Dunia automotif semakin menuju ke arah elektrifikasi, dan kini Yamaha nampaknya bersedia untuk menyertai kategori motosikal hibrid dengan teknologi inovatif mereka.
Sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube Yamaha Global baru-baru ini mendedahkan sebuah motosikal hibrid petrol-elektrik yang sedang menjalani ujian fasa lanjut.
Trend Motosikal Hibrid Makin Berkembang
Industri automotif menyaksikan peralihan besar ke arah teknologi hijau, dan ini bukan hanya terhad kepada kereta.
Pada tahun 2023, Kawasaki mencipta kejutan dengan memperkenalkan dua model motosikal yang menggunakan teknologi hibrid.
Kini, Yamaha nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam membawa inovasi yang sama ke pasaran.
Walaupun kereta hibrid sudah lama menjadi sebahagian daripada landskap automotif global, motosikal dengan sistem pacuan petrol-elektrik masih jarang ditemui.
Namun, perkembangan terbaru daripada Yamaha ini menunjukkan bahawa situasi itu mungkin bakal berubah dalam masa terdekat.
Ads
Bagaimana Sistem Hibrid Yamaha Berfungsi?
Menurut video yang diterbitkan, motosikal hibrid Yamaha ini menggabungkan enjin pembakaran dalaman tradisional dengan dua motor elektrik.
Satu motor dipasang terus pada aci engkol (crankshaft) dan satu lagi disambungkan ke gandar belakang.
Secara asasnya, sistem ini membolehkan motosikal beroperasi dalam tiga mod pemanduan utama:
Mod EV Penuh (Full EV) – Motosikal bergerak menggunakan sepenuhnya kuasa dari motor elektrik gandar belakang tanpa menghidupkan enjin pembakaran dalaman.
Mod Hibrid Bersiri / Pacuan Enjin (Series Hybrid / Engine Driving) – Enjin pembakaran dalaman mula beroperasi untuk memberikan tenaga kepada roda belakang melalui pemacu tali sawat (belt drive) sambil mengecas semula bateri menggunakan motor-generator pada aci engkol.
Mod Boost (Pecutan Tambahan) – Ini adalah ciri unik yang membolehkan penunggang mendapat tambahan kuasa ketika memotong kenderaan lain atau memecut.
Kuasa ‘Boost’ Tambahan untuk Pecutan Maksimum
Salah satu keistimewaan utama motosikal hibrid Yamaha ini adalah keupayaan ‘boost’ yang boleh diaktifkan dalam dua mod berbeza:
Ads
Mod Dual Boost – Gabungan kuasa daripada motor elektrik gandar belakang dan enjin pembakaran dalaman untuk mempercepatkan motosikal.
Mod Triple Boost – Selain menggunakan enjin dan motor elektrik gandar belakang, motor-generator yang dipasang pada aci engkol turut menyumbangkan daya tork tambahan, menjadikan pacuan lebih bertenaga dan responsif.
Teknologi motosikal hibrid Yamaha ini bakal menjanjikan penjimatan bahan api yang lebih baik.
Disamping itu juga pecutan juga akan lebih lancar dan bertenaga.
Ini adalah sesuatu yang pasti menarik perhatian peminat motosikal berprestasi tinggi.
Bila Akan Dilancarkan?
Walaupun video ujian ini menunjukkan model motosikal yang berfungsi dengan baik, Yamaha menegaskan bahawa teknologi ini masih dalam fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Ads
Ini bermakna jika model hibrid Yamaha benar-benar memasuki pasaran, reka bentuknya mungkin akan mengalami perubahan ketara berbanding dengan prototaip yang dipertontonkan dalam video tersebut.
Namun, satu perkara yang pasti adalah masa depan motosikal hibrid semakin menghampiri.
Adakah Yamaha sudah bersedia untuk menjadi antara peneraju dalam teknologi ini?
Adakah kita bakal menyaksikan era baharu motosikal yang lebih mesra alam dengan prestasi mengagumkan?
Sama-sama kita nantikan!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Acara akan berlangsung di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor, Ahad ini.
Menurut hantaran Jabatan Penerangan di Facebook, pembayaran saman hanya boleh dibuat di tapak program yang bermula dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.
Contoh surat saman Polis Trafik
Tawaran ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PDRM.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil kesempatan ini dengan hadir awal bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan mereka dapat menikmati diskaun yang ditawarkan.
Selain daripada tawaran diskaun saman PDRM, acara ini turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik. Antara yang paling dinantikan adalah Jualan Kombo Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI.
Kedua-dua jualan ini menawarkan pelbagai produk pada harga yang murah dan berpatutan. Antara barangan yang dijual termasuk ayam, ikan, daging, telur, minyak masak botol 5 kilogram (kg), dan beras 5 kg.
