Tahukah anda bahawa enjin kereta anda sebenarnya berpotensi menghasilkan 20-40% lebih kuasa berbanding apa yang anda nikmati sekarang?
Kebanyakan pengeluar kenderaan menyekat potensi sebenar enjin secara elektronik untuk mematuhi peraturan global, kualiti bahan api, dan faktor lain.
Di sinilah kotak tuning TDI (tuning box) memainkan peranan penting!
Apa Itu TDI Tuning Box?
Tuning box adalah peranti kecil yang dipasang pada enjin kereta untuk meningkatkan prestasi dan ekonomi bahan api.
Ia berfungsi dengan menghantar peta enjin yang telah direka khas ke ECU (Electronic Control Unit) kereta anda tanpa perlu membuat sebarang pengubahsuaian kekal pada ECU tersebut.
Bagaimana TDI Tuning Box Berfungsi?
Peranti ini mengambil data secara langsung daripada sensor enjin seperti sensor bahan api dan turbo.
Data ini kemudiannya dioptimumkan dan dihantar ke ECU untuk meningkatkan prestasi enjin.
Dengan cara ini, enjin kereta anda akan berfungsi pada potensi sebenarnya tanpa melebihi had yang ditetapkan oleh pengeluar.
Ads
Setakat ini, hanya kenderaan yang mempunyai turbo sahaja yang sesuai menggunakannya, namun di masa akan datang TDI Tuning bakal menghadirkan model yang sesuai digunapakai oleh semua jenis kenderaan.
Kelebihan Menggunakan TDI Tuning Box
Kuasa dan Tork Tambahan
Tuning box mampu meningkatkan kuasa sehingga 40% dan tork, memberikan pecutan lebih lancar.
Penjimatan Bahan Api
Dengan peningkatan kecekapan enjin, anda boleh menjimatkan bahan api sehingga 20%, bersamaan tambahan 4-6 MPG.
Tidak Tinggalkan Kesan
Ads
Tidak seperti remap ECU, tuning box tidak mengubah secara kekal sistem elektronik kereta. Ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, dan kereta anda akan kembali kepada keadaan asal.
Pemasangan Mudah
Kotak ini direka untuk “plug-and-play” dan hanya memerlukan sekitar 15 minit untuk dipasang tanpa memerlukan pengetahuan mekanikal.
Boleh Diguna Semula
Kotak ini boleh diprogram semula untuk digunakan pada kenderaan lain dengan caj perkhidmatan yang rendah.
Peranti Yang Boleh Dikawal di Hujung Jari Anda
Dengan aplikasi TDI Tuning, anda boleh menukar tetapan prestasi enjin secara langsung dari tempat duduk pemandu.
Peranti TDI Tunning CRTD4 dilengkapi dengan 7 tetapan peta enjin, membolehkan anda menyesuaikan prestasi kenderaan mengikut keperluan.
Sambungan melalui Bluetooth juga sangat mudah:
Ads
Hidupkan kereta dan Bluetooth telefon anda.
Sambungkan aplikasi dengan kotak peranti menggunakan kod PIN.
Pilih tetapan prestasi yang diingini.
Keselamatan Adalah Keutamaan
Peranti TDI Tuning tidak akan merosakkan enjin anda.
Ia hanya menghantar isyarat untuk memastikan enjin berfungsi seperti yang sepatutnya, tanpa melampaui batasan asal.
Malah, produk ini mengutamakan sambungan melalui sensor bahan api dan turbo untuk memastikan ECU sentiasa dalam kawalan.
Tingkatkan Pengalaman Pemanduan Anda Dengan TDI Tuning Malaysia!
Hadir ke TDI Tunning Malaysia di LOT 650, Jalan Subang 1, USJ 1, 47620 Subang Jaya, Selangor, untuk mendapatkan penambahbaikan prestasi enjin yang luar biasa pada harga RM2,788 sahaja.
Hubungi mereka di 0173386424 atau ikuti akaun media sosial – Facebook, Instagram, dan TikTok (@TDI Tuning Malaysia) untuk maklumat lanjut.
Masalah serangga dalam kereta memang boleh jadi menyusahkan, kan? Jadi, kami nak kongsi tips halau serangga, semut dan seangkatan dengannya, tapi kita kena kreatif sikit. Pertama sekali, kalau korang nak yang simple, boleh la pasang tinted yang berkualiti untuk tingkap kereta. Tapi kalau nak lagi power, baca ni;
Minyak Peppermint:
Serangga tak suka bau peppermint. Campurkan beberapa titis minyak peppermint dengan air dalam botol semburan. Semburkan campuran ni kat dalam kereta, terutama kat kawasan tingkap. Bau wangi, serangga pun lari terus!
Serbuk Kopi:
Serbuk kopi boleh bertindak sebagai pengusir serangga. Letakkan beberapa bekas serbuk kopi dalam kereta, terutama kat tempat-tempat yang serangga selalu lalu/lepak. Mungkin bau kopi tu pun boleh buat korang rasa lebih bertenaga!
Bunga Lavender:
Serangga juga tak suka bau lavender. Letak pokok lavender atau letakkan pouch lavender dalam kereta anda. Selain halau serangga, korang pun boleh enjoy bau yang menyegarkan.
