Automotif

Pengeluaran CKD GWM HAVAL H6 HEV Capai 1,000 Unit di Malaysia

Share

Pengeluaran 1,000 Unit

Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini meraikan pencapaian membanggakan dengan pengeluaran unit ke-1,000 GWM HAVAL H6 HEV.  Kilang pemasangan EP Manufacturing Berhad (EPMB) bertempat di Melaka. 

Kejayaan ini memperlihatkan usaha berterusan GWM dalam menyediakan kenderaan berkualiti tinggi yang mesra alam sekaligus memenuhi permintaan tempatan terhadap mobiliti hibrid. 

Dengan pengumuman ini, penghantaran model ke-1,000 kepada pelanggan seluruh negara telah pun bermula.

Kombinasi Lengkap Sebuah SUV

SUV hibrid ini semakin menjadi pilihan pengguna Malaysia yang prihatin terhadap kelestarian alam. Dengan kombinasi prestasi, kecekapan bahan api, dan harga yang kompetitif. 

GWM HAVAL H6 HEV membuktikan dirinya sebagai pilihan ideal bagi pemandu yang mahukan teknologi inovatif serta mesra alam. Pencapaian ini juga mencerminkan peralihan gaya hidup rakyat Malaysia ke arah penggunaan kenderaan hijau.

Proses pengeluaran model ini melibatkan standard ketat dan kepakaran jurutera berpengalaman dari GWM Global. Rekaan HAVAL H6 HEV bukan sahaja memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa tetapi juga memberikan prestasi yang luar biasa kepada pengguna. 

Dengan langkah ini, GWM terus menunjukkan komitmen terhadap pematuhan piawaian global dalam usaha menyokong pasaran tempatan yang semakin berkembang.

Pengarah Urusan GWM Malaysia

Cui Anqi, “Kejayaan ini adalah bukti dedikasi kami terhadap kualiti. Kami pastikan setiap unit HAVAL H6 HEV memenuhi standard antarabangsa untuk menawarkan kebolehpercayaan dan kepuasan kepada pelanggan.”

Ciri dan Teknologi Unggul GWM HAVAL H6 HEV

HAVAL H6 HEV hadir sebagai SUV segmen C dengan enjin hibrid turbo 1.5L yang menggabungkan kuasa petrol dan elektrik. Menghasilkan kuasa maksimum 243 PS serta tork 530 Nm. 

Dengan teknologi ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT), SUV ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 7.7 saat. Kecekapan bahan api juga mengagumkan, iaitu 5.8L/100 km, membolehkan perjalanan sehingga 1,000 km dengan satu tangki penuh.

Untuk menambah keselesaan, model ini dilengkapi jarak roda 2,738 mm. Memberikan ruang lebih luas dan pengalaman pemanduan premium untuk semua penumpang. GWM HAVAL H6 HEV ditawarkan pada harga RM139,800. 

Dengan pilihan warna menarik seperti Energy Green, Ayers Silver, Crayon Grey, Hamilton White, dan Sun Black.

Pakej Waranti Eksklusif

Sebagai tanda penghargaan, GWM Malaysia menawarkan pakej waranti menarik kepada pemilik HAVAL H6 HEV:

  • Waranti Enjin 10 tahun atau 1,000,000 km.
  • Waranti Sistem HEV 8 tahun atau 1,000,000 km.
  • Waranti Penuh Kenderaan 7 tahun atau 200,000 km.

Tertakluk kepada terma dan syarat, eksklusif untuk pemilik pertama.

Jika anda berminat untuk menerokai teknologi hibrid ini, kunjungi bilik pameran GWM terdekat atau layari laman web rasmi untuk maklumat lanjut. Tempah pandu uji sekarang dan alami sendiri kehebatan pemanduan masa depan!

Dari GWM Malaysia

Baca Juga GWM Perkenal TANK 500 dan WEY 80 di KLIMS 2024

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan