Wayne Rainey Kembali ke Litar, Hidupkan Semula Legenda Laguna Seca
Nama Wayne Rainey sinonim dengan kegemilangan era perlumbaan 500cc Grand Prix.
Tiga kali juara dunia ini pernah mendominasi litar-litar terkenal, termasuk Corkscrew yang ikonik di Laguna Seca.
Kini, selepas lebih tiga dekad dan satu tragedi yang menamatkan kerjaya perlumbaannya, Rainey kembali menunggang dan kali ini dengan jentera khas Yamaha XSR900 GP.
Kredit Foto : Website motorcycle
Kemunculan Penuh Makna Wayne Rainey di MotoAmerica 2025
Sebagai sebahagian daripada pusingan kelima kejuaraan MotoAmerica 2025, Rainey telah memimpin satu sesi lap perarakan di Laguna Seca dari 11 hingga 13 Julai lalu.
Ia merupakan penampilan pertama beliau menunggang motosikal di litar ini sejak memenangi Grand Prix Amerika Syarikat pada tahun 1991.
Dengan kemenangan itu, beliau mencatat sejarah apabila mendominasi perlumbaan dari petak utama dan menamatkan saingan dengan kelebihan hampir tujuh saat.
Kredit Foto : Website motorcycle
Namun yang menjadikan detik ini lebih istimewa ialah hakikat bahawa Rainey telah lumpuh dari pinggang ke bawah sejak insiden perlumbaan pada tahun 1993.
Ini adalah kali ketiga beliau menunggang semula selepas kemalangan tersebut, dan pertama kali di Laguna Seca.
Pastinya satu detik penuh emosi buat beliau, pasukan Yamaha, dan ribuan peminat yang hadir.
Ads
XSR900 GP: Gabungan Teknologi, Sejarah dan Sentimen
Untuk menjayakan kemunculan istimewa ini, Yamaha Motor Europe dengan kerjasama Yamaha Motor US telah membina sebuah jentera XSR900 GP unik yang diubah suai khas untuk Rainey.
Kredit Foto : Website motorcycle
Model ini diinspirasikan daripada YZR500 motosikal yang pernah membawanya ke kejuaraan dunia.
Motosikal ini lengkap dengan warna merah-putih ikonik, rangka gaya Deltabox, serta rim bewarnan hitam untuk sentuhan moden yang nampak menyerlah.
Lebih penting, motosikal ini dilengkapi dengan teknologi Yamaha Automated Manual Transmission (Y-AMT) sistem transmisi terkini yang membolehkan pertukaran gear automatik tanpa klac, memudahkan Rainey menunggang meskipun dalam keadaan fizikal yang terhad.
Sistem sokongan tempat duduk khas dan pelarasan ergonomik turut disertakan bagi memastikan kestabilan semasa menunggang.
Menariknya, XSR900 GP ini adalah satu-satunya di dunia yang menggunakan sistem Y-AMT, menjadikannya bukan sekadar unik tetapi juga simbol kepada keupayaan teknologi untuk mengubah kehidupan.
Ads
Kredit Foto : Website motorcycle
Komitmen dan Kesetiaan Wayne Rainey
Sejak kemalangan yang menamatkan kerjaya perlumbaannya, Rainey kekal setia kepada Yamaha.
Beliau tidak pernah menunggang jentera selain Yamaha dan kini memainkan peranan penting sebagai Presiden MotoAmerica.
Beliau juga menunjukkan dedikasi berterusan beliau terhadap pembangunan sukan permotoran di Amerika.
Sebelum ini, beliau turut membuat kemunculan khas pada tahun 2022 di Goodwood Festival of Speed, menunggang YZR500 yang turut diubah suai khas untuk beliau.
Namun penampilan di Laguna Seca kali ini membawa makna lebih besar kerana di sinilah tapak kejayaannya dibina lebih tiga dekad lalu.
Ads
Kredit Foto : Website motorcycle
Satu Lap Perarakan, Seribu Makna
Sesi lap perarakan disertai oleh pegawai peronda motosikal California dan beberapa legenda perlumbaan lain menjadikan ia momen paling beremosi dalam kalendar MotoAmerica.
Penonton menyaksikan bukan sekadar seorang bekas juara dunia menunggang semula tetapi seorang manusia yang tidak pernah menyerah pada takdir.
Kembalinya Wayne Rainey ke litar bukan sekadar meraikan sejarah.
Ia adalah bukti bahawa dengan kesungguhan, teknologi dan sokongan yang tepat, impian yang pernah musnah boleh dibina semula.
Dan pada hari itu, di atas XSR900 GP yang dibina khas untuknya, Rainey bukan hanya menunggang beliau memberi inspirasi kepada seluruh dunia.
