PROTON kini melangkah ke fasa baru dalam usahanya menakluki pasaran antarabangsa dengan memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) model Proton Saga di Mesir.
Langkah ini dilihat sebagai salah satu strategi penting bagi memperluaskan pengaruhnya di peringkat global.
Sebagai tanda rasmi pelancaran, majlis pelepasan 120 unit pek CKD Proton Saga versi pemanduan sebelah kiri (LHD) telah diadakan di Ibu Pejabat Pusat Kecemerlangan Proton – Centre of Excellence Proton.
Majlis tersebut disaksikan oleh tetamu kehormat, termasuk TYT Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Mesir ke Malaysia, Datuk Hanafi Sakri dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, serta Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton. Kehadiran mereka menandakan kepentingan hubungan erat antara Malaysia dan Mesir dalam bidang automotif.
Strategi PROTON
Mengulas mengenai acara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, menyatakan bahawa jualan eksport merupakan elemen utama dalam strategi jangka panjang Proton.
Dengan permulaan operasi CKD di Mesir, Proton kini mempunyai lima kilang luar negara yang terlibat dalam aktiviti pemasangan CKD dan SKD.
Kerjasama dengan rakan kongsi Mesir, Ezz Elarab, yang bermula sejak 2004, telah membolehkan hampir 17,000 unit kenderaan dieksport ke Mesir setakat ini.
Pengembangan terbaru ini dijangka melonjakkan angka eksport dengan lebih 1,400 unit dirancang untuk dihantar ke Mesir pada 2024.
Ads
Proton juga merancang untuk meningkatkan pemasangan tempatan bermula Disember tahun ini di kilang Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF).
Sasaran kapasiti pengeluaran untuk 2025 ialah 5,000 unit Proton Saga, sekali gus memperkukuh kehadiran Proton di pasaran Mesir.
Menurut Steven
Menurut Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu, pemasangan tempatan di Mesir bukan sahaja memenuhi matlamat kerajaan Mesir untuk mengurangkan import kenderaan CBU.
Ads
Namun untuk mencipta peluang pengembangan di masa depan. Proton berhasrat menjadikan Mesir sebagai pusat eksport kenderaan mereka bagi rantau Afrika Utara. Seiring dengan pelancaran model-model baru di masa akan datang.
Bagi tiga tahun pertama hingga akhir 2026, Proton menjangkakan pendapatan eksport CKD ke Mesir mencecah RM570 juta. Tambahan RM20 juta dari eksport alat ganti. Ini menunjukkan potensi besar bagi perkembangan jenama Proton di rantau tersebut.
Kerjasama PROTON
Proton juga sedang giat bekerjasama dengan vendor tempatan dan antarabangsa untuk mengurangkan kos komponen. Dalam pada itu, membangunkan rantaian bekalan bagi operasi pengeluaran luar negara.
Ads
Ini bukan sahaja memberi faedah jangka panjang kepada Proton, tetapi juga menyumbang kepada perkembangan industri automotif global.
Dengan usaha-usaha ini, Proton terus kukuh sebagai pengeksport utama kenderaan Malaysia. Penubuhan kilang CKD di Mesir menjadi satu lagi pencapaian penting dalam sejarah perkembangan jenama ini di peringkat antarabangsa.
Di Bike Shed Moto Show tahun ini di London, BMW memukau ribuan peminat motosikal kustom dengan pelancaran ciptaan unik berasaskan cruiser R12.
Dinamakan ‘Street Ride’, motosikal unik ini merupakan custom R12 pertama di dunia. Ia adalah hasil tangan Pier City Custom (PCC), pembina motosikal yang berpangkalan di West Sussex yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam pengubahsuaian BMW.
PCC sebelum ini telah menghasilkan binaan khas untuk jenama Bavaria ini, mengukuhkan reputasi mereka dalam komuniti motosikal kustom.
Hasil Kerja Tangan Terbaik
Asas kepada ‘Street Ride’ adalah roadster 1270cc standard, yang diubah suai dengan teliti oleh PCC. Pengubahsuaian termasuk sistem ekzos G&G khas dan penyerap hentak belakang Öhlins khas. Kotak udara telah dibuang dan digantikan dengan penapis gaya pod yang terdedah, meningkatkan estetika ganas dan agresif motosikal ini.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Binaan khas tidak lengkap tanpa “body” yang unik. PCC menambah pelindung lumpur depan dan belakang yang istimewa, cowl lampu depan, dan mengecat semula tangki dengan warna oren serpihan logam yang menarik, yang mereka gambarkan sebagai menambah “getaran Seventies yang sebenar.” Perhatian terhadap perincian dan penghormatan kepada masa lalu ini membezakan ‘Street Ride’ daripada binaan khas lain.
Kredit Foto : Website motorcyclenews
Penghargaan dari BMW Motorrad
Pengurus Produk BMW Motorrad Carina Hoefler memuji potensi pengubahsuaian R12 dan menyatakan kekagumannya terhadap kerja PCC pada ‘Street Ride.’ “Kemungkinan pengubahsuaian R12 adalah tanpa had, dan saya rasa R12 kustom Pier City Cycles, ‘Street Ride’, benar-benar menunjukkan potensinya,” katanya. Hoefler amat menghargai penyingkiran kotak udara, dengan menyatakan bahawa ia melengkapi reka bentuk motosikal dengan cantik.
Dengan pertumbuhan populariti pengubahsuaian, BMW dan pembina seperti Pier City Custom berada di barisan hadapan, menolak sempadan tentang apa yang mungkin dan mencipta mesin yang seunik pemiliknya.
