Sejak Mac 2024, PROTON telah meluaskan kehadirannya di pasaran Caribbean melalui kerjasama strategik dengan ANSA Motors Limited.
Sebuah syarikat automotif terkemuka di Trinidad dan Tobago. Kerjasama ini telah menghasilkan pencapaian yang memberangsangkan, melebihi sasaran jualan awal dengan sambutan yang amat positif daripada pembeli di negara tersebut.
Setakat ini, PROTON telah menghantar 261 unit kenderaan ke Trinidad dan Tobago pada tahun 2024. Melepasi sasaran 101% daripada jumlah kapasiti yang dirancang.
Secara keseluruhan, PROTON telah menghantar sebanyak 366 unit kenderaan ke negara itu sejak tahun kalendar 2023 (CY2023).
Antara model yang dilancarkan ialah SUV terlaris, PROTON X90 dan PROTON X50, yang mula diperkenalkan di pasaran kepulauan Caribbean ini pada 13 Mac 2024.
Permintaan Terus Meningkat
Dengan permintaan yang terus meningkat, ANSA Motors telah meningkatkan sasaran jualannya kepada 300 unit pada tahun 2024.
Pemilihan ANSA Motors sebagai pengedar tempatan adalah berdasarkan rekod prestasi yang cemerlang dan latar belakang automotif yang kukuh.
Sementara itu, model PROTON dipilih kerana kualitinya, reputasi baik di Malaysia, dan kesesuaian ciri-cirinya dengan keperluan geografi dan demografi rantau tersebut.
Ads
Meskipun Trinidad dan Tobago hanya mempunyai populasi sekitar 1.5 juta, perkembangan industri automotif di negara ini setara dengan negara-negara maju.
Pembeli semakin berminat kepada kenderaan hibrid dan elektrik (EV).
Peningkatan pendapatan per kapita di rantau ini juga telah menyebabkan kenderaan mewah semakin mendapat tempat di hati pembeli.
Kehadiran jenama baru seperti PROTON disambut dengan penerimaan yang amat positif.
ANSA Motors
ANSA Motors adalah sebahagian daripada Kumpulan Syarikat ANSA McAL, salah satu konglomerat terbesar di Trinidad dan Tobago.
Ads
Ditubuhkan pada tahun 1919, ANSA Motors telah menjadi peneraju dalam industri automotif. Mereka memperkenalkan jenama-jenama global yang terkemuka ke pasaran tempatan.
Sejarah panjangnya termasuk kerjasama peribadi dengan Henry Ford dan penubuhan kilang pemasangan di Trinidad dan Tobago, menjadikannya subjek kajian di institusi pendidikan tempatan.
Menurut Jerome Borde, Ketua Perniagaan Serantau ANSA Motors, teknologi dan harga berpatutan kenderaan PROTON adalah faktor utama yang memberikan kelebihan kepada mereka di pasaran ini.
“Kami yakin tentang masa depan dan memerlukan jenama yang menawarkan nilai untuk wang dalam segmen yang belum kami terokai. PROTON memenuhi keperluan tersebut,” katanya.
Ads
Sejak pelancarannya, PROTON telah mengeksport 6,501 unit kenderaan siri X ke 18 negara lain termasuk Trinidad dan Tobago, Brunei, Mesir, Nepal, dan Ghana.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, menyatakan bahawa kerjasama ini bukan sahaja memperluas jejak syarikat itu di luar negara tetapi juga mencipta peluang untuk ekosistem tempatan melalui peningkatan kapasiti pengeluaran.
“Kami bersedia untuk menghadapi cabaran, mengambil peluang, dan mencapai kejayaan yang berterusan di pasaran antarabangsa,” tambahnya.
BYD baru-baru ini memperkenalkan teknologi termaju melalui hypercar elektriknya, Yangwang U9, yang memiliki keupayaan unik – melompat sendiri. Termasuk ketika bergerak secara autonomi. Walaupun ciri ini nampaknya mengagumkan, persoalan tetap timbul: sejauh mana ia benar-benar praktikal?
Aksi Lompatan Yang Mengagumkan
Dalam sebuah video pemasaran yang dikeluarkan oleh BYD, Yangwang U9 dipertontonkan melaksanakan aksi lompatan melalui halangan.
Apa yang lebih menarik, semua ini dilakukan tanpa pemandu, sepenuhnya dikawal oleh teknologi pemanduan autonomi kereta tersebut. Video itu menunjukkan U9 melalui trek lurus dengan tiga halangan berbeza.
