Masalah serangga dalam kereta memang boleh jadi menyusahkan, kan? Jadi, kami nak kongsi tips halau serangga, semut dan seangkatan dengannya, tapi kita kena kreatif sikit. Pertama sekali, kalau korang nak yang simple, boleh la pasang tinted yang berkualiti untuk tingkap kereta. Tapi kalau nak lagi power, baca ni;
Minyak Peppermint:
Serangga tak suka bau peppermint. Campurkan beberapa titis minyak peppermint dengan air dalam botol semburan. Semburkan campuran ni kat dalam kereta, terutama kat kawasan tingkap. Bau wangi, serangga pun lari terus!
Serbuk Kopi:
Serbuk kopi boleh bertindak sebagai pengusir serangga. Letakkan beberapa bekas serbuk kopi dalam kereta, terutama kat tempat-tempat yang serangga selalu lalu/lepak. Mungkin bau kopi tu pun boleh buat korang rasa lebih bertenaga!
Bunga Lavender:
Serangga juga tak suka bau lavender. Letak pokok lavender atau letakkan pouch lavender dalam kereta anda. Selain halau serangga, korang pun boleh enjoy bau yang menyegarkan.
Ads
Kredit Foto: Taylor Auto Glass
Cuka dan Air:
Campurkan air dengan cuka (vinegar) dalam peratusan 1:1. Letak dalam bekas semburan dan semburkan dalam kereta. Bau cuka tu bukan sahaja halau serangga, tapi juga boleh hilangkan bau yang tak best.
Jaga Kebersihan Kereta:
Jangan bagi makanan bersepah dalam kereta. Serangga suka cari makanan, so kalau kereta bersih, kuranglah peluang diorang nak datang ‘beraya’.
Cuci Kereta:
Buat regular car wash. Kalau kereta bersih, peluang serangga nak lekat kurang. Lagipun, kereta bersih tu memang nampak lebih tenang, untuk anda dan penumpang.
Ads
Jadi, itulah beberapa tips untuk halau serangga dalam kereta. Selamat mencuba dan semoga kereta korang sentiasa bersih dari serangga yang tak diundang!
PROTON telah memperkenalkan PROTON X50 terbaharu kepada pihak media Malaysia sebagai persediaan syarikat untuk pelancaran model pertamanya bagi tahun 2025. Dengan lebih 134,000 unit terjual sejak diperkenalkan pada Oktober 2020.
SUV segmen-B ini telah menjadi model nombor satu dalam kelasnya selama lima tahun berturut-turut. Kini ia menerima kemas kini menyeluruh yang menampilkan gaya serba baharu secara menyeluruh.
Ciri ADAS Tahap 2 yang dinaik taraf, sistem IHU yang dipertingkatkan dengan skrin besar 14.6 inci dan buat pertama kalinya, pengecaman suara (VR) Bahasa Melayu.
Tersedia dalam tiga varian iaitu Executive, Premium, dan Flagship, PROTON bakal memulakan aktiviti pra-pelancaran tidak lama lagi menjelang pelancaran rasmi model ini. Ia bertujuan untuk memperkenalkan ciri-ciri baharunya serta menerima tempahan awal daripada bakal pembeli.
PROTON X50 terbaharu menampilkan reka bentuk luaran yang diperbaharui semula dengan gril dan bampar hadapan baharu, spoiler belakang yang lebih sporty, empat saluran ekzos, skema warna dwi-tona, dan set rim aloi bertekstur yang direka bentuk baharu.
Bahagian dalaman kenderaan juga telah dinaik taraf dengan ketara untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih premium dan berpusatkan pemandu. Termasuk bahan sentuhan lembut. Konsol lantai terapung. Column shifter yang diinspirasikan daripada kereta mewah dan lampu suasana irama 72 warna.
Pelanggan boleh memilih daripada empat warna sedia ada: Snow White, Passion Red, Jet Grey, Armour Silver, dan penambahan baharu yang menarik, Teal Bayou Green.
Kecerdasan dalam kabin adalah teras kepada daya tarikan PROTON X50 terbaharu. Fokus utamanya ialah paparan infotainmen 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. Kini dipertingkatkan dengan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu yang mengukuhkan komitmen PROTON terhadap antara muka yang lebih setempat dan mesra pengguna.
Aplikasi PROTON Link 2.0 terkini seterusnya meningkatkan kemudahan. Menawarkan pengaktifan enjin dan penghawa dingin dari jauh. Kemas kini status kenderaan masa nyata, dan penjadualan temu janji servis – semuanya boleh diakses melalui peranti mudah alih.
Melengkapi ini ialah suite ciri-ciri keselamatan yang teliti. Termasuk column shifter yang diinspirasikan daripada kereta mewah, fungsi tambahan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 dengan Sistem Radar Sisi Belakang (RSRS).
Sistem Bantuan Parkir Automatik (APA) yang dipertingkatkan dan Kamera HD 360 darjah + paparan telus bawah kenderaan 180 darjah. Ini memastikan X50 memberikan kecerdasan dan keyakinan di belakang roda. Disokong oleh penarafan keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang, pemandu boleh menikmati ketenangan fikiran yang sebenar, mengetahui kenderaan kekal responsif dan boleh dipercayai dalam semua keadaan pemanduan.
