Bila sebut WD-40, ramai terus terbayang botol biru kuning yang digunakan untuk melincirkan rantai motosikal. Tapi sebenarnya, produk ikonik ni ada berpuluh lagi kegunaan lain yang mungkin ramai tak tahu.
Dengan lebih 60 tahun sejarah di belakangnya, WD-40 bukan sekadar pelincir — ia adalah penyelesai masalah serba guna untuk pelbagai situasi dalam kehidupan harian.
Kegunaan Paling Lazim
Antara kegunaan paling popular selain melincirkan rantai ialah menghapuskan bunyi berdecit. Bunyi pintu rumah, bonet kereta atau engsel yang berkarat boleh hilang serta-merta lepas sembur sikit WD-40. Ia menyerap ke dalam celah logam dan mengurangkan geseran — macam magik!
Seterusnya, WD-40 sangat berkesan sebagai agen pencegah karat. Kalau korang ada alatan berkebun, peralatan bengkel atau skru lama yang selalu terdedah pada air atau kelembapan, semburkan sedikit WD-40. Ia membentuk lapisan pelindung nipis yang menghalang kelembapan daripada menyebabkan kakisan.
Ads
Fungsi Lain WD-40
Selain tu, ramai tak tahu WD-40 boleh bantu menanggalkan pelekat dan getah degil. Label harga yang susah nak tanggal, sisa sticker pada visor helmet, atau getah melekit pada fairing motosikal — semua ni boleh hilang dengan sapuan ringan WD-40. Tinggal lap dengan kain, dan permukaan kembali licin.
Dalam dunia permotoran, WD-40 juga berguna untuk membersihkan komponen logam seperti rim, skru atau blok enjin. Ia melonggarkan kotoran dan gris yang melekat kuat, dan lepas tu senang dicuci. Ada juga yang guna WD-40 untuk menghidupkan enjin yang terkena air, contohnya motosikal yang banjir. Semburan ke bahagian distributor atau spark plug boleh bantu mengeringkan komponen elektrik yang basah.
Ads
Paling menarik, WD-40 juga boleh digunakan untuk merawat zip rosak atau ketat. Zip jaket, beg, atau riding suit yang tersekat boleh bergerak semula lepas disembur sikit — tak perlu tukar baru.
Secara ringkasnya, WD-40 bukan sekadar pelincir — ia macam “first aid kit” untuk barang besi dan peralatan harian. Dari motosikal ke rumah, bengkel ke dapur, botol kecil ni sentiasa ada gunanya. Jadi lepas ni, bila nampak botol WD-40, ingatlah — ia bukan hanya untuk rantai motosikal, tapi penyelamat sejati untuk pelbagai situasi.
Pemanduan kereta yang selesa bermula dengan penjagaan kabin yang bersih, kemas dan berbau harum. Julung kali Shell telah memperkenalkan produk penjagaan kereta yang baharu dan berkualiti tinggi.
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti Malaysia, “Tahun ini dimulakan dengan pelancaran bahan api terbaik kami dengan memberikan tambahan 15-kilometer bagi setiap tangki penuh. Kini, dalam perjalanan kami untuk menjadi ‘Better by Far’, kami bercita-cita menjadi destinasi sehenti untuk semua pelanggan dengan pelancaran produk penjagaan kereta baharu kami.
“Rangkaian produk penjagaan kereta terbaru kami adalah bukti dedikasi ini, memenuhi semua keperluan pembersihan pelanggan dan meningkatkan pemanduan harian mereka dengan kepuasan dan keseronokan.”
Terdapat enam produk dalam diri penjagaan kereta Shell yang terbaharu merangkumi pembersihan dalaman dan luaran yang berbeza. Rangkaian produk tersebut adalalah:
Produk Penjagaan Luaran
Syampu Kereta Shell
Syampu dan Lilin Kereta Shell
Shell Speedwax
Keberkesanan produk ini dapat menghilangkan karat, menghapuskan sisa minyak dan gris serta memberikan kilauan yang luar biasa pada kenderaan anda.
Produk Penjagaan Dalaman
Kain Mikrofiber Shell
Pencuci Barangan Kulit Shell
Pembersih Dalaman Shell
Ketiga-tiga produk ini berkesan untuk membersih kenderaan anda dan selamat untuk keluarga.
