Sedan kebanggaan rakyat Malaysia kini kembali dalam wajah baharu. PROTON hari ini mengumumkan tempahan untuk Saga Serba Baharu yang kini dibuka di semua pengedar sah PROTON di Malaysia.
Dilancarkan buat kali pertama pada tahun 1985, PROTON Saga telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia dari generasi ke generasi. Kini, versi terbaharunya tampil lebih moden dengan reka bentuk yang menarik, teknologi terkini dan prestasi yang lebih efisien hasil sentuhan kejuruteraan anak tempatan di bawah pusat R&D PROTON.
Dibina di atas platform Advanced Modular Architecture (AMA) serba baharu, Saga kali ini menjadi model pertama yang dibangunkan dan disahkan sepenuhnya di Malaysia, dengan bantuan teknikal daripada rakan strategik Geely.
Dengan slogan baharu “Intelligence That Thrills”, Saga Serba Baharu menampilkan kombinasi gaya, keyakinan dan inovasi. Ia menandakan kematangan PROTON dalam aspek kejuruteraan, sekali gus meletakkan sedan nasional ini dalam liga tersendiri di pasaran global.
Menurut Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON,
“Saga Serba Baharu menyerlahkan kematangan kejuruteraan Malaysia, mengubah PROTON daripada simbol kebanggaan negara kepada pesaing automotif global.”
Ads
Empat Teras Utama I.C.O.N.
Model ini diasaskan dengan falsafah I.C.O.N. yang membawa makna tersendiri:
🔹 I – Impressive Performance: Enjin i-GT 1.5L baharu bersama transmisi CVT menawarkan prestasi lebih lancar dengan penggunaan bahan api sekitar 4.9L/100 km. Stereng kuasa elektrik (EPS) baharu memastikan kawalan lebih tepat dan stabil ketika pemanduan harian.
🔹 C – Comprehensive Safety: Dilengkapi sistem ADAS dengan 9 fungsi pintar, enam beg udara dan struktur badan Reinforced Safety Structure (RESS) menggunakan komponen Hot Press Forming, memberikan perlindungan maksimum kepada pemandu dan penumpang.
🔹 O – Optimised Intelligence: Bahagian dalamannya menampilkan dwi-skrin 16 inci bersepadu dan gabungan paparan meter digital dan infotainmen yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Turut disertakan fungsi pintar seperti lampu automatik dan Follow-Me-Home.
Ads
🔹 N – Next-Gen Style: Penampilan luaran diserlahkan dengan lampu utama LED projektor penuh, bar lampu belakang LED penuh, serta gril hadapan bermotif songket.
Saga Serba Baharu hadir dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium dengan lima pilihan warna menarik iaitu Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver dan Snow White. Anggaran harga pula dijangka antara RM40,000 hingga RM50,000, menjadikannya kereta mampu milik untuk rakyat Malaysia.
Ganjaran Eksklusif untuk Tempahan Awal
Bagi pelanggan yang membuat tempahan dari 10 November hingga sebelum pelancaran rasmi, PROTON menawarkan dua ganjaran istimewa:
Ads
1.Servis percuma 1 tahun atau 20,000 km (termasuk alat ganti) 2.Kad Touch ‘n Go edisi terhad Saga Serba Baharu
Tawaran ini hanya sah untuk pendaftaran sebelum 31 Disember 2025.
Bagi memeriahkan suasana menjelang pelancaran rasmi, PROTON akan mengadakan jelajah IKONIK TOGETHER-GATHER daripada 14 hingga 23 November 2025 ke lokasi utama seluruh negara. Acara ini akan menampilkan aktiviti berbentuk gaya hidup, makanan dan budaya, serta penyertaan pempengaruh tempatan bagi mendekatkan lagi Saga dengan rakyat Malaysia.
Lebih empat dekad selepas kelahirannya, PROTON Saga terus membuktikan bahawa ia bukan sekadar kereta rakyat tetapi simbol perjalanan kemajuan negara. Dengan reka bentuk, teknologi dan kejuruteraan yang kini 100% dihasilkan oleh anak tempatan, Saga Serba Baharu menandakan satu era baharu mobiliti nasional.
George Russell menghadiahkan kemenangan sulung musim ini buat pasukan Mercedes selepas memenangi Grand Prix (GP) Kanada yang penuh dramatik. Terutamanya selepas insiden pelanggaran dua rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri dan Lando Norris, pada penghujung perlumbaan.
