Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang dinamakan Volvo Secret Sales yang bakal berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025
Kempen ini bukan sekadar tentang diskaun, ia turut memberi peluang kepada pelanggan Volvo menikmati pengalaman unik dan ganjaran mewah. Mereka yang membuat tempahan kenderaan antara 14 hingga 16 November dan melengkapkan pendaftaran sebelum 30 November berpeluang memenangi hadiah termasuk:
-  
Percutian impian bernilai hingga RM100,000, lengkap dengan tiket penerbangan ke destinasi pilihan.
 -  
Gajet elektronik premium bernilai hingga RM50,000.
 -  
Kotak hadiah eksklusif Volvo bernilai RM50,000.
 
Untuk turut serta, pelanggan hanya perlu membuat tempahan, berkongsi kisah #MyVolvoJourney di media sosial dengan tag @VolvoCarMalaysia, dan memastikan akaun mereka dalam mod awam ketika hantaran dibuat.
Kempen ini turut menjadi pentas bagi Volvo mengetengahkan rangkaian model elektrik dan hibrid terbaharunya. Antara tawaran utama termasuk:
-  
Volvo EC40 Twin (EV) – Rebat sehingga RM40,888 untuk unit terhad.
 -  
Volvo EX30 (EV) – SUV elektrik paling mampu milik Volvo dengan penjimatan sehingga RM33,888.
 -  
XC40 Mild Hybrid – Rebat sehingga RM30,000 untuk mereka yang mahukan gaya kompak dengan prestasi dinamik.
 
Bagi keluarga yang mahukan ruang dan keselesaan premium, XC60 MY25 hadir dengan rebat RM30,000 serta pakej VSP Plus 5 bernilai RM15,800.
Untuk pelanggan yang mengidamkan model utama Volvo, tawaran istimewa menanti:
-  
EX90 Serba Baharu – Termasuk insurans tahun pertama percuma bernilai RM10,000 dan pemasangan wall box charger bernilai RM5,000.
 -  
XC90 Baharu – Disertakan pakej VSP Plus 5 bernilai RM15,800 dan tawaran trade-in sehingga RM15,000.
 -  
XC60 (Varian Terkini) – Datang dengan insurans tahun pertama bernilai RM8,500 serta VSP Plus 5 bernilai RM15,800.
 -  
EC40 Single (EV) – Menawarkan insurans tahun pertama bernilai RM5,600 dan wall box charger bernilai RM5,000.
 
Volvo turut mengumumkan bahawa beberapa “rebat rahsia” tambahan akan diumumkan hanya sepanjang acara berlangsung, menjadikannya masa paling sesuai untuk menaik taraf kepada kenderaan Volvo baharu.
Acara Tiga Hari Secret Sales, Tawaran Terhad
Volvo Secret Sales akan berlangsung 14 hingga 16 November 2025, dari 10 pagi hingga 6 petang di semua bilik pameran Volvo di Malaysia. Pelanggan digalakkan membuat tempahan awal dengan pengedar sah pilihan mereka bagi menikmati layanan peribadi serta tawaran eksklusif semasa acara.
Sebagai tambahan, Volvo Car Finance turut memperkenalkan pakej pembiayaan istimewa dengan kadar faedah serendah 2%
Untuk mereka yang sudah lama mengidamkan sebuah Volvo, inilah peluang terbaik untuk menjadikan impian itu satu kenyataan.
Baca Juga : Volvo Umum Kemas Kini Model Tahun 2026, XC60 Baharu, EC40 Single Motor & XC90 Premium
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.