Untuk tempoh masa terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk semua produk dan boleh diperolehi di seluruh semenanjung dan akan tiba tidak lama lagi di stesen Shell di Malaysia Timur.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Komitmen Kerajaan Negeri Sarawak terhadap pembangunan infrastruktur jalan mencapai tonggak penting dengan peruntukan dana sebesar RM247 juta bagi menghubungkan Ulu Paku dan Jalan Ulu Kota di Spaoh. Melalui inisiatif ini, dijangka perjalanan antara Betong dan Pakan akan mengalami penyingkatan yang signifikan.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dengan penuh komitmen menyatakan bahawa jaringan jalan sepanjang 20 kilometer ini termasuk susuran dari Lebuh raya Pan Borneo akan disiapkan menjelang Januari 2027.
“Kemudahan jalan ini akan menyingkatkan perjalanan di lebuh raya antara pekan Betong dan Sarikei sejauh kira-kira 50 kilometer,” katanya dalam kenyataannya pada hari Khamis.
Beliau menekankan bahawa pembinaan jalan ini telah mencapai tahap 4.4 peratus, jauh lebih awal 44 hari berbanding jadual yang telah ditetapkan. Uggah, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, menjelaskan bahawa laluan ini merentasi kawasan pedalaman Bukit Saban, Krian, dan Pakan.
Pengumuman telah dilakukan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang meluluskan peruntukan bagi projek jalan raya ini di bawah pakej Jalan Utama Kedua negeri. Sebelum ini, Uggah bersama ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom dan ADUN Krian Friday Belik telah melakukan tinjauan tapak bagi mengawal kemajuan pembinaan jalan raya yang strategik ini.
Kredit Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Kebakaran kereta adalah satu daripada kejadian yang tidak diingini yang boleh berlaku pada bila-bila masa semasa kita di jalan raya. Meskipun di Malaysia, undang-undang tidak mewajibkan setiap kenderaan untuk dilengkapi dengan alat pemadam api , namun realitinya, kebakaran kereta adalah satu risiko yang perlu diambil kira oleh setiap pemilik kenderaan. Mari kita kaji sejauh mana kepentingan penggunaan alat pemadam Api (APA) di dalam kenderaan anda.
1) Mengelakkan Letupan Kereta
Kebakaran kereta dapat merebak dengan cepat, mencapai tempat-tempat yang menyimpan bahan bakar dengan mudah. Jika api mencapai simpanan petrol dalam jumlah besar, kemungkinan letupan amat tinggi. Penggunaan alat pemadam api dapat mengawal kebakaran pada peringkat awal sebelum ia menjadi tidak terkawal.
2) Membantu Orang Lain di Jalan Raya
Seringkali, kita mungkin berhadapan dengan kebakaran kereta orang lain di jalan raya. Dalam keadaan demikian, memiliki alat pemadam api dalam kenderaan anda tidak hanya menjaga keselamatan diri sendiri tetapi juga membolehkan anda membantu individu lain dalam keadaan kecemasan.
Kredit Foto : Website fireprotectiononline
3) Mengatasi Masalah Kebakaran Pada Peringkat Awal
Kebanyakan kebakaran kereta bermula dari masalah kecil seperti kerosakan elektrik atau mekanikal. Dengan bertindak cepat menggunakan alat pemadam api, kebakaran dapat diredakan sebelum ia merebak dengan luas. Ini meminimumkan risiko kemalangan serius dan potensi kecederaan.
Mungkin ada yang akan bertanya, Adakah Alat Pemadam Api Boleh Diletakkan di Dalam Kereta? jawapannya ya, terdapat pelbagai jenis alat pemadam api yang sesuai untuk diletakkan di dalam kenderaan anda. Ia merupakan langkah keselamatan yang penting untuk mencegah kebakaran kecil daripada menjadi tragedi yang besar.
Kredit Foto : Website nasaspeed
kesimpulannya, walaupun alat pemadam api tidak diwajibkan secara undang-undang di Malaysia, kepentingannya tidak boleh dipandang rendah. Mempunyai alat pemadam api di dalam kenderaan adalah satu langkah proaktif untuk melindungi diri sendiri, penumpang, dan membantu dalam keadaan darurat di jalan raya. Ingatlah, keselamatan adalah keutamaan.
Sumber : zurithsafety
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Dua warna tambahan untuk pilihan lebih segar
Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan dua warna baharu untuk model skuter kompak popular Honda BeAT, iaitu Hitam...