Polis Trafik sedang bertugas – SJR
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berkonsepkan karnival rakyat dijadualkan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis pelancaran ini juga adalah permulaan kepada kiraan detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya. Sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024. Pelbagai program yang akan diadakan sepanjang tempoh tersebut, mereka boleh melayari laman sesawang rasmi di www.merdeka360.my
Seorang penghantar makanan telah ditahan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara awal pagi semalam selepas disyaki terlibat dalam kejadian membakar kereta polis bantuan.
Tindakan kontroversi itu dipercayai dilakukan dengan tujuan meningkatkan rating di aplikasi popular, TikTok.
Dalam satu kenyataan petang semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesahkan suspek berusia 26 tahun itu sengaja melakukan perbuatan tersebut untuk merakamkan video yang kemudiannya dimuat naik melalui telefon bimbitnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, menjelaskan bahawa siasatan awal juga menunjukkan suspek turut terlibat dalam aktiviti melukis carutan antikerajaan di dinding hentian bas berhampiran dengan kereta yang terbakar.
Kredit Foto: Harian Metro
Sementara itu, pihak berkuasa polis sedang mengkaji sama ada suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik atau kumpulan pelampau.
Tindakan membakar kereta polis bantuan tersebut dilihat sebagai suatu kesalahan serius, dan pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 435/427 Kanun Keseksaan berkenaan khianat dengan api.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan juga denda jika sabit kesalahan.
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai berkenaan dengan keselamatan awam serta keselamatan harta benda, dan pihak berkuasa diharapkan dapat menyelesaikan siasatan dengan segera bagi memastikan keadilan dijalankan.
Scania K360 Euro V, Bas Pelancongan terbaru Syarikat Dayasakti Travel & Tours.
Dayasakti Travel & Tours telah melancarkan produk terbarunya iaitu bas pelancongan generasi baru Scania K360 Euro V, Model SHL ‘The Ark Series, A-20 (Semi Hi-Deck).
Ini merupakan bas pertama seumpamanya di jalan raya Malaysia.
Produk baharu ini memperlihatkan komitmen syarikat bukan sahaja dalam meningkatkan mutu perkhidmatan, tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Kelestarian Bersama Inovasi: Scania K360 Euro V
Bas terbaru ini merupakan gabungan sempurna antara keselesaan, keselamatan, dan teknologi mesra alam.
Dayasakti Travel & Tours telah melangkah lebih jauh dalam usaha menyokong pelancongan mampan dengan memperkenalkan bas yang dilengkapi enjin Euro V.
Ini bukan sekadar pembaharuan kenderaan, tetapi juga langkah proaktif syarikat dalam memperjuangkan pelancongan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Bas ini mampu menggunakan bahan api B100, yang berpotensi mengurangkan pelepasan karbon sehingga 80%.
Keselamatan Penumpang Diutamakan
Bas ini dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), yang termasuk sistem Amaran Keluar Laluan (Lane Departure Warning, LDW) dan Sistem Brek Elektronik (EBS) bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) serta Kawalan Cengkaman.
Dengan ciri-ciri keselamatan canggih ini, penumpang boleh menikmati perjalanan dengan lebih tenang, selamat dan terkawal.
Pilihan Ideal untuk Korporat dan Kumpulan Sukan
Selain kelebihan dalam aspek kelestarian dan keselamatan, bas ini juga menawarkan ciri-ciri yang memenuhi keperluan khusus kumpulan korporat dan sukan.
Dengan ruang bagasi yang luas, ia sesuai untuk mengangkut peralatan seperti basikal, beg golf, atau kelengkapan sukan lain.
Ini menjadikan bas Scania K360 Euro V pilihan utama untuk acara-acara sukan atau percutian syarikat yang memerlukan pengangkutan yang efisien dan selesa.
Menyusuri Perjalanan Bersama
Pencapaian Dayasakti selama 25 tahun adalah bukti nyata bahawa kejayaan tidak datang dengan usaha sendiri.
Dayasakti Travel & Tours bercadang untuk terus berkembang dan menyokong sektor pelancongan yang lebih mampan.
Dengan pelancaran ini, Dayasakti telah mengambil langkah besar untuk merevolusikan operasi mereka ke arah yang lebih lestari, sambil terus menawarkan pengalaman pelancongan yang berkualiti tinggi.
Inspirasi untuk Generasi Akan Datang
Dengan pelancaran bas pelancongan Scania K360 Euro V yang pertama di Malaysia, Dayasakti telah meletakkan penanda aras baharu dalam sektor pengangkutan pelancongan yang lebih mesra alam dan inovatif.
George Russell menghadiahkan kemenangan sulung musim ini buat pasukan Mercedes selepas memenangi Grand Prix (GP) Kanada yang penuh dramatik. Terutamanya selepas insiden pelanggaran dua...