCSA).
Tayar kenderaan komersial perlu memenuhi piawaian keselamatan tertentu, termasuk keperluan beban, tekanan angin, dan bebas daripada kecacatan. Namun begitu, tiada garis panduan yang spesifik tentang tempoh penggantian tayar lori.
Sebaliknya, FMCSA menekankan bahawa setiap tayar perlu mempunyai kedalaman bunga tertentu. Sebagai contoh, tayar lori mesti mempunyai kedalaman bunga sekurang-kurangnya 2/32 inci. Manakala tayar bahagian hadapan memerlukan kedalaman sekurang-kurangnya 4/32 inci.
Semasa pemeriksaan, kedalaman ini diukur pada bahagian alur utama tayar. Jika ada bahagian tayar yang mempunyai kedalaman bunga kurang daripada standard ini, tayar tersebut mesti diganti.
Peraturan ini turut menyentuh penggunaan tayar celup, regrooved, atau retread. Walaupun tayar celup tidak dibenarkan untuk bas komersial, ia dibenarkan untuk lori komersial dengan syarat kemampuan beban tayar tersebut tidak melebihi 2,231 kg.
Secara umumnya, tayar lori disarankan untuk diganti setiap tiga hingga enam tahun. Namun, tempoh ini bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan jalan, cara pemanduan, dan penyelenggaraan berkala.
Penjagaan dan pemeriksaan rutin adalah kunci utama untuk menentukan bila tayar perlu diganti. Selain itu, jarak perjalanan atau mileage juga boleh dijadikan penanda aras. Dengan rekod jarak yang tepat, syarikat pengangkutan boleh mengira jumlah kilometer yang telah dilalui setiap tayar.
Hakikatnya, menentukan masa yang tepat untuk menggantikan tayar lori tidak semudah yang disangka. Oleh itu, syarikat pengangkutan dinasihatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan. Menggantikan tayar lebih awal adalah langkah bijak untuk mengelakkan risiko yang lebih besar.
Menggantikan tayar lori pada waktu yang tepat bukan sahaja penting untuk keselamatan pemandu, tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.
Dengan mematuhi piawaian keselamatan, melakukan pemeriksaan berkala, dan menggantikan tayar sebelum ia melebihi jangka hayat, risiko kemalangan akibat tayar rosak dapat dikurangkan.
Bagi pemandu atau pemilik lori, pastikan anda tidak mengambil ringan soal penyelenggaraan tayar. Ingat, melabur dalam tayar yang berkualiti dan menjaga keadaannya adalah pelaburan untuk keselamatan di jalan raya dan mampu menyelamatkan nyawa diri dan orang lain.
KLIMS 2026 Kembali Dengan Fokus Mobiliti Pintar dan Teknologi Hijau
Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 secara rasminya membuka tirai di Malaysia International Trade...