AMITEC, sebuah bahagian penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan sukan permotoran yang berada di bawah pengawasan AFY Mobility Industries (AMI), telah memperkenalkan motosikal terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia, Suzuki Raider R150Fi EWC1.
Model ini ditawarkan pada harga yang menarik, RM8,988, tidak termasuk insurans, menjadikannya pilihan yang menarik bagi peminat motosikal di Malaysia.
Keunikan Suzuki Raider R150Fi EWC1 terletak pada rekaan grafiknya yang diinspirasikan daripada motosikal Suzuki dalam perlumbaan World Endurance Series, di mana Suzuki telah meraih pelbagai kemenangan.
Daripada segi teknikal, tiada perubahan mekanikal yang dilakukan pada Suzuki Raider R150Fi EWC1 berbanding dengan model Raider R150Fi yang diperkenalkan di Malaysia pada Mac 2022.
Ads
Motosikal ini dilengkapi dengan enjin empat lejang, satu silinder, DOHC 147.3 cc yang mempunyai sistem bahan bakar “injection” dan penyejuk cecair, serta transmisi enam kelajuan. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa 18.2 hp pada 10,000 rpm dan tork 13.8 Nm pada 8,500 rpm.
Suzuki Raider R150Fi EWC1 juga dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti lampu LED, panel meter digital LCD, serta pilihan untuk menghidupkan enjin melalui starter elektrik atau tendangan. Sistem penguncian masih bersifat konvensional, memerlukan kunci fizikal untuk beroperasi.
Ads
Aspek lain seperti suspensi juga diberi perhatian. Motosikal ini dilengkapi dengan fork teleskopik di bahagian depan dan monoshock di belakang, serta sistem brek cakera pada kedua roda, dengan kaliper dua piston pada roda depan.
Ads
Motosikal ini juga dilengkapi dengan tangki bahan bakar berkapasiti empat liter, rim aluminium 17 inci dengan tayar berukuran 70/90 di depan dan 80/90 di belakang, berat keseluruhan 109 kg, dan ruang penyimpanan kecil di bawah tempat duduk.
Great Wall Motor Malaysia (GWM) dengan penuh kebanggaan telah mempersembahkan GWM ORA 07, sebuah kenderaan elektrik (EV) yang bakal mengubah pengalaman mobiliti pemandu, dalam acara media previu pada hari ini.
GWM ORA 07 menjadi pelopor dalam barisan 2024, dimana bakal menyusuli pelancaran seterusnya adalah GWM Haval H6 HEV pada suku kedua 2024 dan GWM Tank 300 pada suku ketiga 2024.
ORA 07 adalah sebuah model di inspirasi dari koupe merupakan kereta elektrik yang elegan, memukau dengan bentuknya yang dinamik dan anggun. Rekabentuknya yang seimbang antara retro dan moden, dengan lampu hadapan berbentuk oval, memberi rasa klasik kepada yang memandangnya.
Siluet ORA 07, menyerupai sebuah kereta sport, menampilkan pegangan pintu yang tersembunyi, pintu tanpa bingkai, dan spoiler elektrik yang boleh dilaraskan. Dimensi ukuran 07 ini adalah 4871 mm panjang, 1862 mm lebar, dan 1500 mm tinggi.
Pada bahagian dalaman, kokpit yang menyerupai supercar dihiasi dengan kulit premium, konsol pusat berbentuk huruf T dengan panel yang boleh diputarkan, dan tempat duduk ergonomik dengan ciri urutan pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan.
Selain itu, interior mewah GWM ORA 07 turut dilengkapi dengan sunroof panoramik gaya kubah 1.7m dan sistem penyaman udara pintar yang menghasilkan aliran tiga dimensi, memastikan keselesaan dalam setiap perjalanan. Rekabentuk minimalis ruang dalaman mencipta atmosfera mewah, berkelas, dan sukan yang tidak kurang daripada eksklusif.
Warna yang ditawarkan adalah kelabu, ungu, dan putih yang elegan. Dari segi prestasi, ia hadir dalam varian Long Range dan Performance, ini memudahkan bakal pemilik untuk membuat keputusan pembelian mengikut kepada cara penggunaan dan praktikaliti masing-masing.