Halangan pertama ialah lubang berisi air sepanjang 2.5 meter. Ketika menghampiri lubang itu pada kelajuan 120 km/j, kereta ini melompat dengan cara yang unik. Bahagian depan terlebih dahulu memampatkan dan melantun sebelum diikuti oleh bahagian belakang. Setelah berada di udara sejauh enam meter, roda kereta melanjutkan ke bawah untuk pendaratan lembut.
Seterusnya, kereta ini menghadapi barisan paku setinggi 3.5 cm, yang sekali lagi dilepasi dengan lompatan yang sempurna. Halangan terakhir ialah kawasan debu berwarna sepanjang empat meter, yang dilalui dengan mudah sambil meninggalkan awan pelangi di belakangnya.
Teknologi Canggih di Sebalik Aksi
Keupayaan lompatan ini disokong oleh sistem kawalan badan DiSus-X yang canggih, digabungkan dengan teknologi pemanduan autonomi BYD. Selain melompat, sistem ini juga membolehkan U9 melakukan pelarasan ketinggian pada setiap sudut, menghasilkan pergerakan seperti ‘menari’. Ciri ini tidak hairan memandangkan U9 dilengkapi empat motor dengan kuasa keseluruhan 960 kW. Membolehkannya mencapai 0-100 km/j dalam hanya 2.36 saat.
Namun, persoalan praktikaliti tetap timbul. Adakah keupayaan melompat ini benar-benar memberikan manfaat dalam situasi harian? Mungkin ia berguna untuk mengelak halangan kecil seperti bonggol jalan atau membawa kereta pulang dalam keadaan kehilangan satu roda, tetapi manfaat lebih besar masih belum jelas.
Prestasi di Litar
Walaupun dilengkapi teknologi canggih, U9 masih belum mampu menyaingi rekod kelajuan model elektrik lain di litar perlumbaan. Pada November tahun lalu, ia mencatat masa 7 minit 17.9 saat di Litar Nürburgring, ketinggalan di belakang Xiaomi SU7 Ultra (6:46.87) dan Rimac Nevera (7:00.03).
Dengan kelajuan maksimum kurang daripada 280 km/j semasa ujian itu, teknologi suspensinya tidak memberikan kelebihan ketara seperti yang diharapkan untuk hypercar bernilai ¥1.68 juta (±RM840,000).
Inovasi atau Sekadar Gimik?
BYD bukan asing kepada ciri-ciri unik. Sebelum ini, SUV Yangwang U8 yang mampu terapung dalam air selama 30 minit turut mencuri perhatian. Namun, seperti U9, teknologi ini lebih menyerlah sebagai gimik daripada sesuatu yang benar-benar relevan dalam penggunaan seharian.
Walaupun Yangwang U9 menunjukkan kecanggihan kejuruteraan BYD, sukar untuk menafikan bahawa daya tarikannya lebih tertumpu pada aspek promosi berbanding manfaat praktikal. Bagi peminat teknologi, ia pasti mengagumkan. Tetapi bagi pembeli yang mencari nilai praktikal, persoalan utama ialah sama ada inovasi seperti ini benar-benar berbaloi untuk dimiliki.
Volkswagen telah menggegar pasaran dengan pengemaskinian terkini pada model Golf GTI menerusi facelift 2024. Ini bukan sekadar pembaharuan kosmetik, tetapi juga pembaharuan pada bahagian mekanikal hatchback yang dinamakan ‘hot hatch’ ini.
Enjin Lebih Berkuasa
Golf GTI 2024 tetap setia dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo EA888, tetapi kini dengan kuasa yang lebih mengagumkan. Dengan standard 261 hp, ini menandakan peningkatan sebanyak 20 hp yang memacu roda hadapan.
Selamat Tinggal Manual, Selamat Datang DSG
Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, varian manual bagi Volkswagen Golf GTI kini menjadi kenangan. Kini, ia hadir dengan versi automatik DSG tujuh nisbah kelajuan yang eksklusif.
Rekaan Luaran yang Lebih Sporti
Perubahan pada rupa luaran hot hatch ini begitu ketara. Rekaan semula lampu utama dan lampu belakang yang menampilkan grafik baharu memberikan nafas segar. Inspirasi dari rekaan rim Golf terdahulu juga dapat dilihat pada rekaan rim yang baru.