Permulaan Mantap Russell
George memulakan perlumbaan dari petak utama dan berjaya mempertahankan kedudukan di hadapan Max Verstappen. Dengan pelbagai strategi digunakan oleh pelumba lain, perlumbaan menjadi sukar diramal. Majoriti pelumba utama memilih strategi dua hentian, mencetuskan saingan sengit di pusingan-pusingan terakhir.
Persaingan Sengit dan Insiden McLaren
Ketika Russell mendahului dengan Verstappen rapat di belakangnya, Piastri pula sedang mengejar Kimi Antonelli untuk tempat ketiga. Namun, Piastri turut diasak oleh rakan sepasukannya, Lando Norris.
Tekanan itu membawa padah apabila Norris terlanggar belakang kereta Piastri, menyebabkan beliau terkeluar dari perlumbaan. Norris kemudiannya meminta maaf melalui radio pasukan.
Insiden ini membawa masuk kereta keselamatan (Safety Car), memberi peluang kepada Russell untuk mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat. Seterusnya merangkul kemenangan keempat dalam karier F1 beliau. Verstappen menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Podium Sulung Antonelli, Kedudukan Pelumba Lain
Antonelli, pelumba muda Itali, mencatat sejarah apabila meraih podium pertama dalam kariernya dengan menduduki tempat ketiga. Piastri yang sempat masuk pit ketika Safety Car dikeluarkan, kekal di tempat keempat.
Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat kelima mewakili Ferrari, diikuti rakan sepasukan Lewis Hamilton di tempat keenam. Fernando Alonso dari Aston Martin pula di tempat ketujuh manakala Nico Hulkenberg memberikan mata berharga kepada Kick Sauber di tempat kelapan.
Esteban Ocon menyumbang mata dalam perlumbaan ke-200 buat pasukan Haas dengan menduduki tempat kesembilan. Carlos Sainz dari Williams pula menutup kedudukan 10 teratas. Antara yang tidak berjaya mengutip mata termasuk Ollie Bearman (P11), Yuki Tsunoda (P12) dan Franco Colapinto (P13).
Keputusan dan Penalti
Lando Norris antara tiga pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan akibat kemalangan. Dia dan dua lagi pelumba dikenakan penalti lima saat selepas perlumbaan. Liam Lawson (Racing Bulls) dan Alex Albon (Williams) turut mengalami masalah teknikal dan terpaksa menarik diri.
Petikan Russell
“Ia sesuatu yang luar biasa dapat kembali ke puncak podium,” kata Russell. “Terima kasih kepada semua di kilang yang bekerja keras. Kemenangan ini banyak dibantu oleh pusingan kelayakan luar biasa semalam. Melihat Kimi turut berada di podium menjadikan hari ini sangat bermakna buat pasukan.”
Perlumbaan Seterusnya
F1 akan kembali ke Eropah untuk GP Austria pada hujung minggu 27-29 Jun.
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, telah melancarkan siri baru Ford Ranger Getaways yang menyediakan pengembaraan off-road dan latihan 4×4 untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
Antara aktiviti yang ditawarkan melalui siri ini adalah :
Latihan Off-Road 4×4 Ranger dan Cabaran Rakit Air
Acara ini dijadualkan pada 20 April 2024 di Kampung Ulu Slim, Perak. Sesi ini bukan sahaja melibatkan latihan 4×4, tetapi juga termasuk cabaran rakit air yang menarik sepanjang Sungai Slim. Acara ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran pemanduan mereka sambil menikmati keindahan semula jadi.
Latihan Kemahiran 4WD Sar4Trac
Akan diadakan pada 27 April 2024 di Kampung Beriang, Bau, Sarawak, acara ini direka untuk mengasah kemahiran pengendalian 4×4 bagi beginner hingga pemandu berpengalaman. Latihan yang diadakan oleh Sarawak 4×4 Training Academy ini menerima respons positif daripada sesi interaktif dan pembelajaran langsung di lokasi yang sebenar.
Ford Ranger Getaways bukan sekadar aktiviti luar, tetapi sebuah platform yang membolehkan pemilik Ford Ranger untuk mendapat ilmu yang praktikal dan langsung daripada para pakar. Dengan sesi latihan yang merangkumi aspek keselamatan, teknik pemanduan, dan penggunaan ciri-ciri yang ada pada kenderaan, pemilik diberi peluang untuk menjelajahi pontesi maksimum kenderaan mereka di medan off-road.
