Ads

Yamaha 125ZR Movistar Unit 0046, Hanya Satu Di Dunia

Daripada 5,000 Unit, Cuma Satu Bernombor 46, Yamaha 125ZR Movistar Ini Siap Ditandatangani Valentino Rossi

Kalau Yamaha 125ZR Movistar biasa pun sudah dianggap antara model buruan “collector”, tetapi unit ini pula berada dalam kelas yang berbeza. Model ini adalah model Yamaha 125ZR Special Limited MotoGP Edition bernombor 0046, nombor yang cukup sinonim dengan legenda MotoGP, Valentino Rossi.

Lebih menarik, motosikal ini kini dipamerkan di Space Y, muzium motosikal yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha Motor, Sungai Buloh, sekali gus memberi peluang kepada peminat melihat sendiri salah satu unit 125ZR paling istimewa pernah dihasilkan.

Yamaha 125ZR Movistar diperkenalkan pada 2017 menerusi edisi khas MotoGP, dengan sebanyak 5,000 unit ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Setiap motosikal diberikan nombor siri tersendiri, namun daripada ribuan unit berkenaan, hanya satu membawa nombor 0046.

Yamaha 125ZR Movistar Unit 0046, Hanya Satu Di Dunia

Angka 46 tentunya bukan nombor biasa dalam dunia perlumbaan motosikal. Ia merupakan nombor perlumbaan yang cukup sinonim dengan Valentino Rossi sepanjang kariernya dalam kejohanan Grand Prix dan MotoGP.

Yamaha 125ZR Unit No.0046 ini Mempunyai Tandatangan Valentino Rossi.

Motosikal ini juga disertakan dengan sijil ketulenan yang mengesahkan identiti motosikal berkenaan.

Yamaha 125ZR Movistar Unit 0046, Hanya Satu Di Dunia

Ads

Secara visual, 125ZR edisi khas ini tampil dengan warna Yamaha Racing Blue bersama grafik Movistar Yamaha MotoGP yang cukup popular pada era berkenaan. Logo Movistar berwarna hijau digabungkan dengan grafik perlumbaan dan rim berwarna hitam, memberikan penampilan yang cukup dekat dengan identiti pasukan MotoGP Yamaha ketika itu.

Namun tarikan sebenar unit ini bukan sekadar pada warna dan grafiknya.

Yamaha 125ZR Movistar Unit 0046, Hanya Satu Di Dunia

Sijil yang dipamerkan bersama motosikal berkenaan menunjukkan statusnya sebagai Yamaha 125ZR Special Limited Edition Unit No.0046, dengan nombor casis dan enjin turut mempunyai kaitan dengan angka 46.

Yamaha 125ZR Movistar Unit 0046, Hanya Satu Di Dunia

Ads

Di sebalik nilai koleksinya, asas mekanikalnya masih kekal sebagai sebuah Yamaha 125ZR yang cukup dikenali peminat tempatan.

Ia menggunakan enjin dua lejang satu silinder 124.3cc yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan, menghasilkan sekitar 17 hp dan tork sekitar 16 Nm.

Mungkin angkanya tidak terlalu besar mengikut standard motosikal moden, tetapi karakter enjin dua lejang, ringan dan penghantaran kuasa yang agresif menjadikan 125ZR antara kapcai paling ikonik dalam sejarah motosikal Malaysia.

125zr

Ads

Ketika dilancarkan, edisi Movistar ini dijual pada harga sekitar RM8,846 termasuk GST, tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Hari ini, ceritanya jauh berbeza. Pengeluaran 125ZR sudah lama berakhir.

Pada pendapat anda, berapa anggaran nilai motosikal ini sekarang ?

Baca Juga : 5 Kapcai Yamaha yang Kini Jarang Kelihatan, No. 5 Paling Rare

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok. 

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

PDRM Uji Proton e.MAS, Tiga Model Dinilai Untuk Kegunaan Operasi

PDRM Nilai Proton e.MAS Sebagai Kenderaan Operasi Masa Hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mula menilai potensi penggunaan kenderaan elektrik dan elektrifikasi dalam operasinya selepas...