Apabila berbicara tentang Rowan Atkinson, ramai mungkin terbayangkan Mr. Bean dengan aksinya yang lucu atau agen rahsia Johnny English yang serba kelam-kabut.
Namun, tidak ramai yang tahu bahawa pelakon ini juga seorang petrolhead yang tegar.
Beliau memiliki koleksi kereta yang mengagumkan, dan kini salah satu daripadanya, sebuah Peugeot 205 GTI, bakal dijual.
Kredit Foto : Website topgear
Dan percayalah, kereta ini sememangnya satu permata yang menarik perhatian!
Keadaan Hampir Sempurna, Meskipun Sudah Berusia
Peugeot 205 GTI ini merupakan model ‘Phase 1.5’, pernah dimiliki oleh Atkinson yang hanya memandunya sejauh 300 batu sahaja sejak beliau membelinya.
Kredit Foto : Website topgear
Walaupun odometer kereta ini menunjukkan angka 71,000 batu, Atkinson menjaga kereta ini dengan begitu rapi seolah-olah baru keluar dari kilang.
Kredit Foto : Website topgear
Dengan warna Alpine White yang masih berkilau, rim aloi ‘pepper-pot’ yang klasik, dan keadaan keseluruhan yang seakan-akan baru, kereta ini tampak seperti koleksi tuxedo Johnny English yang sentiasa dalam keadaan tip-top.
Prestasi yang Mengagumkan Bagi Peminat ‘Hot Hatch’
Di bawah hudnya, terdapat enjin 1.6 liter empat silinder yang berkemungkinan besar masih mampu menjana kuasa hampir 115bhp.
Enjin ini juga mempunyai daya pecutan 0-62mph dalam 9.8 saat dan kelajuan maksimum sekitar 121mph.
Kredit Foto : Website topgear
Nombor-nombor ini mungkin kedengaran biasa bagi standard kereta moden.
Namun dengan berat hanya sekitar 850kg, tidak sukar untuk memahami mengapa Peugeot 205 GTI ini dianggap sebagai salah satu ‘hot hatch’ terhebat sepanjang masa.
Interior Seperti Baharu
Namun, tarikan utama kereta ini adalah di bahagian dalamannya.
Kredit Foto : Website topgear
Ruangan dalaman hadir dengan tempat duduk kain berjalur merah yang klasik, permaidani velour yang mewah, konsol tengah dengan butang yang masih utuh.
Dengan Stereng yang begitu mengancam, anda mungkin tersilap sangka kereta ini baru sahaja dikeluarkan dari bilik pameran Peugeot.
Kredit Foto : Website topgear
Keadaan dalamannya yang terjaga rapi menambah nilai estetika dan nostalgik bagi sesiapa yang menghargai reka bentuk klasik.
Setakat ini, harga panduan bagi kereta ini belum lagi dikeluarkan, tetapi kebanyakan model Peugeot 205 GTI yang berada dalam keadaan baik di pasaran cenderung untuk berada dalam lingkungan £20,000 hingga £30,000.
Kredit Foto : Website topgear
Jadi, tidak mustahil untuk kereta milik Atkinson ini mencapai harga yang sama, jika tidak lebih tinggi.
Bagi peminat kereta klasik dan penggemar Atkinson, ini adalah peluang untuk memiliki secebis sejarah automotif yang unik.
Kredit Foto : Website topgear
Sebuah Peugeot 205 GTI dengan kisah dan pemilik yang istimewa – satu kombinasi yang pasti menggoda hati ramai peminat kereta di luar sana.
Federasi Antarabangsa Automobil (FIA) telah mewujudkan pendekatan regional untuk kalendar perlumbaan F1 dengan harapan menjadikan siri perlumbaan ini lebih konsisten. Ini termasuk perpindahan Grand Prix Jepun dari tempatnya pada pertengahan hingga akhir musim ke bulan April untuk mengukuhkan lagi segmen Asia, dengan kembalinya Grand Prix China dua minggu selepas itu.
Dimana Perlumbaan F1 Seterusnya?
Pusingan musim kelima F1 2024 akan berada di Grand Prix China. Acara ini diadakan untuk kali pertama dalam lima tahun selepas dibatalkan antara 2020-2023 disebabkan pandemik COVID-19.
Grand Prix China 2019 adalah perlumbaan F1 ke-1000 yang diadakan sejak rekod bermula pada tahun 1950, dan acara tahun ini juga akan meraikan 20 tahun sejak China pertama kali menganjurkan grand prix pada tahun 2004.
