Pengeluar kereta nasional, PROTON, telah mengumumkan bahawa tempahan pra-pelancaran untuk PROTON X70 2025 yang dinanti-nantikan kini dibuka. Versi terkini yang dipertingkatkan bagi SUV pertama PROTON ini menampilkan bahagian luar yang diperbaharui dengan ketara. Prestasi yang lebih baik menjadikan ia lebih menarik secara estetik dan memberikan pengalaman pemanduan yang lebih memuaskan.
Hampir enam tahun selepas Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) diperkenalkan untuk SUV segmen C premium. PROTON X70 2025 kini dilengkapi dengan sistem ADAS tahap 2 yang dipertingkatkan untuk keselamatan dan kemudahan yang lebih baik.
Ciri penting lain adalah unit Infotainment Head bersaiz 12.3” bersama sistem ketersambungan Android Auto dan Apple Carplay. Aplikasi PROTON Link juga menerima fungsi tambahan untuk menghidupkan enjin dan menyejukkan kenderaan dari jarak jauh.
Ads
Bahagian dalaman kabin telah dikemas kini dengan tempat duduk kulit Nappa berwarna kelabu batu dan lampu suasana berirama yang pelbagai warna. Maklumat tambahan akan didedahkan semasa pelancaran rasmi tidak lama lagi.
Sama seperti PROTON X50 2024, PROTON X70 2025 akan menawarkan harga dan pakej istimewa untuk pelanggan awal sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan terhadap kami.
Ads
Pelanggan yang berminat digalakkan untuk menghubungi penasihat jualan PROTON atau mengunjungi bilik pameran 3S dan 4S PROTON yang terdekat untuk membuat tempahan dengan bayaran deposit RM500. Tempoh tempahan terbuka sehingga makluman lanjut.
CFMoto nampaknya semakin agresif dalam pasaran motosikal Malaysia, dan kali ini mereka bakal memperkenalkan model 700MT. Sebuah jentera adventure/touring yang lebih mampu milik berbanding model 800MT.
Berdasarkan maklumat yang kami terima, motosikal ini dijangka memasuki pasaran tempatan bulan ini, dengan harga anggaran sekitar RM34,000.
CFMoto 700MT sebenarnya bukan model yang dibangunkan dari awal, tetapi merupakan peningkatan daripada model 650MT. Dengan kapasiti enjin 649cc yang dinaikkan kepada 693cc, jentera ini kini mampu menghasilkan kuasa 74hp pada 8,500rpm dan tork 68Nm pada 6,500rpm.
Kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi enam kelajuan, lengkap dengan sistem slip & assist clutch untuk tunggangan lebih lancar. Namun, model ini tidak dilengkapi mod tunggangan, menjadikannya lebih ringkas tetapi tetap berkuasa untuk perjalanan jauh.
Sebagai motosikal adventure, 700MT hadir dengan beberapa ciri penting untuk keselesaan dan keselamatan: Paparan TFT 5 inci baharu, lengkap dengan dua port USB. Penghadang angin boleh laras secara manual, membantu mengurangkan tekanan angin ketika menunggang. Sistem kawalan cengkaman (TCS) yang boleh ditutup, memberi lebih fleksibiliti mengikut keadaan jalan. Tempat duduk berketinggian 800mm, dengan pilihan tempat duduk lebih tinggi sebagai aksesori tambahan.
Bahagian roda pula menggunakan rim spoked aluminium 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, dibalut tayar bersaiz 110/80 depan dan 150/70 belakang. Suspensi pula terdiri daripada fork USD 43mm yang boleh dilaras. Manakala di belakang terdapat monoshock dengan pelarasan pra beban dan lantunan.
Untuk sistem brek, cakera berkembar di hadapan dan cakera tunggal di belakang hadir bersama ABS untuk keselamatan tambahan.
Motosikal ini turut didatangkan dengan beberapa ciri tambahan yang menjadikannya lebih praktikal untuk perjalanan jauh: Tangki bahan api 20 liter, memastikan jarak tunggangan yang lebih jauh. Semua lampu LED, termasuk lampu utama, lampu belakang, dan lampu isyarat. Penghadang tangan & penghadang bawah enjin, memberikan perlindungan tambahan ketika meredah laluan mencabar. Sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), membantu pemilik memastikan tekanan angin sentiasa optimum. Besi pelindung radiator, untuk mengelakkan kerosakan akibat serpihan jalan.
Dengan harga sekitar RM34K, 700MT bakal menjadi pilihan menarik bagi penunggang yang mahukan motosikal touring/adventure pada harga yang lebih mampu milik. Walaupun aksesori standard yang diberikan mungkin agak ringkas, kemungkinan besar CFMoto akan menawarkan pelbagai aksesori tambahan seperti pannier, top box, dan crash bar untuk mereka yang mahukan lebih keselesaan ketika touring.
Sekiranya model ini benar-benar tiba di Malaysia bulan ini, ia bakal memberikan persaingan sengit kepada model seperti V-Strom 650 dan Versys 650, yang turut berada dalam segmen yang sama.
Adakah CFMoto 700MT akan menjadi pilihan baru bagi peminat motosikal adventure/touring di Malaysia? Nantikan kemunculannya dalam masa terdekat!
Off The Grid (OTG) adalah salah satu inisiatif di bawah payung Art of Speed (AOS), acara besar dalam dunia automotif di Malaysia. Dilancarkan sebagai acara sampingan dalam AOS pada tahun 2022, OTG telah mencapai kejayaan yang menggalakkan dengan sambutan yang positif dari peminat baru dan lama. Dengan pengalaman yang kukuh dalam membina komuniti, OTG bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai komuniti gaya hidup outdoor di Malaysia dalam satu acara berskala besar.
