Ads

Toyota Yaris Cross Catat 2298 Tempahan Dalam Tempoh Dua Minggu

Sambutan Awal Memberangsangkan Untuk SUV Baharu Toyota

UMW Toyota Motor terus menerima sambutan positif terhadap model terbaharu mereka iaitu Toyota Yaris Cross apabila berjaya merekodkan sebanyak 2,298 tempahan di seluruh negara hanya dalam tempoh dua minggu selepas pelancarannya.

Pencapaian tersebut menunjukkan permintaan yang memberangsangkan terhadap SUV segmen-B terbaru Toyota itu, selain berjaya menarik perhatian pelbagai golongan pengguna termasuk pembeli pertama jenama Toyota di Malaysia.

Toyota Yaris Cross : Pilihan HEV dan ICE Bermula RM99,900

Ditawarkan pada harga bermula RM99,900, Toyota Yaris Cross hadir sebagai pilihan lebih mampu milik untuk pelanggan yang ingin memiliki SUV kompak moden dengan teknologi elektrifikasi.

Menariknya, model ini ditawarkan dalam pilihan enjin Hybrid Electric Vehicle (HEV) serta varian enjin pembakaran dalaman (ICE), memberikan lebih fleksibiliti mengikut keperluan pengguna.

Ads

Dipasang secara tempatan (CKD) di fasiliti pengeluaran Toyota di Bukit Raja, Selangor, Yaris Cross turut memperkukuhkan barisan SUV Toyota di Malaysia dengan rekaan yang lebih sesuai untuk gaya hidup urban masa kini.

Toyota Yaris Cross Catat 2298 Tempahan Dalam Tempoh Dua Minggu

Ads

Selain tampil dengan saiz kompak yang praktikal untuk pemanduan bandar, model ini juga didatangkan bersama pengalaman pemilikan Toyota yang terkenal dengan aspek kebolehpercayaan, servis selepas jualan serta rangkaian pusat servis yang meluas di seluruh negara.

Ads

Bagi pelanggan yang berminat, tempahan boleh dibuat di mana-mana pusat jualan Toyota sah seluruh negara atau menerusi laman rasmi Toyota Malaysia.

Baca Juga : Toyota Yaris Cross Bermula RM99,900 Dengan Pilihan Hybrid

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Honda Dedah Video Pembangunan Projek Baharu Civic Type R HRC

Civic Type R HRC Lebih Agresif dan Fokus Prestasi Selepas memperkenalkan konsep Honda Civic Type R HRC Concept di acara Tokyo Auto Salon awal tahun...