Awal tahun ini Porsche telah mempersembahkan model Macan elektrik sepenuhnya yang terbaharu. Generasi kedua SUV ini diperkenalkan di Singapura secara langsung dari acara Porsche Newsroom.
Michael Mauer, Naib Presiden Gaya Porsche, memberikan pandangan tentang proses reka bentuk sebelum perasmian model tersebut.
Menurut Michael, Macan baharu adalah model pertama yang dielektrifikasi dari identiti produk sedia dan ia jelas diterima dari orang ramai.
Kredit Foto: Porsche
Menurut pandangannya, setiap model baharu harus dapat dikenali dengan jelas sebagai sebahagian daripada keluarga produk Porsche dan model yang berkaitan, tetapi juga harus dianggap sebagai ‘yang baharu’.
Ads
Mauer percaya bahawa konsistensi visual sangat kritikal bagi jenama Porsche. Menjaga keseimbangan yang tepat antara “keluaran khas Porsche” dan “inovatif” pada masa yang sama sudah tentu merupakan tugas yang rumit, akui pereka itu.
Pertukaran enjin pembakaran dalaman ke sistem elektrik sepenuhnya pada Macan membawa cabaranke tahap lain bagi pasukan Porsche. Enjin elektrik menawarkan tahap fleksibiliti yang baru tetapi menimbulkan cabaran yang tersendiri.
Kredit Foto: Porsche
Sebagai contoh, bateri merupakan komponen yang agak besar yang memerlukan banyak ruang dan boleh mengganggu nisbah lebar-tinggi yang sudah sedia ada. Selain itu, aerodinamik memainkan peranan besar dalam julat sebuah kereta sukan elektrik.
Ads
Secara umum, Porsche telah memutuskan untuk tidak membezakan model elektriknya daripada kereta sukan bermotor pembakaran dalaman. Porsche tetap menjadi Porsche malah Porsche elektrik juga merupakan kereta sukan dalam segmennya tersendiri.
Bagi pemilik kereta, masalah pembentukan garam pada terminal bateri sering kali dianggap sebagai perkara kecil. Namun, isu ini sebenarnya boleh menjadi petanda awal masalah yang lebih besar dalam sistem elektrik kereta.
Pembentukan garam pada terminal bateri disebabkan oleh tindak balas antara gas hidrogen yang dilepaskan ketika proses pengecasan dan nyahcas berulang kali. Gas hidrogen ini bertindak balas dengan bahan terminal bateri seperti tembaga, aluminium, atau plumbum, yang akhirnya menyebabkan deposit garam terbentuk.
Apabila garam terbentuk pada terminal bateri, ia boleh memberi petunjuk tentang keadaan sistem elektrik kereta. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian:
Untuk menangani masalah ini, terdapat tiga langkah mudah yang boleh diikuti bagi memastikan sistem elektrik kereta berfungsi dengan baik dan mengelakkan sebarang kerosakan yang lebih serius:
Langkah pertama adalah membersihkan garam yang terbentuk pada terminal bateri. Beberapa kaedah yang boleh digunakan termasuk:
Langkah seterusnya adalah memastikan sistem elektrik kereta berfungsi dengan baik. Ini termasuk memeriksa prestasi alternator dan tahap pengecasan bateri. Disarankan agar pemeriksaan ini dilakukan di bengkel yang khusus untuk memastikan bacaan yang tepat dan pembaikan yang sesuai dapat dilakukan.
Keselamatan adalah aspek penting ketika mengendalikan bateri kereta. Beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil termasuk:
Meskipun pembentukan garam pada terminal bateri mungkin kelihatan seperti masalah kecil, ia boleh menjadi petunjuk awal kepada isu yang lebih besar dalam sistem elektrik kereta.
Dengan menjaga bateri dan memeriksa sistem pengecasan secara berkala, pemilik kereta boleh mengelakkan kerosakan yang lebih serius dan memastikan kenderaan mereka berfungsi dengan lancar.
