Ads

Muhammad Akid Aziz Sertai VOGE AS25 Racing Team

Muhammad Akid Aziz Sertai VOGE AS25 Racing Team Untuk Tiga Pusingan Terakhir Cub Prix 2026

VOGE AS25 Racing Team memperkuatkan barisan pelumbanya dengan membawa masuk Muhammad Akid Aziz bagi mengharungi tiga pusingan terakhir PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Championship 2026 dalam kategori CP150.

Kehadiran Akid dilihat sebagai langkah penting buat pasukan itu dalam usaha meningkatkan daya saing pada penghujung musim, khususnya selepas jentera VOGE FR150 menunjukkan potensi untuk bersaing dengan pencabar lain dalam kategori berkenaan.

Akid bukan nama asing dalam arena Cub Prix tempatan. Pengalaman luas serta rekodnya sebagai bekas juara menjadi antara faktor utama VOGE AS25 Racing Team mendapatkan khidmat pelumba berkenaan untuk baki saingan musim ini.

VOGE AS25 Racing Team

Ads

Menurut pemilik VOGE AS25 Racing Team, Azlan Shah Kamaruzaman, prestasi yang dipamerkan FR150 setakat ini membuktikan jentera tersebut mempunyai kemampuan untuk memberikan saingan, namun pasukan mahu mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam memburu keputusan lebih baik.

Pengalaman Akid dalam perlumbaan Cub Prix dijangka membantu pasukan, bukan sahaja bagi tiga pusingan terakhir musim 2026, malah dalam persediaan VOGE AS25 Racing Team menghadapi kempen musim 2027.

Bagi Akid, peluang menyertai VOGE AS25 Racing Team membuka satu lembaran baharu dalam perjalanan karier perlumbaannya, selain memberikannya peluang untuk kembali bersaing bersama sebuah pasukan yang sedang memperkukuhkan program perlumbaannya.

Ads

Kerjasama berkenaan turut mencerminkan komitmen VOGE AS25 Racing Team bersama AS 25 Motorsport Sdn. Bhd., dengan sokongan penajaan daripada Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., dalam mempertingkatkan program perlumbaan VOGE di Malaysia.

Penyertaan dalam Malaysian Cub Prix turut menjadi platform buat VOGE untuk terus membangunkan jentera perlumbaan serta meningkatkan tahap kompetitif jenama berkenaan dalam arena sukan permotoran tempatan.

Ads

VOGE merupakan jenama motosikal premium di bawah Loncin, pengeluar motosikal dari Chongqing, China yang mempunyai sejarah pengeluaran sejak 1983. VOGE diperkenalkan pada 2018 dengan fokus terhadap pembangunan motosikal berprestasi tinggi menggunakan teknologi dan komponen moden.

Baca Juga : Mforce Lancar Mforce Experience Club, Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Toyota Memperkenalkan GR Kart, Mesra Untuk Setiap Peringkat Umur!

Toyota Gazoo Racing Perkenal GR KART, Kart Perlumbaan Peringkat Permulaan Untuk Seisi Keluarga Toyota Gazoo Racing (GR) memperluaskan lagi pendekatannya dalam pembangunan bakat permotoran menerusi...