Jenama teknologi gergasi dari China, Xiaomi, sekali lagi mencuri perhatian kali ini bukan dengan telefon pintar, tetapi dengan kereta elektrik berprestasi tinggi milik mereka, Xiaomi SU7 Ultra.
Model sedan elektrik ini telah mencipta sejarah apabila mencatatkan masa terpantas di Litar Nürburgring Nordschleife bagi kategori kereta elektrik produksi.
Dengan kuasa luar biasa 1527hp hasil gabungan tiga motor elektrik dan pakej trek pilihan, SU7 Ultra melengkapkan satu pusingan di “Green Hell” dalam masa 7 minit 4.957 saat.
Kredit Foto : Website Autocar
Rekaan Jalanan, Prestasi Litar
Menariknya, SU7 Ultra yang digunakan untuk rekod ini adalah versi legal jalan raya, bukan prototaip khas untuk litar.
Versi ini hanya kira-kira 20 saat lebih perlahan daripada prototaip trek khas Xiaomi yang dibangunkan dengan bantuan firma kejuruteraan British, Prodrive.
Ia merupakan satu pencapaian mengagumkan untuk sebuah EV produksi.
Kredit Foto : Website Autocar
Dari 0 ke 100km/j dalam 1.98 saat!
SU7 Ultra dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) dan mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam hanya 1.98 saat.
Manakala kelajuan maksimum mencecah 333km/j.
Ads
Ini menjadikannya antara EV terpantas di pasaran global hari ini.
Kereta ini juga menjadi model pertama yang menggunakan motor elektrik Xiaomi HyperEngine V8S.
Kereta ini direka untuk menyamai kuasa enjin petrol V8 moden dengan kemampuan berputar sehingga 27,200rpm.
Dua motor V8S diletakkan di belakang (570hp setiap satu), manakala motor V6S di hadapan menghasilkan 387hp dan menjadikan jumlah keseluruhan 1527hp.
Ads
Kredit Foto : Website Autocar
Cas Pantas dan Jarak Jauh
Dibina atas platform Modena EV dengan seni bina elektrik 800V, SU7 Ultra menggunakan bateri CATL Qilin 2.0 berkapasiti 93.7kWh.
Dalam ujian kitaran CLTC China, ia mencatatkan jarak maksimum sehingga 620km (385 batu).
Untuk menangani prestasi ekstremnya, SU7 Ultra hadir dengan penyerap hentak Bilstein Evo T1 dan sistem brek AP Racing dengan cakera seramik karbon 430mm di hadapan dan 410mm di belakang serta angkup enam piston di depan.
Ads
Ini menggantikan sistem Brembo yang digunakan pada varian SU7 lain.
Rekod Nürburgring
Versi prototaip SU7 Ultra, yang menampilkan badan serba gentian karbon, berjaya mencatat masa luar biasa 6 minit 46.874 saat di Nürburgring dalam tangan pelumba British, David Pittard.
Namun, versi produksi tetap hadir dengan pakej aerodinamik lebih praktikal, termasuk sayap belakang gentian karbon lebih kecil, diffuser aktif dengan kecondongan 16 darjah, dan rekaan hud yang lebih ringkas namun masih mampu menghasilkan 285kg daya mendap (downforce) pada kelajuan maksimum.
Kredit Foto : Website Autocar
Eksport Masih Dalam Pertimbangan
Penghantaran Xiaomi SU7 Ultra kepada pelanggan di China telah bermula awal tahun ini.
Walaupun tiada pengumuman rasmi, Xiaomi tidak menolak kemungkinan meluaskan pasaran ke luar negara dalam masa terdekat.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Volvo Car Malaysia mengundang pemilik kenderaan Volvo dan keluarga mereka untuk menyertai Volvo A-Moose-Ment Day, sebuah acara istimewa yang menjanjikan keriangan tanpa henti di The Courts, KLGCC Resort.
Bertemakan semangat keluarga dan keseronokan, acara ini akan berlangsung pada Sabtu, 15 Februari, dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari.
Antara aktiviti yang disediakan adalah sesi pandu uji kenderaan hingga ke aktiviti mesra kanak-kanak, sukan, dan sesi memanjakan diri.
Pengalaman Eksklusif dengan Kenderaan Volvo
Acara ini membuka peluang kepada pemilik Volvo untuk meneroka rangkaian penuh model kenderaan Volvo.
Daripada model SUV ikonik Volvo XC90 hingga model baharu Volvo EX30 yang kaya dengan inovasi teknologi.
Setiap pengunjung berpeluang merasai pengalaman memandu yang menggabungkan keselamatan, keselesaan, dan reka bentuk Scandinavia yang menawan.
Bagi kanak-kanak, mereka boleh mencuba pengalaman unik ‘memandu’ kereta mini Volvo melalui kursus keselamatan khas.
Dengan pengawasan pengajar mesra dan kehadiran maskot Moose yang ceria, aktiviti ini bertujuan mendidik tentang keselamatan jalan raya secara interaktif.
Sukan dan Aktiviti Rekreasi untuk Semua
Selaras dengan misi Volvo, For Life, acara ini turut menawarkan pelbagai aktiviti sukan seperti padel dan pickleball di Padelground.
Jurulatih profesional akan membantu para peserta mempelajari asas permainan ini, yang semakin popular di Malaysia.
Selain itu, para pengunjung boleh mencabar diri dengan sesi spin di Tribe, menikmati yoga di The Flow Studio untuk meregangkan badan, atau memanjakan diri dengan cucian rambut dan rias kuku ekspres secara percuma di 176 Avenue.
Hidangan Enak dan Aktiviti Keluarga
Sepanjang acara, makanan dan minuman yang lazat disediakan oleh NOA, termasuk makan tengah hari dan snek ringan.
