Ads

Proton e.MAS 7 PHEV Hadir Dengan Warna Baharu

Pilihan Warna Baharu Proton e.MAS 7 PHEV

Proton melalui anak syarikatnya PRO-NET terus mengukuhkan penawaran kenderaan elektrifikasi dengan memperkenalkan warna baharu Emerald Green untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

Warna ini ditawarkan sebagai pilihan kekal dalam barisan model sedia ada, sekali gus memberi lebih variasi kepada pembeli yang mahukan kelainan visual yang lebih elegan dan moden.

Proton e.MAS 7 PHEV Hadir Dengan Warna Baharu

Sambutan Memberangsangkan Sejak Pelancaran

Sejak diperkenalkan pada awal 2026, model ini menerima sambutan positif dalam segmen plug-in hybrid (PHEV). Momentum ini mencerminkan keyakinan pengguna tempatan terhadap teknologi elektrifikasi Proton, malah jenama e.MAS kini dilihat semakin kukuh dalam pasaran EV Malaysia dengan prestasi jualan yang kompetitif.

Harga Menarik, Fokus Kepada Nilai Jangka Panjang

Menurut pihak PRO-NET, varian Proton e.MAS 7 PHEV Prime ditawarkan pada harga bermula RM105,800, menjadikannya antara pilihan PHEV yang kompetitif dalam pasaran. Selain penjimatan bahan api, kos penyelenggaraan yang rendah serta ruang kabin yang praktikal menjadikan model ini sesuai untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.

Ads

Proton e.MAS 7 PHEV Hadir Dengan Warna Baharu

Teknologi EM-i Hybrid

Di bawah bonet, model ini dikuasakan oleh sistem EM-i Advanced Hybrid yang menggabungkan enjin 1.5 liter khas untuk hibrid bersama transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 11-dalam-1. Sistem ini mampu menghasilkan kuasa 160 kW dan tork 262 Nm, dengan kecekapan sistem mencecah sehingga 92.5%.

Lebih menarik, enjin ini mencapai kecekapan terma sehingga 46.5%, satu angka yang sangat tinggi dalam kelasnya, sekaligus membantu mengurangkan penggunaan bahan api tanpa menjejaskan prestasi.

Ads

Mod Pemanduan Fleksibel Ikut Keperluan

Proton e.MAS 7 PHEV turut menawarkan tiga mod pemanduan utama iaitu Pure, Hybrid dan Power. Sistem ini juga bijak menukar operasi antara mod EV, hybrid siri dan hybrid selari secara automatik mengikut situasi pemanduan. Untuk kegunaan harian, kebanyakan perjalanan boleh dilakukan dalam mod elektrik sepenuhnya atau semi-elektrik, sekali gus menjimatkan kos bahan api.

Proton e.MAS 7 PHEV Hadir Dengan Warna Baharu

Ads

Jimat Minyak, Kos Pemilikan Lebih Rendah

Dari segi kecekapan, model ini mencatat penggunaan bahan api serendah 4.3L/100km. Malah, kos servis selama 10 tahun dianggarkan di bawah RM8,000, menjadikannya setanding dengan kos pemilikan sebuah EV berbanding kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) konvensional.

Tempahan Kini Dibuka di Seluruh Malaysia

Bagi yang berminat, tempahan untuk warna baharu Emerald Green kini telah dibuka. Pelanggan boleh membuat tempahan melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau terus ke rangkaian lebih 50 pengedar sah di seluruh negara.

Baca Juga : PROTON Tawar Pakej Servis Khas Untuk Kenderaan Luar Jadual Penyelenggaraan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

JETOUR Dashing Dark Warrior Edition Dilancarkan, Harga Bermula RM116,800

JETOUR Dashing Dark Warrior Edition Dengan Sentuhan Lebih Agresif JETOUR Malaysia memperkenalkan varian baharu SUV mereka menerusi JETOUR Dashing Dark Warrior Limited Edition yang tampil...