Inspirasi OTG datang daripada FIELDSTYLE, acara gaya hidup outdoor terbesar di Jepun. Dengan minat yang semakin meningkat dalam gaya hidup outdoor di Malaysia, OTG menjadi platform untuk memperkenalkan gaya hidup ini kepada peminat baru. Pada tahun 2024, OTG menjangkakan kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung.
Off The Grid 2024 (OTG 2024) akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) – Dewan A dan kawasan sekitarnya pada 23, 24 & 25 Februari 2024 dari jam 10:00 pagi – 10:00 malam.
Disini kami senaraikan 5 tarikan terbaik di Off The Grid 2024 untuk pengunjung yang berhasrat untuk ke sana;
Selain itu, OTG juga menawarkan pelbagai booth dan vendor yang menawarkan pelbagai produk berkaitan gaya hidup outdoor, makanan, dan banyak lagi. Pemenang Pertandingan Booth Terbaik akan menerima tiket perjalanan ke Jambori FIELDSTYLE 2024 di Nagoya, Jepun.
Pembelian tiket boleh dilakukan secara dalam talian atau pada tarikh acara dengan harga yang munasabah. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://artofspeedmy.com/ atau cari mereka di laman media sosial @artofspeedmy .
Bagi mereka yang suka memecut dan merasai kelajuan luar biasa, ada beberapa lokasi di dunia yang boleh dijadikan destinasi impian. Di Australia, had laju maksimum hanya 130km/j di beberapa kawasan di Northern Territory manakala, negara-negara berikut menawarkan pengalaman pemanduan yang jauh lebih pantas – secara sah!
Pulau kecil di Laut Ireland ini terkenal sebagai syurga bagi peminat kelajuan. Di sini, kira-kira 30% jalan rayanya tidak mempunyai had laju. Selain menjadi lokasi perlumbaan motosikal terkenal, Tourist Trophy (TT), pulau ini juga menarik ramai peminat kereta berprestasi tinggi.
Namun, pihak polis tempatan mengambil pendekatan proaktif untuk mengelakkan pemanduan berbahaya.
Menurut Allan Thomson, Detektif Sersan Unit Polis Trafik Pulau Man, pemandu yang melanggar undang-undang akan diberi peringatan tetapi dialu-alukan untuk kembali menikmati pengalaman unik ini pada masa depan.
Jerman menawarkan pengalaman pemanduan tanpa had laju di lebih separuh daripada rangkaian lebuh rayanya yang sepanjang 13,000km. Walaupun sesetengah kawasan mempunyai had laju 130km/j atau kurang. Banyak seksyen lebuh raya ini membenarkan pemandu memandu mengikut kemampuan dan keadaan jalan.
Menurut Menteri Pengangkutan Jerman, Volker Wissing, tiada keperluan untuk memperkenalkan had laju kerana tanggungjawab memandu terletak pada individu selagi tidak membahayakan orang lain. Mentaliti seperti ini yang patut ada pada setiap pengguna jalan raya di Malaysia.
Abu Dhabi memperkenalkan had laju minimum 120km/j di lorong kanan Sheikh Mohammed bin Rashid Road untuk memastikan aliran trafik lancar. Had maksimum di kebanyakan jalan adalah 140km/j. Namun, terdapat beberapa jalan seperti Abu Dhabi-Al Ain Road yang sebelum ini mempunyai had sehingga 160km/j.
Walaupun had ini telah diturunkan di beberapa bahagian, pengalaman pemanduan di Abu Dhabi masih menjadi pilihan menarik untuk peminat kelajuan.
Di Poland, lebuh raya tol atau autostrada membolehkan pemandu memecut sehingga 140km/j. Kawalan had laju di sini amat ketat, dengan perangkap radar biasa ditemui dan denda dikenakan di tempat kejadian bagi pemandu yang melanggar had.
Sebahagian lebuh raya moden di Bulgaria membenarkan had laju maksimum 140km/j. Namun, denda berat menanti mereka yang melampaui had ini, terutama jika memecut melebihi 50km/j daripada had yang ditetapkan.
Negeri Texas menawarkan pengalaman kelajuan tertinggi di Amerika Syarikat dengan had maksimum 85 batu sejam (137km/j) di State Highway 120 atau lebih dikenali sebagai ‘Pickle Parkway’. Had ini diperkenalkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Bagaimana di Malaysia? Berapa had laju yang sesuai di negara ini berdasarkan keadaan jalan, cuaca, dan paling penting sikap pengguna di sini? Adakah relevan jika kerajaan menaikkan had laju di beberapa kawasan lebuhraya?
Bagi penulis, sebelum berbincang mengenai had laju, setiap pengguna jalan raya perlu diterapkan dengan nilai tanggungjawab dan toleransi terlebih dahulu sebelum kita berbincang mengenai had laju yang sesuai.
Jika kelajuan memacu semangat anda, destinasi-destinasi ini pasti memberikan pengalaman yang tidak terlupakan. Namun, pastikan anda sentiasa mematuhi undang-undang tempatan dan mengutamakan keselamatan, kerana walaupun had laju tinggi, keselamatan tetap menjadi keutamaan.
BMW XM Label Kini Lebih Eksklusif Dengan Sentuhan Rekaan, Prestasi dan Teknologi Terkini
BMW Malaysia terus memperkukuh penawaran model prestasi tinggi mereka menerusi versi terkini...