Kanak-kanak pula boleh menyertai aktiviti kreatif seperti bengkel kraf, pemburuan harta karun, belon gergasi, dan menikmati manisan yang memikat hati.
Menghargai Komuniti Pemilik Volvo
Menurut Patricia Yaw, Pengarah Pemasaran dan PR Volvo Car Malaysia:
“Apabila anda memandu Volvo, anda bukan sekadar pemilik kenderaan – anda adalah sebahagian daripada keluarga Volvo. Hari Volvo A-Moose-Ment ini merupakan cara kami menghargai sokongan berterusan daripada pemilik Volvo sambil mencipta peluang untuk mereka mengeratkan hubungan, berkongsi pengalaman, dan mencipta kenangan indah bersama keluarga dalam suasana yang sihat dan menyeronokkan.”
Koppla: Sambungan Gaya Hidup Volvo
Hari A-Moose-Ment Volvo adalah sebahagian daripada inisiatif Koppla – perkataan Sweden yang bermaksud ‘menghubungkan’.
Inisiatif tahunan ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti makan malam mewah, pratonton pelancaran eksklusif, dan kejohanan padel terbesar di Malaysia.
Maklumat dan Pendaftaran
Acara ini adalah percuma untuk pemilik Volvo dan keluarga mereka, dengan slot penyertaan yang terhad.
Pemilik juga boleh membawa sehingga dua orang rakan bukan pemilik Volvo dengan bayaran tiket RM300 setiap seorang.
Lesen GDL dan PSV – Langkah terbaru yang dicadangkan oleh Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah untuk memperketat operasi bersepadu. Ia bakal memfokuskan kepada kenderaan berat. Turut disambut baik oleh Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR).
Menurut Penasihatnya, Datuk Suret Singh, cadangan ini adalah selari dengan usaha meningkatkan keselamatan jalan raya, terutamanya melibatkan pemandu kenderaan berat seperti lori dan bas.
Ujian Darah
Antara inisiatif penting yang diutarakan oleh PPKJR ialah mewajibkan ujian darah sebagai syarat untuk mendapatkan lesen GDL (Lesen Kenderaan Barangan) serta lesen PSV (Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam).
Ujian ini bukan sahaja perlu dilaksanakan bagi pemohon baru lesen, tetapi juga diwajibkan setiap kali lesen tersebut diperbaharui. Langkah ini akan membantu memastikan bahawa pemandu yang memandu kenderaan berat bebas daripada pengaruh dadah.
Menurut Datuk Suret Singh, pihaknya bersetuju dengan pendekatan JPJ yang ingin menguatkuasakan undang-undang berkaitan pemanduan di bawah pengaruh dadah dengan tahap ketegasan yang sama seperti perundangan yang dikenakan ke atas pemandu di bawah pengaruh alkohol.
Tambahnya, pindaan kepada peraturan sedia ada boleh dilakukan dalam masa yang lebih singkat untuk memperkenalkan ujian darah ini sebagai langkah kawalan tambahan.
Perketat Peraturan
Selain memperketatkan peraturan untuk lesen GDL dan PSV. Kerajaan juga disaran untuk terus membiayai latihan kepada 1,000 pemandu baru setiap tahun.
Ini penting bagi menangani masalah kekurangan pemandu kelas E yang diperlukan untuk memandu kenderaan berat seperti lori dan bas.
Dengan ini, bukan sahaja aspek keselamatan dipertingkatkan, tetapi juga masalah kekurangan pemandu yang dihadapi industri pengangkutan dapat diselesaikan.
Dalam pada itu, Datuk Suret Singh turut menekankan bahawa usaha meningkatkan keselamatan jalan raya tidak hanya terletak pada bahu kerajaan atau JPJ sahaja.
Matlamat Utama
Sebaliknya, semua pihak perlu bekerjasama untuk mencapai visi yang terkandung dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya 2022-2030. Matlamat utama pelan ini ialah mengurangkan sebanyak 50 peratus bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang tahun 2030.
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa JPJ akan memperketat operasi bersepadu yang memfokus kepada kenderaan berat.
Langkah ini dijangka akan mengurangkan risiko kemalangan melibatkan kenderaan berat, sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di seluruh negara.
Marc Marquez dari Sepanyol, juara dunia MotoGP sebanyak enam kali, akan menyertai Ducati Factory Team pada tahun 2025 dan bergandingan dengan juara bertahan Francesco Bagnaia.
Marquez, yang kini menunggang untuk Gresini – pasukan satelit Ducati yang disertainya pada awal 2024 selepas 11 musim bersama Honda – akan menggantikan pelumba Itali, Enea Bastianini, dengan kontrak dua tahun, seperti yang diumumkan oleh pasukan tersebut pada hari Rabu.
Marquez, 31 tahun, belum memenangi sebarang perlumbaan sejak Oktober 2021 dan kini berada di tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan setakat pertengahan musim ini.
Marc Marquez – Ducati Gresini Team
“Saya sangat gembira dapat memakai warna merah Ducati Factory Team dalam MotoGP musim depan,” kata Marquez. “Saya gembira dapat mengambil langkah besar ini pada 2025 dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Ducati kepada saya.”
Kedatangan Marquez ke pasukan juara dunia itu telah dijangkakan selepas pengumuman pada hari Isnin. Pelumba yang sedang meningkat naik, Jorge Martin, akan menyertai Aprilia dari Ducati-Pramac, satu lagi pasukan satelit Ducati.
Marquez, dengan 136 mata, kini berada di tempat ketiga dalam kedudukan Kejuaraan Dunia Pelumba MotoGP 2024. Di belakang Martin yang mengumpul 171 mata dan Bagnaia dengan 153 mata.
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...