Kredit Foto: Taylor Auto Glass
Cuka dan Air:
Campurkan air dengan cuka (vinegar) dalam peratusan 1:1. Letak dalam bekas semburan dan semburkan dalam kereta. Bau cuka tu bukan sahaja halau serangga, tapi juga boleh hilangkan bau yang tak best.
Jaga Kebersihan Kereta:
Jangan bagi makanan bersepah dalam kereta. Serangga suka cari makanan, so kalau kereta bersih, kuranglah peluang diorang nak datang ‘beraya’.
Cuci Kereta:
Buat regular car wash. Kalau kereta bersih, peluang serangga nak lekat kurang. Lagipun, kereta bersih tu memang nampak lebih tenang, untuk anda dan penumpang.
Jadi, itulah beberapa tips untuk halau serangga dalam kereta. Selamat mencuba dan semoga kereta korang sentiasa bersih dari serangga yang tak diundang!
Arai telah melancarkan topi keledar Edisi Terhad ke-15 RX-7V Evo IoM TT, sempena ulang tahun ke-40 kerjasama mereka dengan perlumbaan Isle of Man TT.
Topi keledar edisi khas ini merupakan bukti komitmen Arai yang berpanjangan terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam rekaan topi keledar.
Kredit Foto : Website Arai
RX-7V Evo IoM Edisi Terhad ini direka oleh Aldo Drudi, seorang individu terkenal dalam industri sukan permotoran dan merupakan individu yang memberi ilham di sebalik banyak rekaan topi keleddar Valentino Rossi.
Rekaan Drudi untuk RX-7V Evo mendapat inspirasi terus daripada Isle of Man TT, mencerminkan semangat dan adrenalin perlumbaan tersebut. Arai menggambarkan model ini sebagai penanda aras dalam barisan produk mereka, menekankan perlindungan yang unggul dan teknologi terkini.
Kredit Foto : Website Arai
Dengan harga £849.99 (anggaran RM4100), topi keledar ini mewakili pelaburan yang signifikan dalam kualiti dan keselamatan, dengan ciri-ciri yang setara dengan harga premiumnya. Menjelang pelancarannya pada pertengahan tahun ini, beberapa pengedar sudah menerima pra-pesanan namun masih belum menembusi pasaran Malaysia.
Akihito Arai, Pengarah Urusan Arai Eropah, menzahirkan kegembiraannya untuk pelancaran produk tersebut baru-baru ini.
“Wow. Ini selalu menjadi momen istimewa bagi kami semua di Arai Helmet dan RX-7V Edisi Terhad EVO IoM TT 2024 yang sungguh menakjubkan. Drudi Performance sangat cermelang dan mencipta sesuatu yang “fresh”, namun masih mengandungi semua elemen rekaan yang diharapkan oleh peminat dan pengumpul.”
Kredit Foto : Website Arai
Merujuk kepada evolusi topi keledar edisi khas TT sepanjang tahun, Arai menambah, “Kami tidak menyangka ketika kami memulakannya 15 tahun yang lalu betapa pentingnya topi keledar khas TT setiap tahun kepada ramai “collector”. Yang dapat saya katakan sekarang adalah, nantikan TT tahun depan!”
Pelancaran RX-7V Evo IoM Edisi Terhad bukan sahaja merupakan tonggak penting, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Arai sebagai pemimpin dalam reka bentuk dan keselamatan topi keledar malah menjanjikan kepada penunggang motosikal gabungan gaya, prestasi, dan perlindungan yang tiada bandingannya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, GIVI Malaysia telah memperkenalkan sebuah topi keledar motosikal terbaru, GIVI M33.0 Aria.
Salah satu keunikan topi keledar ini adalah ia cukup ringan dengan hanya seberat 1,220g, sekali gus menjadikannya sebagai pilihan ideal untuk kegunaan harian.
Selain itu, topi keledar M33.0 Aria juga mematuhi standard keselamatan terbaru, ECE22.06, yang menjamin tahap keselamatan yang lebih tinggi kepada pengguna.
topi keledar ini juga dilengkapi dengan padding dalam yang boleh ditanggalkan dan dibasuh, memastikan keselesaan maksimum serta jangka hayat yang lebih panjang. Sebagai tambahan, bahan anti-alergi yang digunakan menjadikan helmet ini sesuai untuk setiap jenis kulit, menghindari pengguna daripada risiko alergi.
Beberapa ciri menarik yang menjadi tarikan helmet ini termasuklah visor yang tahan calar, tiga corong udara untuk pengudaraan yang lebih baik, serta tali ikat jenis micrometrik yang memudahkan pengguna.
M33.0 Aria datang dalam enam pilihan warna yang menarik iaitu:
Graphic Rush Blue Turquoise
Graphic Rush Red Blue
Graphic Union Black Blue
Graphic Union Grey Yellow
Dark Blue
Dark Grey
Harga yang ditawarkan untuk topi keledar bagi model tanpa grafik ialah RM195 (Semenanjung) / RM215 (Sabah & Sarawak), manakala dengan grafik, RM200 (Semenanjung) / RM245 (Sabah & Sarawak)
Dengan pelbagai ciri-ciri dan variasi warna, serta harga yang berpatutan, helmet GIVI M33.0 Aria pastinya akan menjadi pilihan baharu bagi penunggang motosikal di Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Selepas membuat kemunculan sulung di cawangan George Town, Pulau Pinang, jenama kenderaan dari China yang sedang meningkat naik, Leapmotor, kini dibawa lebih dekat kepada...