Automotif

Yamaha EZ115 2025 Tampil Tiga Warna Baharu, Harga RM5,698

Share

Yamaha EZ115 2025 Tampil Tiga Warna Baharu, Harga RM5,698

Yamaha Malaysia memperkenalkan tiga warna baharu bagi model kapcai popular, Yamaha EZ115, yang kini tampil lebih segar dan moden untuk tahun 2025.

Pilihan warna Biru, Kelabu dan Hijau itu memberi sentuhan baharu kepada model mampu milik ini, sekali gus menyasarkan penunggang muda yang mahukan motosikal ringkas tetapi bergaya.

Model berkenaan mula dijual di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 15 Disember 2025, dengan harga RM5,698 tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

Pembeli turut menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 sebagai hadiah tambahan.

Enjin 114cc Jimat & Mudah Diselenggara

Yamaha EZ115 dikuasakan enjin 114cc silinder tunggal SOHC dengan penyejukan udara, menghasilkan 6.4 kW pada 7,000 rpm serta tork 9.5 Nm pada 5,500 rpm.

Walaupun berkapasiti kecil, kuasa yang ditawarkan memadai untuk kegunaan harian seperti ulang-alik kerja, penghantaran ringan dan perjalanan dalam bandar.

Model ini terkenal dengan penyelenggaraan yang mudah serta penggunaan bahan api yang menjimatkan, menjadikannya pilihan sesuai untuk golongan muda, pekerja baharu dan mereka yang ingin motosikal kos rendah.

Praktikal Dengan Ruang Simpanan Luas

Satu kelebihan Yamaha EZ115 ialah ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas. Pengguna boleh menyimpan peralatan asas seperti baju hujan, sarung tangan atau botol air tanpa masalah. Tempat duduk motosikal ini tersebut boleh dibuka dengan kunci utama

, memudahkan akses tanpa perlu kunci tambahan.

Saiznya yang kompak dan ringan turut menjadikan EZ115 mudah dikawal, terutama untuk penunggang baharu yang memerlukan motosikal stabil dan tidak berat.

Pilihan Sesuai Untuk Motosikal Pertama

Dengan gabungan harga mampu milik, kos penjagaan rendah serta penggunaan petrol yang cekap, Yamaha EZ115 dilihat sebagai pilihan ideal untuk:

  • Penunggang muda lepasan SPM

  • Pekerja baharu yang mahukan motosikal harian

  • Pengguna yang memerlukan kapcai ringan dan mudah dikendalikan

  • Mereka yang inginkan motosikal praktikal tanpa ciri rumit

Secara keseluruhan, Yamaha EZ115 2025 tampil lebih menarik menerusi tiga warna baharu, sambil mengekalkan kelebihan yang membuatkan model ini diterima ramai: jimat, mudah jaga dan tahan lasak

.

Dengan harga RM5,698 dan nilai tambah seperti kunci keselamatan percuma, EZ115 kekal sebagai kapcai pilihan untuk golongan muda yang mencari motosikal pertama, atau sesiapa sahaja yang mahukan kenderaan harian yang mudah dijaga dan diselenggara.

Baca Juga : Yamaha Perkenal EGO Gear Pro, Lebih Jimat & Praktikal

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi