Xpeng, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, sekali lagi mencetuskan inovasi luar biasa dengan memperkenalkan “land aircraft carrier”. Iaitu van enam roda dilengkapi dengan quadkopter dua tempat duduk yang disimpan di bahagian belakangnya.
Kenderaan futuristik ini, dijual pada harga 2 juta yuan (kira-kira RM1.27 juta). Memberikan gambaran tentang masa depan pengangkutan yang lebih kreatif dan berteknologi tinggi.
Demonstrasi Mengagumkan di Zhuhai Air Show
Projek revolusioner ini didedahkan kepada umum buat pertama kali semasa Zhuhai Air Show. Acara penerbangan tahunan yang disokong oleh kerajaan China.
Dalam demonstrasi tersebut, quadkopter yang tersimpan di bahagian belakang van berjaya dikeluarkan dan dikerahkan secara automatik sebelum memulakan penerbangan tanpa pemandu. Ketika selesai, quadkopter kembali ke kenderaan dengan bantuan teknologi pendaratan automatik.
Demonstrasi ini ternyata menarik perhatian ramai. Menurut Xpeng Huitian, cabang teknologi penerbangan syarikat itu, mereka telah menerima 2,000 tempahan awal di acara tersebut. Menjadikannya pencapaian terbesar dalam industri kenderaan terbang setakat ini. Tempahan awam pula akan dibuka mulai Disember tahun ini.
Ads
Visi Produksi Besar-Besaran
Xpeng optimis tentang potensi besar kenderaan ini. Menurut laporan media tempatan, syarikat ini merancang untuk mencapai kapasiti pengeluaran 10,000 unit setahun menjelang suku ketiga 2025, dengan penghantaran dijangka bermula pada 2026.
Langkah ini menunjukkan keyakinan Xpeng dalam membawa teknologi kenderaan terbang kepada pasaran pengguna, sesuatu yang masih dianggap eksklusif dan eksperimen oleh pesaing lain.
Teknologi EV yang Makin Maju
Diasaskan oleh jurutera Henry Xia, Xpeng telah mencipta reputasi kukuh dalam pasaran EV China, yang kini semakin padat dengan persaingan.
Strategi mereka termasuk penggunaan teknologi hibrid jarak jauh untuk mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan.
Pada Ogos lalu, syarikat ini melancarkan kereta berharga sekitar RM103,000 yang dilengkapi teknologi pemanduan automatik, sekali gus mengatasi pesaing seperti Xiaomi, BYD, dan Tesla.
Ads
Selain itu, Xpeng Huitian turut membangunkan kenderaan elektrik terbang dua tempat duduk dengan teknologi lepas landas dan pendaratan menegak (VTOL), memacu lagi agenda inovasi mereka.
Masa Depan Mobiliti di Udara dan Darat
“Land aircraft carrier” Xpeng merupakan bukti usaha syarikat ini untuk menjadikan kenderaan terbang sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Walaupun harga RM1.27 juta mungkin di luar jangkauan pengguna biasa. Visi jangka panjang Xpeng adalah untuk menjadikan teknologi ini lebih mampu milik dan praktikal.
Dengan perancangan pengeluaran besar-besaran, gabungan pengangkutan darat dan udara ini tidak lagi sekadar fiksyen sains tetapi kini menghampiri realiti.
Ads
Xpeng membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu bersaing dalam pasaran EV yang sesak, tetapi juga bersedia mengubah landskap mobiliti masa depan.
Motosikal Neander 1400 dari Jerman merupakan motosikal pertama di dunia yang menggunakan diesel.
Penggemar motosikal biasanya mempunyai pandangan yang agak negatif terhadap enjin diesel.
Ini disebabkan oleh pengalaman tidak menyenangkan berdepan dengan permukaan jalan yang berminyak akibat tumpahan minyak dari lori atau kereta yang menggunakan enjin diesel, yang dicipta oleh Rudolf Diesel pada tahun 1890-an.
Sejak itu, enjin diesel telah menjadi komponen utama dalam pengangkutan marin, lokomotif dan jentera berat terutamanya kerana kelebihan seperti penjimatan bahan api sebanyak 30% dan jangka hayat yang lebih lama berbanding enjin petrol.
Namun, enjin diesel juga mempunyai kelemahan seperti bising, getaran, kos pembuatan yang lebih tinggi, dan berat yang lebih besar, menjadikannya tidak sesuai untuk motosikal.
Revolusi Enjin Diesel pada Motosikal
Neander Motors dari Jerman merancang untuk mengubah persepsi ini dengan enjin turbo diesel 1430cc baharu yang dibangunkan oleh Rupert Baindl.
Motosikal ini pertama kali diperkenalkan sebagai prototaip di Bavaria, merupakan motosikal turbo diesel pertama di dunia dengan reka bentuk yang menyerupai kruiser Amerika dan dilengkapi dengan enjin 1430cc yang menghasilkan 115 bhp pada 12,000 rpm.
Kredit Foto : Website newatlas
Enjin ini menggunakan dua crankshaft berputar berlawanan, setiap satu membawa dua con-rod keluli yang menyokong piston ringan dengan nisbah mampatan 16:1.
Teknologi dan Reka Bentuk
Bahagian atas enjin ini dilengkapi dengan kepala silinder DOHC lapan injap dengan empat injap radial per silinder.
Sistem injap ini dipatenkan oleh jurutera Austria Ludwig Apfelbeck, membolehkan enjin menghasilkan lebih kuasa dengan lebih efisien.
Enjin ini juga dilengkapi dengan pengecas turbo Garrett yang menghasilkan tekanan boost 1.4 bar, dan sistem suntikan bahan api elektronik Bosch dengan satu injektor atas.
Neander 1400 Turbo Diesel ini menggunakan kotak gear enam kelajuan dengan clutch kering berbilang plat dan menggunakan sistem belting.
Enjin ini menghasilkan 94 kuasa kuda pada 4200 rpm dan 175 Nm tork pada 2600 rpm, memberikan kuasa dan prestasi yang mengagumkan untuk sebuah motosikal diesel.
Enjin: Turbocharged parallel-twin diesel dengan dua crankshaft berputar berlawanan Susunan Injap: Kepala silinder Apfelbeck lapan injap dengan gear-driven double overhead camshafts dan injap radial Kapasiti: 1430cc Nisbah Mampatan: 16:1 Pengecas Turbo: Garrett dengan intercooler, suntikan bahan api elektronik Bosch Transmisi: Kotak gear enam kelajuan, clutch kering berbilang plat Berat: 595 lbs. Suspensi Depan: Fork terbalik Paioli 43mm Suspensi Belakang: Penyerap hentak cantilever Ohlins Kelajuan Maksimum: Melebihi 140 mph Kuasa & Tork: 94 bhp @ 4200 rpm, 175 Nm @ 2600 rpm
Kredit Foto : Website motorcyclecruiser
Motosikal ini menunjukkan potensi besar untuk menjadi pilihan utama bagi penggemar motosikal yang mencari sesuatu yang unik dan berprestasi tinggi.
Dengan teknologi diesel yang canggih dan reka bentuk yang inovatif, Neander 1400 Turbo Diesel pasti akan mencipta fenomena baru dalam dunia permotoran.
Mercedes-Benz telah menggegarkan pasaran dengan pengenalan Mercedes-AMG CLE 53 Coupe 2024, sebuah model luar biasa dari CLE-Class yang dijangka akan tiba di pasaran Amerika pada tahun depan.
Merenung lebih jauh ke dalam prestasi yang mengagumkan dan rekaan yang memukau, inilah kereta yang mengimbangi kehebatan prestasi dengan keindahan yang mengasyikkan.
Pada pandangan pertama, dimensi yang lebih lebar, jeriji hadapan Panamericana yang mencolok, dan empat ekzos yang menakjubkan pada bahagian belakang, menandakan kehadiran Mercedes-AMG CLE 53 Coupe. Bersaiz 19 inci secara standard, pemilik juga boleh memilih untuk menaiktaraf kepada rim 20 inci.
Pakej-pakej khas seperti AMG Performance Studio Package, AMG Night, dan AMG Carbon Fiber menambah lagi kesan bergaya yang mencorakkan penampilan luar biasa kereta ini.
Kredit Foto: Mercedes-Benz
Rekaan Mewah & Kemampuan Enjin
Dengan susun atur papan pemuka hampir sama dengan model CLE standard, Mercedes-AMG CLE 53 Coupe memperlihatkan sentuhan premium dengan balutan MB-Tex/mikrofiber serta jahitan kontras merah yang menarik perhatian.
Keselesaan ditingkatkan dengan tempat duduk bucket AMG Performance Seat dan elemen khas lain yang menambah keanggunan keseluruhan rekaan dalaman.
Melangkah ke bawah hood, terdapat enjin enam silinder sebaris M256M 3.0 liter turbo yang membangkitkan kuasa mencapai 443 hp dan tork sebesar 560 Nm.
Dengan bantuan sistem hibrid ringan 48 voltan, fungsi overboost mampu meningkatkan tork hingga 600 Nm dalam tempoh 12 saat. Peningkatan pada kebuk pembakaran, saluran masuk dan keluar yang direka semula, dan komponen-komponen terkini lainnya memberi enjin ini daya pemacu yang lebih bertenaga.
Kredit Foto: Mercedes-Benz
Teknologi dan Kecekapan Pengemudian
Kuasa dihantar ke sistem pacuan semua roda 4MATIC+ menerusi transmisi AMG Speedshift TCT 9G, membolehkan pecutan 0-96 km/j dalam 4.0 saat sahaja dengan had kelajuan tertinggi 250 km/j.
Sistem brek yang terdiri daripada angkup empat omboh dan rotor depan yang besar menjadikan sistem brek sangat cekap.
Yang menarik, Mercedes-AMG CLE 53 juga dilengkapi dengan sistem stereng gandar belakang yang membolehkan pengubahsuaian sudut roda belakang sehingga 2.5 darjah, menyokong kestabilan pada kelajuan melebihi 100 km/j.
Mercedes-AMG CLE 53 Coupe 2024 telah menjana perhatian dengan prestasi yang mengagumkan, rekaan luar yang memukau, dan teknologi canggih yang menawarkan pengalaman berkendara yang tiada tandingannya.
1 of 22
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan dua model terbaharu dalam barisan prestasi tinggi mereka: Mercedes-AMG GT 63 4MATIC+ Coupé dan Mercedes-AMG SL 63 S E PERFORMANCE.
Kedua-dua model ini mempersembahkan gabungan kejuruteraan sukan permotoran dan keselesaan harian. Direka khas untuk pemandu yang mementingkan kuasa, teknologi dan kemewahan.
Mercedes-AMG GT 63 4MATIC+ Coupé
Dikuasakan oleh enjin V8 biturbo 4.0L yang menjana 585 hp dan 800 Nm tork. GT 63 menawarkan pecutan dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 3.2 saat. Dengan sistem pacuan semua roda AMG 4MATIC+ dan transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9G. Setiap pemanduan menjadi lebih responsif dan mantap.
Dari sudut reka bentuk, model ini menampilkan bentuk fastback aerodinamik, spoiler aktif, dan elemen visual dinamik yang mencerminkan identiti AMG. Bahagian dalaman pula menawarkan susun atur digital, tempat duduk AMG Performance, dan sistem infotainmen MBUX dengan fungsi paparan prestasi khusus.
Ciri seperti suspensi AMG ACTIVE RIDE CONTROL dan stereng gandar belakang memberikan kestabilan unggul ketika mengambil selekoh tajam.
Mercedes-AMG SL 63 S E PERFORMANCE
SL 63 S E PERFORMANCE merupakan model SL paling berkuasa dalam sejarah model tersebut. Ia menggabungkan enjin V8 4.0L dan motor elektrik untuk menghasilkan kuasa sistem 816 hp dan tork 1,420 Nm. Pecutan 0 ke 100 km/j dicapai dalam masa 2.9 saat — menjadikan model ini setanding dengan supercar sejati.
Teknologi AMG E PERFORMANCE, diinspirasikan daripada Formula 1™, termasuk bateri AMG 400V dan sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+. Bahagian kabin menawarkan tempat duduk laras elektrik AMG, sistem bunyi premium Burmester®, serta paparan navigasi realiti tambahan MBUX untuk pengalaman memandu yang lebih mendalam.
Program AMG Defensive Driving Experience
Buat julung kalinya, Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan AMG Defensive Driving Experience di Litar Antarabangsa Sepang. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran pemanduan kritikal serta mengendalikan kenderaan AMG dalam situasi sebenar di bawah bimbingan jurulatih profesional.
Harga dan Spesifikasi Utama
Mercedes-AMG GT 63 4MATIC+ Coupé: RM 1,882,888
Mercedes-AMG SL 63 S E PERFORMANCE: RM 2,168,888 (Harga atas jalan tidak termasuk insurans; termasuk cukai jualan 10%)
Kempen Volvo Secret Sales Tawar Rebat dan Hadiah Istimewa Untuk Pelanggan Baharu
Volvo Car Malaysia bersedia menutup tirai tahun ini menerusi acara jualan istimewa yang...