Volvo Car Malaysia sekali lagi mengorak langkah dengan mengumumkan ketibaan dua model flagship SUV tujuh tempat duduk yang dinanti-nantikan.
Model tersebut adalah Volvo EX90 elektrik dan Volvo XC90 plug-in hybrid baharu.
Kehadiran kedua-dua model ini bakal mengukuhkan lagi reputasi Volvo sebagai peneraju dalam segmen SUV premium yang selamat dan inovatif.
Volvo EX90 SUV Elektrik Paling Selamat Dalam Sejarah Volvo
Volvo EX90, yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2022, disahkan bakal memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat.
Kredit Foto : Website caranddriver
EX90 bukan sekadar sebuah SUV mewah, tetapi juga merupakan model Volvo paling selamat yang pernah dihasilkan.
Ia direka dengan teknologi keselamatan terkini yang bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan, malah berupaya untuk mengelakkannya sepenuhnya.
EX90 menampilkan teknologi canggih yang berupaya mengesan objek pada jarak jauh, termasuk pejalan kaki dan halangan di jalan raya, walaupun dalam keadaan gelap.
Selain itu, ia juga merupakan model pertama Volvo yang menggunakan Superset core computing tech stack, menjadikan pemprosesan data kenderaan lebih pantas dan cekap.
Penghantaran global bagi model ini telah bermula sejak akhir tahun 2024.
Ads
Malaysia akan menjadi antara pasaran pertama di Asia Pasifik yang menerima model ini selepas Thailand.
Bagi peminat kenderaan elektrik, Volvo EX90 bakal menjadi pilihan utama dalam kategori SUV premium elektrik.
Volvo XC90 Plug-in Hybrid Ikon SUV Diperbaharui untuk Era Elektrifikasi
Bagi mereka yang masih mahukan fleksibiliti enjin hibrid, Volvo XC90 plug-in hybrid versi baharu juga bakal tiba tidak lama lagi.
Model ini hadir dengan reka bentuk yang lebih segar serta “user interface” yang diperbaharui.
Ads
Sebagai perintis dalam segmen SUV hibrid di Malaysia sejak tahun 2016, Volvo XC90 kini tampil lebih moden dan lebih canggih.
Kehadiran model ini untuk memenuhi keperluan pengguna yang menginginkan gabungan prestasi, kecekapan bahan api, dan teknologi elektrifikasi terkini.
XC90 baharu direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar serta menawarkan jarak pemanduan elektrik yang lebih jauh berbanding model sebelumnya.
Dengan kemaskini teknologi terkini, model ini terus mengekalkan keunggulan sebagai SUV plug-in hybrid premium yang sesuai untuk keluarga moden.
SUV Flagship Volvo Pilihan Terbaik untuk Keselamatan dan Prestasi
Kedua-dua model ini – Volvo EX90 dan Volvo XC90 baharu – menawarkan keselesaan, prestasi luar biasa serta ciri keselamatan termaju yang menjadi keutamaan bagi pemilik SUV Volvo.
Ads
EX90 bakal menjadi model utama dalam rangkaian kenderaan elektrik Volvo, melengkapkan barisan model sedia ada seperti Volvo EX30, Volvo XC40 Recharge Pure Electric, dan Volvo EC40 (sebelum ini dikenali sebagai Volvo C40 Recharge Pure Electric).
Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Chris Wailes, berkata,
“Tidak kira sama ada anda mahukan teknologi keselamatan terbaik dalam kenderaan elektrik sepenuhnya atau ingin menaik taraf kepada versi terkini SUV ikonik kami yang telah meraih pelbagai anugerah, pilihlah model flagship ‘90’ yang sesuai dengan kehidupan dan gaya hidup anda.”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian kenderaan elektrik Volvo Car Malaysia, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram.
Cycle & Carriage (C&C) mengumumkan pembukaan cawangan terbaharu mereka di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, yang kini mewakili dua jenama di bawah naungan Stellantis Malaysia PEUGEOT dan Leapmotor.
Pembukaan ini menandakan pencapaian penting buat C&C, yang bukan sahaja memperluas kehadiran jenama PEUGEOT sebagai cawangan kedua, malah turut menjadikan ia wakil rasmi pertama Leapmotor di Pulau Pinang.
Dengan ini, Cycle & Carriage menjadi satu-satunya pengedar sah untuk kedua-dua jenama ini di pulau tersebut.
Cawangan 3S Berwajah Warisan, Berjiwa Futuristik
Cawangan ini terletak dalam bangunan warisan yang tersenarai di bawah UNESCO.
