Suzuki Motor Corporation telah mengumumkan penyertaan mereka dalam Suzuka 8 Hours Endurance Race ke-45, yang berlangsung dari 19 hingga 21 Julai 2024. Mereka akan bersaing dengan menggunakan 40% bahan api daripada sumber bio dan sesuai dengan teknologi mesra alam.
Pilihan Suzuki untuk berlumba menggunakan bahan api berunsurkan kelestarian, yang disahkan oleh FIM (International Motorcycling Federation), meletakkan mereka dalam kelas eksperimen perlumbaan, sebuah kategori yang sesuai untuk inovasi yang mungkin menentukan masa depan sukan permotoran.
Kredit Foto : Facebook Suzuki
“Team SUZUKI CN CHALLENGE,” merupakan bukti kebolehan dalaman Suzuki yang terdiri daripada pekerja Suzuki, dan melambangkan langkah bersama ke arah inovasi. Kolaborasi dengan Yoshimura Jepun lebih memperkuatkan usaha ini dengan menggabungkan kepakaran daripada seluruh dunia.
Ads
Kredit Foto : Facebook Suzuki
Namun, komitmen terhadap kelestarian tidak berhenti kepada bahan api. Suzuki dan rakan penaja mereka mengimbangkan teknologi lestari secara menyeluruh. Daripada muffler ke tayar, minyak, fairing, dan brek, setiap komponen motosikal sedang diteliti dan dibangunkan semula dalam cara yang lebih hijau dan lestari. Pendekatan komprehensif ini tidak hanya menonjolkan dedikasi Suzuki kepada tanggungjawab alam sekitar tetapi juga membuka jalan untuk kemajuan masa depan dalam teknologi motosikal.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Maritim Malaysia kini dalam usaha memperkukuh pertahanan perairan negara melalui peningkatan aset laut dan udara serta penggunaan teknologi terkini. Langkah ini diambil sebagai tindak balas terhadap isu pencerobohan yang semakin membimbangkan.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, menyatakan bahawa strategi ini adalah sebahagian daripada pelan mitigasi yang dirangka untuk memastikan sempadan maritim Malaysia terus terpelihara.
Sejak tahun 2020 hingga Julai lalu, Maritim Malaysia telah berjaya merampas 434 vesel nelayan asing (VNA), dengan majoriti 308 vesel tersebut berasal dari Vietnam. Selain itu, 81 kes melibatkan nelayan dari Indonesia, 35 dari Thailand, dan 10 dari China. Secara keseluruhan, 3,694 nelayan asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh tersebut.
Walaupun pencapaian ini membanggakan, Mohd Zawawi mengakui bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh Maritim Malaysia adalah kekurangan aset. Sebahagian kapal dan bot sedia ada memerlukan penyelenggaraan berjadual, manakala aset lain sudah uzur dan perlu diganti.
Namun, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengambil langkah proaktif dengan memastikan penambahan aset yang lebih canggih.
Salah satu perkembangan penting ialah pembinaan Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) yang dinamakan KM Tun Fatimah. Ia kini sudah beroperasi di perairan Laut China Selatan.
Selain itu, KDN juga sedang memperoleh empat helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland (AW) 189. Ini untuk memperkukuh pemantauan udara di zon maritim Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Langkah ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkuatkan keselamatan maritim. Namun untuk menyokong hasrat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berhasrat mahu Malaysia kekal dalam kalangan 10 negara paling aman di dunia mengikut Indeks Keamanan Global (GPI).
Dalam hal ini, agensi tersebut komited untuk memastikan keselamatan perairan negara berada pada tahap tertinggi, sekali gus menjamin keselamatan laluan kapal dagang dan kelancaran aktiviti ekonomi di perairan negara.
Dengan peningkatan keselamatan ini, Malaysia dijangka terus menarik minat pelabur asing, mengukuhkan lagi kedudukan negara sebagai salah satu destinasi pelaburan yang selamat dan stabil. Mohd Zawawi optimis bahawa langkah-langkah yang diambil ini akan memberi impak positif kepada keseluruhan ekonomi dan keselamatan negara.
Volvo Car Malaysia mencatat sejarah baharu dalam industri automotif negara dengan pencapaian luar biasa dalam segmen kenderaan elektrik bateri (BEV).
Tahun 2024 menyaksikan peningkatan ketara dalam jualan model elektrik sepenuhnya, yang menyumbang 30 peratus daripada jumlah jualan runcit syarikat, melepasi penanda aras global Volvo Cars sebanyak 23 peratus.
Volvo Car Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam elektrifikasi, dengan model BEV dan hibrid plug-in (PHEV) membentuk 83 peratus daripada jumlah jualan tahun lalu.
Ini menunjukkan peningkatan signifikan berbanding 71 peratus pada tahun 2023.
Peningkatan ini seiring dengan aspirasi global Volvo Cars untuk mencapai antara 90 hingga 100 peratus jualan kenderaan elektrifikasi menjelang tahun 2030.
Sepanjang tahun 2024, Volvo Car Malaysia berjaya menjual sebanyak 1,953 unit kenderaan, dengan model MHEV hanya merangkumi kurang daripada satu perlima jumlah jualan keseluruhan.
Sebagai perbandingan, pada tahun sebelumnya, MHEV membentuk satu pertiga daripada jumlah jualan tahunan syarikat.