Kredit: F1
Rubens Barrichello memenangi perlumbaan perdana pada tahun 2004 untuk Ferrari – kemenangan berturut-turut keduanya. Fernando Alonso memenangi perlumbaan penutup musim di China tahun berikutnya, selepas memenangi kejuaraan dunia hanya dua perlumbaan sebelum itu di Grand Prix Brazil.
“Highlights” Litar Shanghai
Michael Schumacher meraih kemenangan terakhir dalam kerjayanya di Grand Prix China 2006 sebelum dia bersara – untuk kali pertama – pada penghujung musim. Pemandu Jerman itu kembali ke perlumbaan pada tahun 2010, selepas bekerja di belakang tabir selama tiga tahun, tetapi hanya berjaya mendapat podium terakhirnya – tempat ketiga di Grand Prix Eropah 2012 di Valencia.
Lewis Hamilton mempunyai kemenangan terbanyak di Grand Prix China, meraih tempat pertama di podium enam kali (2008, 2011, 2014, 2015, 2017 & 2019). Kelajuan terpantas dipegang oleh Michael Schumacher, yang mencatat masa 1m32.238s di Ferrari-nya pada tahun 2004.
Kredit: Scuderia Ferrari
Perlumbaan F1 ini akan berlangsung antara 19-21 April, dengan perlumbaan pada hari Ahad bermula pada pukul 3 petang waktu tempatan.
Jadual Penuh Grand Prix China adalah seperti berikut:
Grand Prix China ini diadakan di Litar Antarabangsa Shanghai, yang telah menjadi tuan rumah bagi acara tersebut sejak tahun 2004.
Litar ini direka oleh Hermann Tilke, jurutera Jerman yang juga merancang litar-litar lain seperti Litar Antarabangsa Bahrain, Litar Yas Marina, dan Litar Americana.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ikuti ulasan mendalam kami mengenai Aveta Ranger Max Explorer, motor cup adventure yang pertama kali menggegarkan pasaran Malaysia! Benarkah ia mampu menguasai medan off-road seperti yang digembar-gemburkan? Soalan paling lazim, Senang ke nak cari spare part ? kalau rosak kat mana nak repair?
Semua kami dah jawab, tonton video ni sampai habis okay?
Jangan lupa follow semua platform sosial media Roda Panas di Facebook, Instagram, TikTok dan X” />
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Red Bull Malaysia (Red Bull) telah mengumumkan penajaannya terhadap Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha.
Acara yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang ini dirasmikan melalui majlis menandatangani kontrak bersama tiga Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha iaitu PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing, PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ, dan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.
“Di Red Bull, kami bukan sekadar memberi tenaga kepada badan, tetapi juga menyemarakkan semangat setiap individu yang berani menolak sempadan kemungkinan. Kerjasama dengan Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha ini mewakili komitmen bersama terhadap kecemerlangan, inovasi, dan semangat persaingan yang berkobar-kobar,” kata Andy Lee, Pengarah Bersama Negara (Co-Country Director) TCP Red Bull Malaysia.
Andy Lee, Co-Country Director TCP Red Bull Malaysia
Ketiga-tiga Pasukan Lumba Yamaha Sprinta PETRONAS mempunyai prestasi yang mantap di litar, masing-masing berpengalaman dan menunjukkan semangat mereka untuk berlumba.
Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha 31 menyasar untuk menjadi satu daripada pasukan lumba terbaik di Asia dan dunia.
Pasukan ini telah menerima pelbagai anugerah sepanjang 28 tahun, termasuk gelaran Juara Keseluruhan Kategori Wira KBS dalam Kejuaraan Cub Prix PETRONAS MAM Malaysia selama empat tahun berturut-turut.
PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ
Ditubuhkan pada 2009, Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ, dengan motto “always being ahead, never look back,” terdiri daripada pelumba muda berbakat seperti Afif Amran dan Akid Aziz.
Pasukan ini kekal teguh dalam misi mereka untuk menyemarakkan semangat kesukanan dan setiakawan pasukan di litar.
PETRONAS Sprinta Yamaha Maju
Pasukan Lumba Motor PETRONAS Sprinta Yamaha Maju, ditubuhkan pada 1997 oleh bekas pelumba Yong Ying Hoe, terus meraih keputusan yang luar biasa.
Dengan 5 pelumba bersaing musim kejuaraan ini, pasukan ini menyasarkan untuk meninggalkan kesan yang berkekalan pada setiap litar yang mereka harungi.
Hadiah Yamaha Y15ZR Untuk Pemenang Bertuah
Sebagai tambahan, Red Bull juga akan menganjurkan peraduan yang menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memiliki motosikal Yamaha Y15ZR edisi terhad yang telah ditandatangani oleh pelumba terpilih dari tiga pasukan lumba PETRONAS Sprinta Yamaha.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!