Reka bentuk dalaman cawangan ini mencerminkan identiti korporat PEUGEOT dan Leapmotor, dengan sentuhan pencahayaan trek dan gaya hidup kontemporari yang dipadankan dengan karakter sejarah George Town.
Pengalaman pelanggan turut diperkayakan dengan penggunaan konfigurator kereta 3D interaktif, memberi peluang kepada pelanggan untuk menyesuaikan kenderaan pilihan mereka secara maya, selain ruang menunggu yang selesa lengkap dengan sajian makanan dan minuman.
Kemudahan Serba Lengkap untuk Jualan dan Servis
Cawangan Cycle & Carriage George Town ini dibangunkan sebagai pusat 3S (Sales, Service & Spare Parts) yang sebenar.
Dengan keluasan keseluruhan 15,964 kaki persegi, ia merangkumi:
Ruang pameran seluas 7,260 kaki persegi yang boleh memuatkan sehingga 11 kenderaan pada satu-satu masa
Pusat selepas jualan seluas 8,704 kaki persegi, lengkap dengan lima ruang kerja, bilik alat ganti, ruang peralatan, tempat cuci kereta, serta kawasan pengilapan khas
Ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan bertaraf tinggi, tetapi juga menjanjikan pengalaman pemilikan yang premium.
Komitmen C&C dan Stellantis terhadap Pasaran Tempatan
Menurut Thomas Tok, Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage,
“Kami bersemangat dalam menyampaikan pengalaman pelanggan bertaraf premium, selari dengan nilai warisan lokasi operasi kami. Cawangan ini mencerminkan visi kami untuk menggabungkan daya tarikan sejarah dengan kecemerlangan automotif masa kini.”
Tambah Isaac Yeo, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN,
“Pembukaan pusat PEUGEOT dan Leapmotor berteknologi tinggi ini menandakan bab baharu yang penting untuk jenama kami di Pulau Pinang. Ia mengukuhkan kehadiran kami dan membuka ruang untuk pertumbuhan yang lebih besar bersama Cycle & Carriage.”
Promosi Pelancaran Eksklusif
Sempena pembukaan ini, pelanggan berpeluang menikmati penjimatan menarik:
PEUGEOT 3008: Diskaun sehingga RM30,000
PEUGEOT 408: Penjimatan hingga RM31,200
PEUGEOT 2008 (SUV Kompak): Hanya RM99,888
PEUGEOT LANDTREK (Trak Pikap): Bermula dari RM88,000
Leapmotor C10 (EV): Pilihan sama ada penjimatan RM15,000, kadar faedah 0%, atau pengecas wallbox percuma
Lokasi & Waktu Operasi
Cawangan ini terletak di:
Cycle & Carriage George Town 24, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
Showroom: Isnin – Sabtu: 8:30 pagi – 7:00 malam Ahad: 11:00 pagi – 5:00 petang
Pusat Servis: Isnin – Jumaat: 8:00 pagi – 5:00 petang Sabtu: 8:00 pagi – 12:00 tengah hari Ahad: Tutup
Dengan kemudahan bertaraf tinggi, gabungan seni bina warisan dan teknologi terkini, serta penawaran kenderaan dari dua jenama global, Cycle & Carriage George Town bukan sahaja menjadi destinasi automotif utama di Pulau Pinang, tetapi juga simbol kecanggihan gaya hidup pemilik kenderaan masa kini.
Cuci kereta percuma menanti anda 21 & 22 Jun ini di Elmina Lakeside Mall!
Buat peminat kereta yang tak pernah kompromi bab kebersihan dan penampilan kereta. Armor All® kini memperkenalkan Siri Podium Armor All®. Barisan produk penjagaan kenderaan berprestasi tinggi hasil kerjasama dengan pasukan Formula One terkemuka dunia, Oracle Red Bull Racing.
Lokasi Pelancaran
Pelancaran rasmi siri ini berlangsung meriah di Elmina Lakeside Mall, di mana para pengunjung bukan sahaja berpeluang mengenali lebih dekat produk-produk terbaharu Armor All®. Malah, pengunjung berpeluang menikmati cucian kereta percuma menggunakan siri produk ini.
Menurut wakil Armor All Malaysia
“Melalui kolaborasi bersama Oracle Red Bull Racing, kami ingin membawa pengalaman penjagaan kereta bertaraf profesional kepada rakyat Malaysia.” Jelas Diane Lee, Pengarah Perniagaan untuk Malaysia, Singapura & Vietnam di Energizer Malaysia Sdn Bhd.
“Di negara yang rakyatnya memang sayang akan kereta, kami yakin Siri Podium ini akan jadi pilihan utama untuk penampilan kereta yang sentiasa mantap, tak kira cuaca atau gaya hidup.”