Selain peningkatan kemahiran, Ford Ranger Getaways juga menyokong pembinaan komuniti di antara pemilik Ranger. Pemilik Ranger daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai minat yang sama, dapat menjadikan acara ini sebagai platform ideal untuk berkongsi pengalaman, petua, dan membina persahabatan.
Bagi mereka yang berminat, kapasiti acara adalah terhad dan hanya tersedia untuk yang mendaftar awal. Maklumat lebih lanjut mengenai Ford Ranger Getaways dan aktiviti yang akan datang boleh diakses melalui platform e-dagang SDAC-Ford, di mana pendaftaran dan transaksi boleh dilakukan secara dalam talian.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Honda ADV 350 merupakan skuter yang diperkenalkan oleh Honda sebaga daripada siri ADV mereka, yang terkenal dengan reka bentuk yang hampir sama dengan model ADV yang lain tetapi berbeza daripada segi saiz dan kapasiti enjin.
Terdapat khabar angin mengatakan bahawa model motosikal ini akan masuk ke pasaran Malaysia pada tahun ini namun masih belum mendapat kepastian daripada pihak Boon Siew Honda Malaysia berkenaan dengan model ini.
Kredit Foto : Website Honda UK
Namun begitu, sekiranya model ini masuk ke pasaran Malaysia, sudah pasti akan menjadi persaingan sengit kepada model-model skuter maxi yang lain seperti Yamaha X-max 250,Modenas Elegan 250 serta Zontes ZT350.
Honda ADV 350 mempunyai reka bentuk bergaya, menonjol dengan garisan tajam dan rupa yang agresif. Skuter ini dilengkapi dengan lampu depan LED, skrin pelindung angin yang boleh dilaraskan, dan kluster instrumen digital yang menawarkan pelbagai maklumat kepada penunggang.
Kredit Foto : Website Honda UK
Salah satu ciri utama ADV 350 adalah sistem suspensi yang direka untuk menangani pelbagai jenis permukaan jalan. Dengan fork hadapan teleskopik dan penyerap hentakan belakang berganda yang boleh dilaraskan, skuter ini menawarkan kestabilan dan keselesaan dalam perjalanan jauh atau semasa menunggang di jalan yang kasar.
Honda ADV 350 dikuasakan oleh enjin 330cc SOHC eSP+ (enhanced Smart Power) yang menawarkan kuasa dan tork yang mencukupi untuk pecutan yang lancar dan efisien. Mempunyai 31.5 NM Tork serta purata penggunaan bahan bakar 29.4km/l ,Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik CVT, menjadikannya mudah untuk dikendalikan oleh penunggang dari pelbagai peringkat kemahiran.
Kredit Foto : Website Honda UK
Dari segi teknologi, skuter ini dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) untuk keselamatan tambahan, serta Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang membantu mengawal traksi semasa menunggang di permukaan yang licin. Skuter ini juga menawarkan ruang penyimpanan yang luas di bawah tempat duduk, sesuai untuk menyimpan helmet dan barangan peribadi lain.
Honda ADV 350 direka untuk memberikan keselesaan maksimum kepada penunggang dan pembonceng. Tempat duduk yang lebar dan ergonomik, bersama-sama dengan pelindung angin yang boleh dilaraskan, memastikan perjalanan yang selesa walaupun dalam perjalanan jauh. Tambahan pula, skuter ini dilengkapi dengan sistem kunci pintar yang memudahkan akses dan keselamatan.
Kredit Foto : Website Honda UK
Honda ADV 350 adalah tambahan menarik kepada siri skuter Honda, menggabungkan reka bentuk yang tahan lasak, prestasi yang mantap, dan teknologi canggih untuk pengalaman tunggangan yang menyeluruh. Sama ada untuk perjalanan harian di bandar atau pengembaraan off-road, ADV 350 menawarkan fleksibiliti dan keselesaan yang sukar ditandingi.
Sama-sama kita nantikan ketibaan skuter ini di pasaran Malaysia dan rasai sendiri keupayaan serta kehebatannya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Jelajah Mobiliti Elektrik Bersama Cycle & Carriage
Cycle & Carriage kini membawa pengalaman mobiliti elektrik ke seluruh negara dengan memperkenalkan Leapmotor C10, SUV elektrik sepenuhnya...