Chris Tan, Pengarah Jualan Volvo Car Malaysia, menyatakan bahawa meskipun tahun lalu merupakan tempoh yang lebih kompetitif bagi industri, Volvo Car Malaysia tetap berusaha untuk merealisasikan visi mobiliti yang lebih peribadi, selamat dan lestari.
Pengeluaran model elektrik sepenuhnya Volvo EX30 mendapat sambutan hangat di pasaran Malaysia.
Lebih menarik kumpulan pertama model import habis terjual sebelum pemasangan tempatan bermula.
Kini, Volvo Car Malaysia bersedia untuk memperkenalkan model elektrik utama mereka yang seterusnya, iaitu Volvo EX90.
Volvo EX90 bakal menjadi SUV elektrik terbesar syarikat.
Model ini dilengkapi teknologi keselamatan tercanggih Volvo Cars termasuk sistem Light Detection and Ranging (LiDAR) , pengkomputeran teras, serta pemantauan pemandu dan penumpang.
Model ini dijangka mengukuhkan lagi reputasi Volvo dalam aspek keselamatan dan inovasi teknologi.
Sepanjang 2024, Volvo Car Malaysia juga memperluaskan pengalaman pelanggan menerusi pelbagai acara eksklusif.
Antaranya sesi pandu uji Volvo EX30, Volvo Safety Driving Experience yang pertama, serta kejohanan sukan Volvo Padel Open yang julung kali diadakan.
Pada peringkat global, Volvo Cars turut mencatat rekod jualan baharu dengan 763,389 unit kenderaan terjual pada tahun 2024.
Rekod jualan ini meningkat 8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Jualan model BEV meningkat 54 peratus kepada 175,194 unit, manakala jualan PHEV meningkat 16 peratus kepada 177,593 unit.
Secara keseluruhan, kenderaan elektrifikasi menyumbang 46 peratus daripada jumlah jualan global Volvo Cars.
Model BEV sahaja menyumbang 23 peratus daripada keseluruhan jualan, meningkat daripada 16 peratus pada tahun 2023.
Elektrifikasi kekal sebagai strategi utama Volvo Cars, dengan lima model BEV telah diperkenalkan secara global, dan lima lagi dalam perancangan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Toyota dilaporkan telah memulakan ujian bagi jentera generasi baharu Kejuaraan Rali Dunia (WRC) sebagai persediaan menghadapi perubahan regulasi WRC27 yang bakal berkuat kuasa pada musim 2027.
Apa yang menarik perhatian komuniti automotif global adalah bentuk prototaip tersebut bukan lagi hatchback seperti Toyota GR Yaris, sebaliknya sebuah coupe dua pintu yang kuat dikaitkan dengan nama Celica.
Imej yang tersebar di platform X menunjukkan jentera tersebut sedang diuji di kawasan pergunungan Algarve, Portugal. Dirakam oleh peminat rali tempatan, Marcio Pereira, prototaip berkenaan jelas menampilkan siluet dua pintu yang lebih rendah dan panjang berbanding GR Yaris yang digunakan Toyota sejak 2022.
Spekulasi terus memuncak apabila Toyota sebelum ini mengesahkan pada 2024 bahawa model Celica baharu sedang dibangunkan. Jika benar, penyertaan semula nama Celica dalam kancah WRC bukan sekadar strategi pemasaran ia satu naratif yang cukup kuat dalam sejarah sukan permotoran.
Untuk rekod, Toyota Celica GT-Four pernah menghadiahkan Toyota gelaran dunia pemandu dan pengeluar pada era awal 1990-an, menjadikan model tersebut antara ikon paling dihormati dalam dunia rali.
Menurut laporan DirtFish, ketulenan imej dan video prototaip tersebut telah disahkan oleh Pengarah Teknikal Toyota Gazoo Racing World Rally Team, Tom Fowler. Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan identiti rasmi model itu. Apa yang didedahkan, jentera berkenaan telah menjalani beberapa sesi ujian dengan jarak terkumpul melebihi 2,000 kilometer.
Menariknya, bunyi enjin dalam rakaman ‘flyby’ menunjukkan ia masih menggunakan unit 1.6 liter tiga silinder turbo yang sama seperti GR Yaris WRC sedia ada.
Peraturan baharu WRC27 memperkenalkan konsep casis spaceframe yang memberikan kebebasan lebih besar kepada pengeluar dari segi reka bentuk badan. Selagi dimensi luaran mematuhi garis panduan ditetapkan, pengeluar boleh menampilkan gaya daripada mana-mana model dalam barisan produk mereka.
Ini membuka peluang strategik kepada Toyota untuk mengekalkan platform mekanikal GR Yaris yang telah terbukti kompetitif, sambil memperkenalkan identiti visual baharu dan Celica dilihat sebagai calon paling sesuai.
Secara visual, prototaip yang diuji di Portugal itu tidak menyerupai mana-mana model produksi Toyota ketika ini. Ia juga sukar dikaitkan dengan SUV seperti C-HR melainkan jika dilihat secara terlalu optimistik.
Jika pelancaran jentera WRC baharu dijadualkan pada 2027, garis masa tersebut selari dengan spekulasi kemunculan semula Celica versi jalan raya.
Buat masa ini, Toyota masih berteka-teki. Namun satu perkara pasti jika benar Celica kembali, ia akan menjadi kebangkitan satu legenda dalam dunia rali.
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...