Dari Jepun ke Pentas Dunia
Sejarah SUPER GT bermula pada tahun 1994 dengan pelancaran All Japan Grand Touring Car Championship (JGTC).
Ini mrupakan satu usaha berani untuk mencipta perlumbaan yang lebih inklusif kepada pasukan dan pengeluar kenderaan.
Ketika dunia permotoran mula beralih dari jentera prototaip dan produksi kepada GT, Jepun tampil sebagai pelopor menerusi kejohanan ini.

Era Perkembangan dan Pengiktirafan Global (2000–2009)
Menjelang awal milenium baharu, JGTC melebarkan sayapnya ke luar Jepun.
Kehadiran pelbagai jentera dari dalam dan luar negara menjadikan perlumbaan ini semakin menarik.
Tahun 2005 menjadi detik bersejarah apabila kejohanan ini diiktiraf oleh FIA sebagai siri antarabangsa, dan dikenali secara rasmi sebagai SUPER GT.
Ia kini bukan lagi kejohanan domestik tetapi sebuah pentas global untuk perlumbaan GT paling sengit.
Kelas-Kelas Perlumbaan: GT500 dan GT300
Dalam SUPER GT, terdapat dua kelas utama:
GT500
GT500 ialah kelas utama dengan jentera prototaip berasaskan model produksi, dibangunkan khas oleh pengeluar utama Jepun.
Hanya tiga pengeluar bersaing dalam kategori ini, namun setiap jentera dibina dengan piawaian teknikal yang tinggi dan kuasa sekitar 650hp.
Senarai model GT500:
Toyota GR Supra GT500
Nissan Z GT500 / Z NISMO GT500
Honda Civic Type R-GT (sejak 2024)
Model terdahulu termasuk Lexus SC430 GT500, Honda NSX-GT, Nissan GT-R GT500
GT300
GT300 menampilkan pelbagai jentera dari Jepun dan luar negara, termasuk kereta FIA GT3, Mother Chassis (MC) buatan tempatan, dan jentera khas yang diubahsuai untuk perlumbaan.

Dengan kuasa sekitar 300–400hp, ia menawarkan medan persaingan yang pelbagai dan lebih tidak dijangka.
Antara model popular GT300:
Lamborghini Huracán GT3 (VENTENY)
Subaru BRZ GT300 (R&D Sport)
Nissan GT-R GT3 (Kondo Racing)
Toyota GR Supra GT300 (Saitama Toyopet)
Mercedes-AMG GT3
Audi R8 LMS GT3
Porsche 911 GT3 R
Teknologi, Kolaborasi dan Alam Sekitar (2010–2024)
Perubahan besar diperkenalkan dalam dekad terakhir:
Standardisasi GT500: Komponen seperti monocoque diseragamkan untuk mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing.
Kolaborasi DTM: Perkongsian teknikal dengan perlumbaan DTM dari Jerman menghasilkan peraturan seragam dan perlumbaan khas pada 2019.
SUPER GT Green Project 2030: Pelan jangka panjang untuk mengurangkan jejak karbon sebanyak 50% menjelang 2030.
Penggunaan bahan api neutral karbon (CNF) seperti GTA R100 (GT500, 2023) dan GTA R50 (GT300, 2024).
Sistem kelayakan dua pemandu & perlumbaan masa tiga jam — menambah dimensi taktikal kepada perlumbaan.
Cabaran Ketika Pandemik (2020–2021)
Akibat COVID-19, jadual perlumbaan diubah dengan hanya tiga litar utama digunakan pada 2020, diikuti dengan enam litar domestik pada 2021.
Walaupun tanpa perlumbaan luar negara, penganjuran tetap berjaya dengan kerjasama semua pihak, termasuk pasukan, litar, dan peminat.

30 Tahun SUPER GT
Tahun 2024 menandakan ulang tahun ke-30 SUPER GT daripada JGTC yang sederhana pada 1994, kini menjadi perlumbaan GT paling ikonik di Asia.
Setiap tahun, puluhan jentera canggih bersaing dalam lapan pusingan di litar-litar ikonik Jepun seperti Fuji, Suzuka, Motegi, dan SUGO.
Baca Juga : Beli Tiket, Balik Bawa GR Supra? Ini Bukan Mimpi — Ini SUPER GT Malaysia 2025
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.