Direka untuk Iklim dan Gaya Hidup Malaysia
Siri ini menggunakan formula seramik hibrid SiO2 premium, direka khas untuk memberi perlindungan jangka panjang, kalis air dan tahan cuaca. Setiap produk menampilkan teknologi eksklusif Armor All® yang dipatenkan. Serta reka bentuk pembungkusan pintar seperti botol boleh kitar semula dan picu semburan tersuai.
Lima Produk Utama Siri Podium Armor All®:
Hybrid Ceramic Wash & Shine – Buih pekat dengan kesan berkilat dan perlindungan kalis air.
Hybrid Ceramic Tire Shine – Memberi kilauan tahan sehingga 4 minggu pada tayar.
Hybrid Ceramic Exterior Detailer – Menghidupkan semula warna pada permukaan luar termasuk vinil dan pelekat.
Interior Detailer – Bersihkan dan lindungi permukaan dalaman dengan kemasan semula jadi serta perlindungan UV.
Hybrid Ceramic Protectant – Kurangkan habuk dan lindungi daripada kotoran dengan perlindungan UVA & UVB.
Cuci Percuma, Rasa Sendiri!
Orang ramai dijemput untuk mencuba sendiri kehebatan Siri Podium pada 21 dan 22 Jun 2025, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di tempat letak kereta terbuka Elmina Lakeside Mall.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuci kereta anda secara PERCUMA dengan produk premium ini.
Kini, Siri Podium Armor All® boleh didapati di lokasi terpilih seluruh negara dan juga dalam talian.
Dari kiri ke kanan: Alvin Cheah, Pengarah Saluran Perdagangan Moden; Diane Lee, Pengarah Perniagaan (Malaysia, Singapura & Vietnam); Thean Ong Kee, Pengaruh Saluran Perdagangan Tradisional; Aaron Ang, Pengurus Jenama Kanan (Malaysia, Singapura & Vietnam), merasmikan pelancaran Armor All Podium Series – yang dibangunkan secara eksklusif dengan kerjasama Oracle Red Bull Racing.
Red Bull Malaysia (Red Bull) telah mengumumkan penajaannya terhadap Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha.
Acara yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang ini dirasmikan melalui majlis menandatangani kontrak bersama tiga Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha iaitu PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing, PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ, dan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.
“Di Red Bull, kami bukan sekadar memberi tenaga kepada badan, tetapi juga menyemarakkan semangat setiap individu yang berani menolak sempadan kemungkinan. Kerjasama dengan Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha ini mewakili komitmen bersama terhadap kecemerlangan, inovasi, dan semangat persaingan yang berkobar-kobar,” kata Andy Lee, Pengarah Bersama Negara (Co-Country Director) TCP Red Bull Malaysia.
Andy Lee, Co-Country Director TCP Red Bull Malaysia
Ketiga-tiga Pasukan Lumba Yamaha Sprinta PETRONAS mempunyai prestasi yang mantap di litar, masing-masing berpengalaman dan menunjukkan semangat mereka untuk berlumba.
Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha 31 menyasar untuk menjadi satu daripada pasukan lumba terbaik di Asia dan dunia.
Pasukan ini telah menerima pelbagai anugerah sepanjang 28 tahun, termasuk gelaran Juara Keseluruhan Kategori Wira KBS dalam Kejuaraan Cub Prix PETRONAS MAM Malaysia selama empat tahun berturut-turut.
PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ
Ditubuhkan pada 2009, Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ, dengan motto “always being ahead, never look back,” terdiri daripada pelumba muda berbakat seperti Afif Amran dan Akid Aziz.
Pasukan ini kekal teguh dalam misi mereka untuk menyemarakkan semangat kesukanan dan setiakawan pasukan di litar.
PETRONAS Sprinta Yamaha Maju
Pasukan Lumba Motor PETRONAS Sprinta Yamaha Maju, ditubuhkan pada 1997 oleh bekas pelumba Yong Ying Hoe, terus meraih keputusan yang luar biasa.
Dengan 5 pelumba bersaing musim kejuaraan ini, pasukan ini menyasarkan untuk meninggalkan kesan yang berkekalan pada setiap litar yang mereka harungi.
Hadiah Yamaha Y15ZR Untuk Pemenang Bertuah
Sebagai tambahan, Red Bull juga akan menganjurkan peraduan yang menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memiliki motosikal Yamaha Y15ZR edisi terhad yang telah ditandatangani oleh pelumba terpilih dari tiga pasukan lumba PETRONAS Sprinta Yamaha.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...