Penang Autoshow 2026 Jadi Pentas Dua Pencapaian Penting PRO-NET
PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON Holdings Berhad, mencatat dua perkembangan signifikan sempena Penang Autoshow 2026 apabila memperkenalkan warna baharu Jade Green untuk Proton e.MAS 5 serta membawa buat pertama kali platform Global Modular Architecture (GMA) ke rantau Utara Malaysia.
Warna Baharu Jade Green Tarik Perhatian Pengunjung
Sebagai model EV nombor satu di Malaysia dengan lebih 8,000 unit telah diserahkan setakat tahun ini, Proton e.MAS 5 menjadi tarikan utama dengan penampilan warna baharu Jade Green yang lebih segar dan moden.
Model ini turut dipamerkan bersama Proton e.MAS 7 PHEV yang hadir dengan warna Emerald Green, sekali gus memperluaskan pilihan dalam barisan e.MAS.

Platform GMA Perkukuh Teknologi EV dan PHEV PRO-NET
Selain model kenderaan, PRO-NET turut mempamerkan platform Global Modular Architecture (GMA) buat kali pertama di Malaysia.
Platform ini menjadi asas kepada pembangunan model EV dan PHEV jenama tersebut, direka dengan fokus kepada fleksibiliti, keselamatan dan prestasi.
Ia dilengkapi teknologi seperti motor bersepadu tinggi, struktur keluli berkekuatan tinggi sekali gus memberikan gambaran lebih jelas kepada pengguna tentang kelebihan teknologi elektrifikasi berbanding enjin pembakaran dalaman konvensional.
Usaha Perluas Kefahaman EV Dalam Kalangan Rakyat Malaysia
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, pengenalan warna baharu serta pameran platform GMA ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan penerimaan EV di Malaysia.
Inisiatif ini juga bertujuan membantu pengguna memahami teknologi EV dengan lebih mudah dan praktikal.
Peluang Pandu Uji dan Menang Emas Menanti Pengunjung
Pengunjung Penang Autoshow 2026 turut berpeluang mencuba sendiri rangkaian model Proton e.MAS termasuk e.MAS 5, e.MAS 7 dan e.MAS 7 PHEV menerusi sesi pandu uji yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mei 2026.
Menariknya, kempen “Golden Test Drive” turut dianjurkan, memberi peluang kepada peserta memenangi jongkong emas menerusi konsep “30 Gold Bars in 30 Days”.
Kempen ini berlangsung dari 13 April hingga 17 Mei, dengan sejumlah 30 unit jongkong emas seberat 3 gram ditawarkan sepanjang tempoh lima minggu.
Baca Juga : Proton e.MAS 7 PHEV Hadir Dengan Warna Baharu
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!






