Ads

Sime Darby Property, MINI Malaysia Jayakan Inisiatif ‘Big Love’

Sime Darby Property Anjur Program Kebajikan Bersama MINI Malaysia

Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama MINI Malaysia melancarkan satu inisiatif kebajikan sempena musim perayaan di Elmina Lakeside Mall. Program yang berlangsung hingga 19 Disember ini mengajak orang ramai untuk bersama-sama merealisasikan hajat 120 kanak-kanak kurang berkemampuan dari Rumah Kasih Harmoni.

Komitmen Sime Darby Property dan MINI Dalam Membina Komuniti Prihatin

Kempen yang dianjurkan oleh Sime Darby Property ini bertujuan untuk membina komuniti yang prihatin, selari dengan falsafah global MINI, “Big Love”. Bagi memudahkan orang ramai menyumbang, satu ruang khas dikenali sebagai ‘The Giving Post’ disediakan di Elmina Lakeside Mall, dengan model MINI Convertible juga dipamerkan di situ.

Sime Darby Property, MINI Malaysia Jayakan Inisiatif ‘Big Love’

Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras dipilih sebagai penerima manfaat ini. Rumah ini menempatkan anak-anak yatim serta kanak-kanak daripada latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan. Orang ramai yang berkunjung ke Elmina Lakeside Mall boleh mengambil bahagian dengan memilih “wishing card” bernombor di ‘The Giving Post’, yang memaparkan keperluan khusus setiap kanak-kanak. Barangan yang disenaraikan kemudian boleh dibeli dan diserahkan di lokasi tersebut bagi memastikan sumbangan sampai terus kepada kanak-kanak berkenaan.

Ads

Demi menjaga aspek keselamatan dan kebersihan penerima, semua hadiah yang disumbangkan mestilah barangan baharu dan belum dibuka. Pusat pengumpulan hadiah ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Elmina Lakeside Mall.

Penyerahan sumbangan ini akan berlangsung pada Sabtu, 20 Disember 2025 menerusi acara ‘The Big Love Drive’. Dianggarkan 20 pemilik MINI akan berkumpul di Elmina Lakeside Mall untuk mengumpulkan semua hadiah sebelum bergerak secara konvoi ke Rumah Kasih Harmoni.

Ads

Disamping itu juga, pengunjung yang berkunjung ke Elmina Lakeside Mall berpeluang menyertai sesi pandu uji MINI pada hujung minggu dari 5 hingga 28 Disember.

Ads

Aktiviti ini memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman memandu MINI sambil menyokong usaha kebajikan yang dijalankan.

Baca Juga : Billy Karam, Inspirasi Dari Dunia Lumba Kereta Ke Koleksi Miniatur

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Empat Pelajar Terima Geran Pengajian Automotif Cycle & Carriage

Cycle & Carriage Terus Bantu Bakat Automotif Muda, RM40,000 Untuk Empat Pelajar Cycle & Carriage (C&C) meneruskan komitmen mereka untuk melahirkan bakat automotif masa depan...