Sentiasa utamakan keselamatan dan jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan profesional jika diperlukan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Penyanyi pop sensasi dan pemenang tiga Anugerah Grammy, Dua Lipa, baru-baru ini memperkenalkan kereta idamannya. Sebuah Porsche 911 GT3 RS versi custom, yang direka khas bersama Porsche dan menampilkan livery unik dari Rennstall. Kereta ini pertama kali ditayangkan di acara berprestij Monaco Grand Prix 2025.
Kalau anda peminat kereta prestasi tinggi, atau sekadar peminat Dua Lipa, ini antara kolaborasi yang cukup menarik untuk diperhatikan.
Menurut Porsche, model GT3 RS milik Dua Lipa ini tampil berani dengan gabungan warna “tropical blue” dan “peach frost” yang cukup menyerlah. Bahagian luar dihiasi dengan corak heksagon, ia mencerminkan identiti gaya peribadi Dua Lipa – segar, moden, dan penuh ekspresi.
Satu lagi ciri menarik adalah branding khas “Dua Lipa x Rennstall” yang jelas kelihatan pada bahagian bonet hadapan dan pintu kereta ini. Menurut Porsche, Dua Lipa sendiri terlibat dalam proses mereka bentuk livery tersebut, menjadikannya lebih peribadi dan tulen.
Porsche 911 GT3 RS adalah versi lebih ekstrem dan fokus kepada litar berbanding 911 GT3 biasa.
Di bawah bonet, ia menggunakan enjin 4.0L flat-six NA (aspirasi semula jadi) yang menghasilkan 518 hp dan 465 Nm tork.
Dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan, kereta ini dibina untuk prestasi maksimum atas jalan atau litar.
Bagi menambah lagi keupayaan prestasinya, GT3 RS ini dilengkapi dengan pakej Weissach, yang membawa komponen gentian karbon seperti bumbung dan beberapa panel badan. Serta rim magnesium untuk membantu mengurangkan berat keseluruhan.
Kurang berat = lebih laju di selekoh dan lebih tangkas atas litar!
Walaupun tiada harga rasmi untuk model khas ini, anggaran harga Porsche 911 GT3 RS di Malaysia sahaja sudah mencecah sekitar RM2.6 juta. Dengan customisation eksklusif dan sentuhan selebriti, model milik Dua Lipa ini tentunya jauh lebih tinggi nilainya.
Kereta ini bukan sahaja simbol gaya hidup mewah, tetapi juga menandakan gabungan dunia seni dan automotif berprestasi tinggi. Dengan penglibatan aktif Dua Lipa dalam proses rekaan, ini bukan sekadar projek “letak nama pada kereta”. Tetapi satu kolaborasi penuh personaliti.
Industri dua roda di Malaysia semakin rancak dengan kemasukan model-model elektrik baharu, dan kali ini giliran QJMOTOR Malaysia memperkenalkan skuter elektrik pertama mereka untuk pasaran tempatan, iaitu QJMOTOR E-LTR.
Dengan reka bentuk moden, prestasi praktikal serta harga yang mampu milik, E-LTR bukan sekadar pelengkap barisan produk QJMOTOR, malah menjadi langkah penting jenama ini dalam mendukung transformasi mobiliti hijau negara.
Pelancaran rasmi ini juga menandakan penyertaan QJMOTOR ke dalam segmen skuter elektrik, segmen yang semakin berkembang pesat berikutan sokongan kerajaan terhadap kenderaan mesra alam melalui pelbagai insentif termasuk rebat MARiiCas.
QJMOTOR E-LTR ditawarkan dengan harga jualan RM6,999 sahaja, tidak termasuk caj pendaftaran dan insurans.
Lebih menarik, pemilik baharu turut layak menikmati rebat sehingga RM2,400 di bawah inisiatif MARiiCas, menjadikan skuter ini antara pilihan paling kompetitif di pasaran.
Dua warna rasmi disediakan iaitu Biru Gelap dan Putih, dua tona ringkas tetapi bergaya yang menekankan karekter moden sebuah skuter urban.
Ia boleh didapati di semua pengedar sah Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., pengedar rasmi QJMOTOR di Malaysia.