Dikuasakan oleh bateri litium 83.499 kwh yang terkini, Varian Long Range menawarkan jarak perjalanan sehingga 640 km, memberikan kuasa 150 kW (204 PS), 340 Nm tork. Model Performance menambah keseronokan dengan 300 kW (408 PS) dan 680 Nm tork, dengan jarak perjalanan sehingga 550 km.
Menurut GWM, ORA 07 telah melalui ujian keselamatan yang komprehensif, termasuk Cabaran Terbalik EV China pertama dan Cabaran Perlanggaran Persimpangan, memastikan kekuatannya dalam situasi sebenar seperti kenderaan terbalik dan perlanggaran dalam hujan lebat.
Dengan sensor terkini, kamera sekeliling, dan badan yang kuat, GWM ORA 07 menetapkan piawaian dalam keselamatan, menawarkan keselamatan terbaik untuk memastikan setiap perjalanan selamat dan menyeronokkan.
GWM menegaskan dedikasinya untuk memperkaya landskap automotif Malaysia dengan kenderaan yang memberi inspirasi, berprestasi, dan melindungi.
Toyota Hilux BEV Malaysia kini diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor sebagai versi elektrik penuh bagi model pickup popular ini. Pelancaran ini bukan sahaja membawa perubahan besar kepada barisan Hilux, malah membuka lembaran baharu dalam segmen pickup yang sebelum ini sinonim dengan enjin diesel.
Walaupun hadir sebagai model elektrik pertama dalam keluarga Hilux, ia masih mengekalkan karakter utama model tersebut iaitu ketahanan, keupayaan membawa beban serta kebolehan merentas pelbagai jenis permukaan jalan.
Walaupun menggunakan sistem pemacu elektrik, Toyota Hilux BEV Malaysia masih mengekalkan struktur body on frame yang menjadi asas kepada kekuatan model ini sejak generasi pertama.
Pendekatan ini memastikan model elektrik ini mampu memenuhi keperluan pengguna komersial serta individu yang memerlukan kenderaan lasak untuk kerja berat atau penggunaan luar jalan.
Toyota turut melakukan penambahbaikan pada struktur rangka termasuk pengukuhan tambahan bagi menyokong sistem bateri serta mengekalkan tahap ketahanan setanding dengan model enjin pembakaran dalaman.
Toyota Hilux BEV Malaysia menggunakan sistem pemacu elektrik dengan gabungan eAxle di hadapan dan belakang. Motor hadapan menghasilkan sekitar 206 Nm, manakala motor belakang pula sekitar 267 Nm.
Jumlah kuasa keseluruhan mencecah 144 kW atau 196 PS, memberikan penghantaran kuasa yang lebih responsif terutama pada kelajuan rendah, satu kelebihan utama kenderaan elektrik berbanding enjin diesel konvensional.
Model ini dilengkapi bateri lithium ion berkapasiti 59.2 kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sekitar 315 km berdasarkan kitaran NEDC.
Walaupun angka ini lebih rendah berbanding SUV elektrik, ia masih relevan untuk kegunaan harian serta operasi komersial dalam bandar atau jarak sederhana.
Lokasi bateri dalam struktur rangka turut membantu menurunkan pusat graviti, sekali gus meningkatkan kestabilan dan pengendalian kenderaan.
Toyota Hilux BEV Malaysia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150 kW, membolehkan bateri dicas dari 10% ke 80% dalam masa sekitar 30 minit.
Bagi pengecasan AC pula, ia menyokong sehingga 10 kW dengan masa sekitar 6.5 jam untuk pengecasan penuh dari 10% hingga 100%.
Ciri ini menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan harian terutama bagi syarikat yang mempunyai kemudahan pengecasan sendiri.
Walaupun beralih kepada kuasa elektrik, Toyota Hilux BEV Malaysia masih mengekalkan DNA lasaknya. Ia dilengkapi sistem Multi Terrain Select yang membolehkan pemandu memilih mod mengikut keadaan permukaan seperti pasir, lumpur atau batu.
Keupayaan meredah air sehingga 700 mm serta sistem suspensi khas memastikan ia masih mampu beroperasi dalam keadaan mencabar.
Payload maksimum sekitar 750 kg turut dikekalkan, menjadikannya kekal relevan sebagai kenderaan kerja.
Di bahagian dalaman, model ini menerima kemas kini dengan paparan infotainmen 12.3 inci bersama paparan meter digital bersaiz sama.
