Ads

WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688

WMOTO Island 150 : Enjin 150 cc, ABS & TPMS

WMOTO Malaysia secara rasmi memperkenalkan model terbaharu mereka, WMOTO Island 150, bersempena majlis Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel.

Pelancaran ini menandakan kemasukan WMOTO ke dalam segmen skuter premium 150 cc untuk pasaran tempatan bagi tahun pertama 2026.

WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688

Harga Mampu Milik, Pilihan Warna Menarik

WMOTO Island 150 ditawarkan pada harga RM6,688 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dan kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia.

Tiga pilihan warna disediakan bagi memenuhi citarasa berbeza, iaitu Aura Black, Action Blue dan Prime Grey, masing-masing menyerlahkan karakter moden dan kemasan kemas untuk tunggangan harian.

WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688 WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688

Rekaan Moden Fokus Keselesaan Harian

Direka untuk meningkatkan pengalaman mobiliti bandar, Island 150 menampilkan siluet kemas dengan penghadang angin, ergonomik santai serta susun atur praktikal.

Pendekatan ini sejajar dengan keperluan pengguna di kawasan bandar yang mahukan skuter yang selesa, mudah dikendalikan dan nampak premium sesuai untuk kegunaan harian.

WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688

Ads

Enjin 150 cc Penyejukan Cecair

Di bahagian trenkuasa, WMOTO Island 150 dikuasakan oleh enjin 150 cc satu silinder, 4-lejang, 4-injap dengan sistem penyejukan cecair.

Ia menghasilkan 11.5 kW pada 8,500 rpm dan 14.2 Nm pada 6,500 rpm, dengan nisbah mampatan 10.6:1 bagi keseimbangan antara kecekapan bahan api dan respons pecutan.

Padanan suntikan bahan api EFI, penghidup elektrik serta transmisi CVT pacuan tali sawat memastikan pecutan lancar dan tunggangan tanpa stres dalam trafik bandar.

WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688

Tangki 9 Liter untuk Jarak Lebih Jauh

Kapasiti tangki bahan api 9 liter memberi kelebihan dari segi jarak perjalanan, mengurangkan kekerapan pengisian semula

Dari segi ukuran, Island 150 memiliki panjang 1,940 mm, lebar 745 mm dan tinggi 1,130 mm, dengan jarak roda 1,315 mm serta jarak kelegaan tanah 136 mm.

Ads

Ketinggian tempat duduk 764 mm bersama berat kering 137 kg menjadikannya mesra untuk pelbagai ketinggian dan saiz badan, termasuk penunggang baharu.

WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688

Suspensi Stabil, Brek ABS Dwi-Saluran

Tugas pengendalian disokong oleh fork hadapan peredaman hidraulik dan penyerap hentak belakang jenis spring dengan redaman, memberikan kestabilan dan keselesaan di jalan tidak rata.

Ia dipadankan dengan tayar 110/70-14 M/C (hadapan) dan 130/70-13 M/C (belakang) pada rim aloi, manakala brek cakera hadapan dan belakang lengkap dengan ABS dwi-saluran meningkatkan tahap keselamatan.

WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688

Pencahayaan LED & Paparan Digital

Ciri moden menjadi tarikan utama Island 150, termasuk sistem pencahayaan LED penuh lampu hadapan dengan DRL, lampu belakang, lampu isyarat dan lampu kecemasan.

Ads

Paparan meter digital interaktif memudahkan pemantauan maklumat tunggangan secara jelas.

WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688

Tanpa Kunci, USB A & C

Untuk kemudahan harian, skuter ini dilengkapi sistem tanpa kunci, suis keselamatan tongkat sisi, ruang simpanan hadapan sebelah kiri serta port pengecasan USB Type-A dan Type-C bagi menyokong peranti elektronik ketika bergerak.

Antara kelengkapan tambahan termasuk Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), pemijak kaki pembonceng boleh lipat, pemijak kaki penunggang yang luas, tempat duduk anti-gelincir, serta cangkuk barang dengan kapasiti beban sehingga 5 kg.

Island 150 menggunakan bateri 12V 8.6Ah dan mampu membawa muatan sehingga 158 kg, menjadikannya rakan tunggangan praktikal untuk kegunaan seharian.

WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688

Baca Juga : Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga Bermula RM25,888

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga Bermula RM25,888

Cyclone RA600 Rasmi Ke Malaysia, Fokus Keselesaan dan Gaya CruiserCyclone Malaysia secara rasmi memperluaskan barisan model premium mereka dengan pelancaran Cyclone RA600, sebuah jentera...