Dari sudut teknikal, E-LTR digerakkan oleh motor roda elektrik berkuasa maksimum 3,000W dengan sistem penyejukan udara.
Angka tersebut mungkin kedengaran sederhana, tetapi cukup untuk memenuhi keperluan penunggang bandar.
Skuter ini mampu mencapai kelajuan maksimum 70km/j, sesuai untuk kegunaan harian sama ada ulang-alik kerja, penghantaran jarak dekat atau perjalanan santai dalam bandar.
Selain itu, E-LTR direka untuk mendaki cerun dengan sudut sehingga 19°, sekali gus menjadikannya praktikal untuk persekitaran beralun seperti kawasan perumahan berbukit.
Dari segi jarak, bateri penuh membolehkan tunggangan sejauh sekitar 105km, angka yang kompetitif dalam kelasnya.
Lebih fleksibel, pengguna boleh memilih antara tiga mod kelajuan sama ada mod jimat tenaga untuk perjalanan jarak jauh, mod sederhana untuk keseimbangan atau mod maksimum untuk pecutan lebih bertenaga.
Sumber tenaganya datang daripada bateri Lithium-Ion 74V27Ah, dengan dua slot disediakan.
Setiap unit E-LTR datang dengan satu bateri standard, manakala slot kedua boleh ditambah untuk meningkatkan jarak tunggangan.
Untuk pengecasan, dari 30% ke 80% SOC mengambil masa antara 5 hingga 6 jam, bergantung pada keadaan elektrik.
Pengecasan penuh pula membolehkan perjalanan lebih 100km, cukup untuk kegunaan seharian tanpa perlu mengecas berulang kali.
QJMOTOR E-LTR mempunyai dimensi padat dengan ukuran 1,890mm panjang, 710mm lebar, dan 1,100mm tinggi, menjadikannya sesuai untuk celah-mencelah di laluan bandar.
Dengan jarak roda 1,310mm serta ketinggian tempat duduk hanya 760mm, ia mesra untuk penunggang pelbagai saiz tubuh.
Berat keseluruhan pula hanya 98.5kg tanpa bateri, menjadikan skuter ini antara model elektrik yang ringan, mudah dikawal dan senang diparkir di ruang sempit.
Bagi aspek kendalian, E-LTR dilengkapi penyerap hentak hidraulik di bahagian hadapan dan suspensi hidraulik berkembar di bahagian belakang.
Konfigurasi ini direka untuk memberikan keselesaan optimum walaupun di permukaan jalan tidak rata.
Sistem membrek pula menggunakan cakera hidraulik dengan teknologi CBS (Combi Brake System) pada kedua-dua roda, memastikan keselamatan lebih baik terutama dalam situasi kecemasan.
Ia dipadankan dengan tayar 100/90-R12 di hadapan dan 110/90-R12 di belakang, kombinasi yang memberi keseimbangan di antara cengkaman dan kestabilan.
Sebagai skuter generasi baharu, QJMOTOR E-LTR tidak ketinggalan menawarkan pelbagai ciri moden:
Paparan meter digital LCD dengan bacaan jelas
Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, belakang, signal dan hazard
Port pengecasan USB bagi kemudahan mengecas telefon pintar
Suis keselamatan tongkat sisi dan sistem kunci anti-kecurian untuk keselamatan tambahan
Ruang simpanan praktikal, termasuk poket depan berkembar dan ruang bawah tempat duduk
Kerusi premium bertekstur, meningkatkan keselesaan perjalanan harian
Satu lagi ciri menarik ialah fungsi Error Code (ERR) yang memaparkan kod ralat jika berlaku masalah teknikal, memudahkan pengguna mengenal pasti isu sebelum menghantar ke pusat servis.
QJMOTOR menawarkan jaminan pengeluar 2 tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu), memberikan ketenangan kepada pembeli.
Tambahan lagi, pemilik boleh membeli alat ganti tulen secara dalam talian melalui platform rasmi Mforce Bike Holdings, sekali gus memastikan ketersediaan selepas jualan lebih terjamin.
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...