TQ Wuling Bingo EV Sertai Keretapi Sarong 2025

Share

Budaya dan mobiliti elektrik bersatu dalam satu perayaan

Keretapi Sarong 2025 kembali pada 13 September, dengan ribuan peserta dijangka membanjiri sistem pengangkutan awam sambil mengenakan busana tradisional termasuk sarong. Tahun ini, acara itu turut mendapat sentuhan dunia automotif apabila TQ Wuling Malaysia menyertai sambutan berkenaan dengan membawa Bingo EV, model kenderaan elektrik kompak yang akan dilancarkan pada suku keempat 2025.

TQ Wuling Bingo : EV pertama TQ Wuling untuk pasaran tempatan

Bingo EV ialah model pertama TQ Wuling yang dipasang di Malaysia. Disasarkan sebagai EV peringkat permulaan untuk rakyat Malaysia, model ini dijangka dijual pada harga bawah RM100,000

.

Antara ciri utama:

  • Rekaan retro moden dengan bentuk bulat dan ringkas, sesuai untuk kegunaan bandar.

  • Dimensi kompak tetapi praktikal, dengan ruang kabin luas dan but fleksibel.

  • Teknologi bateri MAGIC dengan piawaian IP67, digunakan pada lebih dua juta EV global dengan rekod sifar kebakaran atau letupan.

  • Kos pemilikan rendah, termasuk servis minimum, sokongan pengecasan dan pembiayaan menarik.

Dengan pakej ini, Bingo EV jelas disasarkan kepada pengguna urban yang mahu beralih kepada mobiliti elektrik tanpa perlu berbelanja besar.

Dari Subang Jaya ke destinasi rahsia

Untuk acara Keretapi Sarong 2025, pasukan TQ Wuling akan memulakan perjalanan mereka dari LRT Subang Jaya. Acara kemuncak bakal diadakan di lokasi rahsia yang hanya akan didedahkan pada hari kejadian. Di sana, Bingo EV akan dipamerkan sebagai tumpuan utama, dengan pelbagai aktiviti sampingan untuk orang ramai.

TQ Wuling Bingo Menyokong budaya dan komuniti

Menurut Wan Wei Sun, Ketua Perniagaan TQ Manufacturing Sdn. Bhd.:

“Kami teruja menjadi sebahagian daripada pergerakan ikonik Keretapi Sarong untuk berhubung dengan rakyat Malaysia. Bingo EV mewakili masa depan mobiliti bandar bukan sahaja melalui teknologi, tetapi juga melalui cara kita menghayati budaya dan semangat kebersamaan.”

Keretapi Sarong sebagai pentas EV tempatan

Keretapi Sarong kini menjadi acara tahunan yang menyatukan masyarakat berbilang kaum melalui pengangkutan awam. Dengan penglibatan TQ Wuling, acara ini juga memberi mesej jelas bahawa mobiliti hijau tidak terpisah daripada identiti budaya Malaysia.

Dengan pelancaran rasmi Bingo EV yang dijadualkan hujung tahun ini, TQ Wuling bukan sekadar memanfaatkan acara budaya untuk pendedahan jenama, tetapi juga meletakkan produknya dalam konteks yang dekat dengan kehidupan harian rakyat Malaysia.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.tqwuling.my atau melalui saluran media sosial rasmi TQ Wuling di Facebook, Instagram dan TikTok.

Baca juga : Pratonton Awal TQ WULING Bingo EV Melalui Siri Jelajah #HelloTQWBingo

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok. 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi