
Sedan kebanggaan rakyat Malaysia kini kembali dalam wajah baharu. PROTON hari ini mengumumkan tempahan untuk Saga Serba Baharu yang kini dibuka di semua pengedar sah PROTON di Malaysia.
Dilancarkan buat kali pertama pada tahun 1985, PROTON Saga telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia dari generasi ke generasi. Kini, versi terbaharunya tampil lebih moden dengan reka bentuk yang menarik, teknologi terkini dan prestasi yang lebih efisien hasil sentuhan kejuruteraan anak tempatan di bawah pusat R&D PROTON.
Dibina di atas platform Advanced Modular Architecture (AMA) serba baharu, Saga kali ini menjadi model pertama yang dibangunkan dan disahkan sepenuhnya di Malaysia, dengan bantuan teknikal daripada rakan strategik Geely.
Dengan slogan baharu “Intelligence That Thrills”, Saga Serba Baharu menampilkan kombinasi gaya, keyakinan dan inovasi. Ia menandakan kematangan PROTON dalam aspek kejuruteraan, sekali gus meletakkan sedan nasional ini dalam liga tersendiri di pasaran global.
Menurut Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON,
“Saga Serba Baharu menyerlahkan kematangan kejuruteraan Malaysia, mengubah PROTON daripada simbol kebanggaan negara kepada pesaing automotif global.”
Model ini diasaskan dengan falsafah I.C.O.N. yang membawa makna tersendiri:
🔹 I – Impressive Performance:
Enjin i-GT 1.5L baharu bersama transmisi CVT menawarkan prestasi lebih lancar dengan penggunaan bahan api sekitar 4.9L/100 km. Stereng kuasa elektrik (EPS) baharu memastikan kawalan lebih tepat dan stabil ketika pemanduan harian.
🔹 C – Comprehensive Safety:
Dilengkapi sistem ADAS dengan 9 fungsi pintar, enam beg udara dan struktur badan Reinforced Safety Structure (RESS) menggunakan komponen Hot Press Forming, memberikan perlindungan maksimum kepada pemandu dan penumpang.
🔹 O – Optimised Intelligence:
🔹 N – Next-Gen Style:
Penampilan luaran diserlahkan dengan lampu utama LED projektor penuh, bar lampu belakang LED penuh, serta gril hadapan bermotif songket.
Saga Serba Baharu hadir dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium dengan lima pilihan warna menarik iaitu Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver dan Snow White. Anggaran harga pula dijangka antara RM40,000 hingga RM50,000, menjadikannya kereta mampu milik untuk rakyat Malaysia.
Bagi pelanggan yang membuat tempahan dari 10 November hingga sebelum pelancaran rasmi, PROTON menawarkan dua ganjaran istimewa:
1.Servis percuma 1 tahun atau 20,000 km (termasuk alat ganti)
2.Kad Touch ‘n Go edisi terhad Saga Serba Baharu
Tawaran ini hanya sah untuk pendaftaran sebelum 31 Disember 2025.
Bagi memeriahkan suasana menjelang pelancaran rasmi, PROTON akan mengadakan jelajah IKONIK TOGETHER-GATHER daripada 14 hingga 23 November 2025 ke lokasi utama seluruh negara. Acara ini akan menampilkan aktiviti berbentuk gaya hidup, makanan dan budaya, serta penyertaan pempengaruh tempatan bagi mendekatkan lagi Saga dengan rakyat Malaysia.
Lebih empat dekad selepas kelahirannya, PROTON Saga terus membuktikan bahawa ia bukan sekadar kereta rakyat tetapi simbol perjalanan kemajuan negara. Dengan reka bentuk, teknologi dan kejuruteraan yang kini 100% dihasilkan oleh anak tempatan, Saga Serba Baharu menandakan satu era baharu mobiliti nasional.
Baca Juga : PROTON Saga Serba Baharu, Era Baharu Kejuruteraan Tempatan Bermula
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.