Ads

Proton e.MAS 7 PHEV Buat Kemunculan Awal di Pavilion Bukit Jalil

Proton e.MAS 7 PHEV Tampil Buat Pertama Kali kepada Umum di Karnival Tahun Baru Cina 2026

Proton New Energy Technology (PRO-NET), anak syarikat milik penuh PROTON, memperkenalkan buat pertama kali kepada umum model Proton e.MAS 7 PHEV melalui Karnival Musim Bunga Tahun Baru Cina 2026 yang berlangsung di Piazza, Pavilion Bukit Jalil.

Berlangsung selama 11 hari bermula 15 hingga 25 Januari 2026, karnival anjuran bersama Mango Media ini menjadi platform penting buat PRO-NET untuk mendekatkan jenama Proton e.MAS kepada orang ramai dalam suasana perayaan yang lebih santai dan mesra keluarga.

Ia sekali gus menandakan antara penampilan sulung terawal e.MAS 7 PHEV sejak tempahan rasmi dibuka di Malaysia.

Proton e.MAS 7 PHEV Buat Kemunculan Awal di Pavilion Bukit Jalil

Peluang Melihat Lebih Dekat Model PHEV Terbaharu PROTON

Menerusi pameran ini, pengunjung berpeluang melihat secara dekat Proton e.MAS 7 PHEV yang bakal menjadi antara model hibrid plug-in dalam barisan elektrifikasi PROTON.

Kehadiran model ini mencerminkan hala tuju strategik syarikat dalam menawarkan pilihan kenderaan elektrifikasi yang lebih praktikal untuk kegunaan harian, terutamanya bagi pasaran tempatan yang masih berada dalam fasa peralihan ke arah mobiliti elektrik sepenuhnya.

Proton e.MAS 7 PHEV Buat Kemunculan Awal di Pavilion Bukit Jalil

Ads

Dipamerkan Bersama Proton e.MAS 5

Selain e.MAS 7 PHEV, PRO-NET turut mempamerkan model elektrik yang baru dilancarkan, Proton e.MAS 5, sepanjang tempoh karnival.

Kehadiran kedua-dua model ini membolehkan pengunjung melihat sendiri perbezaan pendekatan elektrifikasi yang ditawarkan oleh jenama Proton e.MAS, merangkumi kenderaan elektrik sepenuhnya dan juga hibrid plug-in.

Pameran ini turut menjadi medium pendidikan kepada pengguna untuk lebih memahami teknologi elektrifikasi, daripada aspek penggunaan harian, kemudahan pengecasan, hinggalah kepada potensi penjimatan kos jangka panjang.

Peraduan “Snap, Share & Win!” Tambah Kemeriahan

Bagi memeriahkan lagi acara, PRO-NET memperkenalkan peraduan “Snap, Share & Win!” yang dibuka kepada semua pengunjung karnival. Melalui peraduan ini, pengunjung hanya perlu mengambil gambar bersama Proton e.MAS 7 PHEV yang dipamerkan di lokasi acara dan memuat naik gambar tersebut ke akaun media sosial peribadi mereka mengikut syarat yang ditetapkan.

Ads

Peserta yang ingin melayakkan diri untuk memenangi hadiah utama juga perlu membuat tempahan Proton e.MAS 7 PHEV di mana-mana pengedar sah PROTON.

Seorang peserta yang memenuhi semua syarat akan dipilih untuk memenangi sebuah Proton e.MAS 5 Prime, menjadikan peraduan ini antara tawaran paling menarik sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Sebagai alternatif, sekiranya pemenang yang terpilih tidak membuat tempahan Proton e.MAS 7 PHEV, hadiah wang tunai bernilai RM1,000 akan diberikan melalui Touch ’n Go eWallet. Pengumuman pemenang dijadualkan pada penghujung Februari 2026.

Ads

Proton e.MAS 7 PHEV Buat Kemunculan Awal di Pavilion Bukit Jalil

Tempahan Awal Dibuka, RM99 Sahaja

Bagi pelanggan yang berminat, tempahan Proton e.MAS 7 PHEV kini dibuka dengan bayaran RM99.

Sebagai insentif kepada pemilik awal, PRO-NET turut menawarkan rebat RM500 bagi bayaran tempahan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan, serta terhad kepada 5,000 pelanggan pertama.

Langkah ini dijangka mampu menarik minat lebih ramai pengguna untuk mencuba teknologi hibrid plug-in, khususnya mereka yang mahukan keseimbangan antara pemanduan elektrik dan kemudahan enjin pembakaran dalaman untuk perjalanan jarak jauh.

Baca Juga : Proton e.MAS 7 PHEV Dibuka untuk Tempahan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Pusat Pameran BMW Retail.NEXT Lee Motors Dibuka di Alor Setar

BMW Group Malaysia Perkukuh Pengalaman Pemilikan Premium di Utara BMW Group Malaysia terus memperkemaskan strategi pengalaman pelanggan premium menerusi dua inisiatif penting di Utara Semenanjung...