Dikuasakan oleh gabungan enjin i-GT 1.5 TD baharu yang canggih. Ia hadir dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan yang responsif. Model terbaharu ini menjana kuasa 133 kW dan 290 Nm tork.
Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 7.6 saat — mengatasi PROTON X50 2025 sebanyak 0.3 saat. Dengan peningkatan ketara 4.7% dalam kecekapan bahan api, ia menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi dan ekonomi dalam kelasnya.
“Sebagai model SUV terkemuka dalam rangkaian PROTON, harapan adalah tinggi untuk PROTON X50 terbaharu untuk meneruskan legasi kecemerlangan model ini. Dengan menawarkan pelanggan peningkatan teknologi dan prestasi yang menyeluruh bersama ciri-ciri mewah dan menggabungkannya dengan gaya luaran baharu yang menarik dan sporty.
Kami fikir tawaran terbaru Proton akan menarik minat pelanggan dari semua lapisan masyarakat dan menetapkan semula penanda aras dalam kelas SUV segmen B.
“Dengan evolusinya yang dipacu inovasi. PROTON X50 terbaharu akan mengukuhkan kedudukan jenama yang kuat sambil menarik pelanggan. Dari keluarga kecil dan golongan profesional muda hingga pembeli kali pertama dan penduduk bandar yang celik teknologi.” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SUV baharu yang menarik ini. Lawati laman web rasmi kami untuk mendaftarkan minat anda. Jangan lupa untuk mengikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial utama untuk kemas kini terkini, promosi, dan aktiviti pemasaran menarik untuk PROTON X50 terbaharu.
Adakah anda sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mencuci kereta? Gurcharn Sahota, tukang cuci kereta british yang telah menetapkan piawaian baru untuk perkhidmatan pencucian kereta, dengan harga yang mungkin tidak masuk akan iaitu —£7,200 (Anggran RM9,000) untuk satu cucian kereta.
Gurcharn Sahota hanya menerima tempahan daripada selebriti dan pemilik kereta mewah terkemuka. Pelanggannya terdiri daripada golongan kaya dan terkenal, yang mahukan khidmat cucian kereta yang paling teliti. Setiap cucian kereta adalah sangat bernilai, di mana beliau memastikan tiada butiran kecil yang terlepas pandang.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan ini, beliau menggunakan pelbagai teknik dan produk:
Dedikasi Sahota terhadap kerajinannya jelas kerana beliau menghabiskan masa selama seminggu mencuci Ferrari Enzo yang bernilai jutaan dolar. Walaupun ketika tidur, beliau masih terbayang warna merah yang menawan dari kereta tersebut, membuktikan komitmennya terhadap kesempurnaan.
Walaupun harga yang tinggi dan fakta bahawa ia memerlukan 250 jam untuk mencuci satu kereta, permintaan untuk perkhidmatan beliau sangat tinggi.
Pemilik kereta kaya sanggup menunggu berbulan-bulan untuk temujanji. Tanpa tempahan awal, walaupun kereta mewah seperti Rolls Royce dan Bugatti akan ditolak.
Dalam bidang pencucian kereta, Gurcharn Sahota telah mendefinisikan semula kemewahan, menjadikan perkhidmatannya bukan hanya tentang kebersihan, tetapi satu pengalaman eksklusif untuk golongan elit.
Baru-baru ini, UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan kemas kini penawaran hatchback paling laris mereka iaitu Toyota Yaris IMP 2023.
Berbeza dengan model Yaris negara jiran yang telah mendapat rekaan serba baharu, Yaris IMP 2023 bagi pasaran tempatan masih lagi mengekalkan rekaan facelift 2021, namun dengan penggunaan bampar yang lebih agresif.
Yaris 2023 ini membawakan kit badan yang lebih sporty, pilihan kemasan cat dua tona dengan bumbung berwarna hitam. Terdapat dua varian yang menawarkan rekaan sebegitu, varian 1.5E dan 1.5G.
Bagi bahagian dalaman, ruang papan pemuka (dashboard) kini menampilkan skrin infohibur baharu sebesar sembilan inci yang engkap dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar secara standard.
Turut ditambah adalah pengecasan peranti pintar tanpa wayar, fabrik kerusi yang lebih menonjol dan port USB-C.
Untuk varian 1.5G, terdapat beberapa komponen yang telah ditambah baik seperti, penggunaan roda stereng balutan kulit lembut, perincian paddle shifter yang lebih baik, tag RFID, serta penderia parkir hadapan & belakang.
Mengekalkan enjin 2NR-FE berukuran 1,496 cc yang mampu menghasilkan kuasa 107 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 140 Nm @ 4,200 rpm, digandingkan dengan transmisi CVT.
Dari segi keselamatan, Toyota Safety Sense didatangkan sebagai standard untuk kedua-dua varian termasuklah Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Lorong, Sistem Pemantauan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, 7 beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, serta sistem kamera keliling 3D.
Penawaran varian Yaris 1.5E baharu ini bermula dari RM88,000 manakala Yaris 1.5G bermula daripada RM91,600 (tanpa insurans), lengkap dengan jaminan penuh lima tahun tanpa had perbatuan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Apa Sebenarnya Maksud Angin Lintang?
Kalau anda selalu memandu di lebuh raya, pasti pernah nampak papan tanda amaran “Angin Lintang”. Ramai yang tahu ia berkaitan...