‘Street Ride’ adalah bukti kepada semangat inovasi dan kreativiti ini, dan ia pasti meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang menyaksikan debutnya.
Honda Malaysia mengumumkan perlantikan rasmi Encik Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 April 2025.
Beliau menggantikan Encik Hironobu Yoshimura, yang telah memimpin Honda Malaysia selama tiga tahun dengan penuh cemerlang.
Pemimpin Berkaliber
Dengan pengalaman 25 tahun bersama jenama Jepun ikonik ini. Beliau telah menggalas pelbagai peranan kepimpinan di beberapa negara utama seperti Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat. Sebelum dilantik ke posisi tertinggi di Honda Malaysia. Yazaki bertugas dalam Bahagian Operasi Pentadbiran Korporat di ibu pejabat Honda Motor Co., Ltd. di Tokyo.
Dalam kenyataan rasminya, Yazaki melahirkan rasa teruja dan terhormat untuk memimpin Honda Malaysia. “Pasaran Malaysia bukan sahaja pesat membangun, malah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan jenama Honda di rantau Asia dan Oceania.
Saya berhasrat untuk meneruskan momentum positif yang telah dibina sebelum ini dan memastikan Honda Malaysia terus berkembang maju.” ujar beliau dengan penuh semangat.
Tugas Yoshimura Seterusnya
Sementara itu, Encik Yoshimura yang telah menamatkan tugasnya di Malaysia, kini menyambung khidmatnya di ibu pejabat Honda Motor Co., Ltd. di Tokyo.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya di sini. Yoshimura dikenang sebagai pemimpin yang berjaya mengekalkan kedudukan Honda Malaysia sebagai peneraju dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut — satu pencapaian yang bukan calang-calang. Tambahan pula, beliau juga berjaya mengemudi syarikat ini menempuh fasa pemulihan pasca pandemik dengan strategi yang berkesan.
Honda Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada Yoshimura atas sumbangan besar beliau dalam memacu kejayaan syarikat selama ini. Kepimpinan beliau bukan sahaja membawa kestabilan tetapi juga menyuntik keyakinan dalam kalangan kakitangan serta pelanggan Honda di seluruh negara.
Encik Narushi Yazaki – Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia
Visi Lebih Segar
Dengan Yazaki mengambil alih, ramai yang menjangkakan pendekatan dan idea baharu akan diketengahkan untuk terus memperkukuh kedudukan Honda di pasaran Malaysia.
Dengan rekod prestasi yang kukuh dan pengalaman antarabangsa yang luas. Yazaki diyakini mampu membawa nafas baharu dan melangkah lebih jauh. Seiring dengan permintaan pasaran yang semakin mencabar dan dinamik.
Perlantikan ini menandakan satu lagi langkah strategik Honda Malaysia dalam memastikan mereka kekal relevan, inovatif dan terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kita nantikan apakah langkah pertama Yazaki dalam meneruskan legasi kecemerlangan Honda di sini.
Cycle & Carriage Malaysia kini mempamerkan barisan kenderaan terbaharu dari jenama PEUGEOT di Sunway GEO Avenue.
Roadshow yang berlangsung selama dua bulan ini turut meraikan kerjasama strategik antara Cycle & Carriage dan Stellantis Malaysia.
Anda berpeluang melihat secara dekat model terbaharu PEUGEOT yang dipamerkan, termasuk PEUGEOT 408 fastback crossover, SUV PEUGEOT 3008 dan 5008 dan PEUGEOT Landtrek.
Kesemua model ini direka untuk memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup, sambil mengekalkan komitmen PEUGEOT terhadap inovasi, prestasi, dan rekaan yang menawan.
Tawaran Eksklusif Menanti Pembeli
Roadshow ini turut menawarkan promosi eksklusif bagi mereka yang ingin memiliki kenderaan PEUGEOT.
Cycle & Carriage memberikan diskaun menarik sehingga RM42,000 pada beberapa model terpilih.
Pembeli PEUGEOT 3008 boleh menikmati penjimatan sehingga RM40,000, manakala PEUGEOT 5008 pula menawarkan diskaun tertinggi sehingga RM42,000.
Selain itu, PEUGEOT Landtrek turut menawarkan penjimatan sehingga RM30,000.
Setiap pembelian kenderaan PEUGEOT semasa roadshow ini disertakan dengan lima tahun penyelenggaraan percuma untuk alat ganti.
Bagi PEUGEOT 3008 dan 5008, kenderaan tersebut dilengkapi dengan jaminan selama tujuh tahun, manakala PEUGEOT Landtrek didatangkan dengan jaminan lima tahun.
Perkhidmatan Selepas Jualan & Pengembangan Cawangan
Selain daripada tawaran menarik semasa roadshow ini, pelanggan juga boleh menantikan pembukaan semula cawangan Cycle & Carriage di Batu Caves dan George Town.
Kedua-dua cawangan ini akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan khusus untuk pelanggan PEUGEOT.
Cycle & Carriage juga merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.
Mereka juga menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang lebih meluas untuk jenama di bawah Stellantis Malaysia.
Jangan Lepaskan Peluang
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri barisan kenderaan terbaharu dari PEUGEOT di pameran Cycle & Carriage ini.
Datanglah ke Sunway GEO Avenue sebelum 16 November 2024 untuk mendapatkan tawaran eksklusif dan menikmati pengalaman PEUGEOT yang penuh gaya.
Maklumat Pameran
Tarikh: 16 September – 16 November 2024
Lokasi: Sunway GEO Avenue, sebelah Sunway GEO Tower
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...