Sistem ini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, selain kawalan fungsi utama melalui butang pada stereng. Aplikasi Toyota Remote turut disediakan untuk kawalan jarak jauh seperti kunci pintu dan pemantauan kenderaan.
Reka bentuk dalaman masih mengekalkan konsep praktikal dengan sentuhan moden selari dengan peralihan kepada mobiliti elektrik.
Kehadiran Toyota Hilux BEV Malaysia dilihat tepat pada masanya ketika harga diesel dilaporkan meningkat sehingga sekitar RM6.02 seliter.
Kenaikan ini memberi kesan besar kepada pengguna pickup khususnya dalam sektor logistik, pembinaan dan perniagaan kecil yang bergantung kepada kenderaan diesel.
Dengan penggunaan tenaga elektrik, model ini berpotensi menawarkan kos operasi lebih rendah dalam jangka panjang selain mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.
Toyota Hilux BEV Malaysia membawa perubahan besar dalam segmen pickup dengan memperkenalkan alternatif elektrik tanpa mengorbankan keupayaan asas model ini.
Gabungan ketahanan, teknologi moden serta potensi penjimatan kos operasi menjadikannya pilihan menarik untuk pengguna komersial dan individu yang ingin beralih kepada mobiliti elektrik.
Dalam keadaan harga bahan api yang semakin meningkat, model ini dilihat sebagai antara pilihan relevan untuk masa hadapan.
Kementerian Pengangkutan terus mengambil langkah proaktif untuk meringankan beban perjalanan sempena musim perayaan Aidilfitri dengan melanjutkan bantuan subsidi bagi penerbangan sehala antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan.
Kini, tempoh subsidi telah diperluaskan dari tiga hari kepada empat hari sebelum sambutan Aidilfitri, iaitu dari 6 hingga 9 April.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menggariskan bahawa penambahbaikan ini dijangka memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta kepada kerajaan. Beliau menekankan bahawa langkah ini selaras dengan usaha kementerian untuk membantu perantau balik kampung dan memenuhi permintaan pengangkutan awam yang tinggi sempena sambutan Aidilfitri.
Menurut Loke, sesiapa yang membeli tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak, dan Labuan pada empat hari tersebut tidak akan membayar melebihi RM599 untuk harga tiket asas kerana sebarang kos melebihi harga maksimum tersebut akan ditanggung oleh Kerajaan. Beliau menjelaskan bahawa harga ini tidak termasuk cukai dan fi.
“Harga maksimum ini boleh membantu penumpang yang terpaksa membeli tiket penerbangan pada saat akhir atau di laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam perjalanan balik kampung. Namun, penumpang boleh mendapat harga yang lebih murah sekiranya merancang perjalanan lebih awal,” katanya pada sidang media Pengumuman Initiatif Tambah Baik Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri.
Loke turut mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan inisiatif-inisiatif lain termasuk memudahkan cara penambahan penerbangan. Sebagai contoh, bagi Aidilfitri, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah memudahkan cara sebanyak 342 penerbangan domestik tambahan di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April.
“Inisiatif ini telah menunjukkan kesan yang positif di mana lebih banyak tiket penerbangan terutamanya bagi laluan dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi utama di Sabah dan Sarawak dijual pada harga yang lebih murah,” tambah beliau.
Pada 4 Mac 2024, AirAsia turut memberi kerjasama dengan menawarkan 22,000 tiket penerbangan pada harga tetap RM298 sehala untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sarawak, dan RM348 sehala untuk Kuala Lumpur ke Sabah.
Ini merupakan langkah yang memberi manfaat kepada penumpang dalam merancang perjalanan mereka dengan lebih efisien dan ekonomi.
Dengan peningkatan ini, diharapkan lebih ramai rakyat dapat pulang ke kampung halaman dengan lebih selesa dan terjangkau, meningkatkan semangat perpaduan dan kegembiraan sempena sambutan Aidilfitri.
Langkah-langkah ini juga merupakan bukti komitmen kerajaan dalam menyokong keperluan rakyat dalam aspek pengangkutan, terutamanya semasa musim perayaan.
Thunder Motorcycles Rasmi Masuk Malaysia, Tampilkan LS250-S di AOS 2026
Thunder Motorcycles secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Art of Speed 2026...