Kredit Foto: Volkswagen
Trim Karbon Pertama Kali
Sebagai yang pertama dalam sejarah, Volkswagen menawarkan varian GTI dengan trim gentian karbon asli dalam kabin. Kini, GTI turut dilengkapi dengan skrin info hibur baharu yang dipertingkatkan, berserta butang kawalan fizikal pada roda stereng. Antara lain, susun atur menu pada skrin juga telah disederhanakan untuk kemudahan pengguna.
Pilihan Warna yang Luas
Golf GTI kini dapat dipersonalisasi dengan pilihan 15 warna luaran empat warna lebih banyak daripada model terdahulu dan juga pilihan bumbung hitam untuk menambah keunikan.
Dengan perubahan ini, Golf GTI 2024 facelift membuktikan bahawa ia bukan sekadar kenderaan, tetapi sebuah karya seni yang menggabungkan prestasi dan gaya dengan penuh kehebatan.
Kita selalu dengar Perodua Myvi digelar “raja jalan raya” kerana jumlahnya yang melimpah dan kerenah pemandunya yang kadang-kadang luar biasa. Kini model paling laris di Malaysia ini akan merebut gelaran “raja litar” dengan pengenalan Myvi Cup dalam Malaysia Speed Festival (MSF).
Mengikuti jejak kejayaan Saga Cup yang diperkenalkan pada 2014. Myvi Cup merupakan kategori baharu yang akan ditampilkan dalam MSF Superturismo. Bermula Pusingan 6 yang dijadualkan pada 10 November di Litar Antarabangsa Sepang Petronas.
Myvi Cup ini sepenuhnya merupakan inisiatif dari MSF dan terbuka kepada semua model Perodua Myvi yang dijual di Malaysia, dengan pelbagai kapasiti enjin. Terdapat dua subkategori dalam Myvi Cup iaitu Pro dan Casual. Ia akan ditentukan berdasarkan penilaian pemandu oleh pihak penganjur perlumbaan.
Keselamatan
Seperti Saga Cup, parameter penting kenderaan perlu dikekalkan, dengan hanya komponen tertentu sahaja dibenarkan untuk ditukar atau dinaik taraf atas tujuan keselamatan. Semua kereta juga wajib dilengkapi dengan senarai peralatan keselamatan yang diwajibkan oleh penganjur.
Untuk memastikan persaingan kekal seimbang, beberapa aspek akan dikawal ketat. Contohnya, brek hadapan mesti mengekalkan kaliper dan rotor cakera asal, manakala brek dram belakang juga perlu dikekalkan.
Komponen seperti rotor cakera brek, pad brek, kasut brek, dan hos brek boleh digantikan dengan alat ganti aftermarket, tetapi mesti mengekalkan dimensi asal.
Enjin pula mesti mengekalkan blok enjin standard di luar dengan throttle body dan manifold inlet asal. Komponen ini boleh diubah suai, namun penampilan luarannya mesti kekal standard. Tidak dibenarkan menambah item tambahan seperti injektor bahan api tambahan dan hos.
Peserta juga perlu menggunakan ECU asal kenderaan, tetapi dibenarkan untuk flash ECU atau menambah unit kawalan tambahan. Namun, ECU standalone tidak dibenarkan sama sekali.
Kotak Gear
Kotak gear asal Perodua Myvi mesti digunakan, dengan hanya nisbah Final Drive dibenarkan untuk diubah. Walaupun nisbah gear boleh diubah suai, sistem Dog Engagement dan gear Sequential tidak dibenarkan. Semua kereta juga mesti kekal dalam konfigurasi pacuan roda hadapan, dan penggunaan Limited-Slip Differential (LSD) tidak dibenarkan.
Adian Yein Khalid, Prinsipal MSF Superturismo, berkata: “Falsafah perlumbaan di MSF sentiasa bertujuan untuk menjadikan persaingan lebih mudah diakses dan mampu disertai oleh orang ramai, dan Saga Cup telah terbukti sangat berjaya dengan lebih daripada 75 buah kereta dan hampir 200 pemandu menyertai setiap pusingan.”
“Myvi adalah model paling popular di Malaysia hari ini dan telah bertahun-tahun berada di puncak sehingga digelar sebagai raja jalan raya. Oleh itu, pengenalan Myvi Cup adalah langkah semulajadi untuk membawa lebih banyak kepelbagaian dalam sukan permotoran,” tambahnya.
Myvi Cup pasti bakal menjadi medan baru untuk pelumba-pelumba di Malaysia bersaing dengan gaya tersendiri di atas litar.
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...